Industry Sector Strengthens TVET Ecosystem Through GTPC Launch

Education News

Industry Sector Strengthens TVET Ecosystem Through GTPC Launch
TVETGITCGTPC

The Malaysian industry sector, via the Government-Industry TVET Coordination Body (GITC), demonstrates continued commitment to fortifying the Technical and Vocational Education and Training (TVET) ecosystem through the pre-launch of the GITC TVET Placement Centre (GTPC). The event marks a crucial step before the national launch of GTPC during National TVET Day 2026, led by Deputy Prime Minister for Youth and Sports, Adam Adli Abdul Halim. The program also serves as a strategic platform to introduce GTPC's framework, objectives, and implementation approach to stakeholders, including government, industry, and educational institutions. GITC, established as a national coordination platform led by industry, aligns government policies, industry demands, and TVET implementation to be more structured, integrated, and responsive to current and future workforce needs. In line with the National TVET Agenda 2030, GITC plays five key roles: advising the government on TVET policy development, implementing strategic collaborations with employers and TVET institutions, planning national workforce needs, promoting TVET, and proposing incentives to encourage industry involvement. GTPC is created to realize these roles by directly connecting industry demand with talent supply from TVET and higher education institutions. The platform also supports educators through greater exposure to current industry practices and needs. GTPC is developed as a national integrated platform supporting industrial training placements, work-based learning (WBL), apprenticeship programs, graduate job matching, and long-term talent development.

UALA LUMPUR: Sektor industri di negara ini menerusi Badan Penyelarasan TVET Kerajaan-Industri menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional yang dipacu industri melalui prapelancaran Pusat Penempatan TVET GITC .

Majlis prapelancaran yang berlangsung di Wisma FMM itu menjadi langkah awal penting sebelum pelancaran rasmi nasional GTPC sempena Hari TVET Negara 2026 yang dijadual disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim. Program berkenaan turut menjadi platform strategik bagi memperkenalkan rangka kerja, objektif serta pendekatan pelaksanaan GTPC kepada pelbagai pihak berkepentingan melibatkan kerajaan, industri dan institusi pendidikan.

GITC ditubuhkan sebagai platform penyelarasan nasional yang diterajui industri bagi menyelaras dasar kerajaan, permintaan industri dan pelaksanaan TVET supaya lebih tersusun, bersepadu serta responsif terhadap keperluan tenaga kerja semasa dan masa depan. Selaras dengan Agenda TVET Negara 2030, GITC memainkan lima peranan utama iaitu memberi nasihat kepada kerajaan berkaitan pembangunan dasar TVET, melaksanakan kerjasama strategik bersama majikan dan institusi TVET, merancang keperluan tenaga kerja negara, mempergiat promosi TVET serta mencadangkan insentif bagi menggalakkan penglibatan industri.

GTPC diwujudkan bagi merealisasikan peranan tersebut dengan menghubungkan secara langsung permintaan industri bersama penawaran bakat daripada institusi TVET dan pendidikan tinggi. Platform itu turut memberi sokongan kepada tenaga pengajar dan pensyarah melalui pendedahan lebih meluas terhadap amalan serta keperluan industri semasa. GTPC dibangunkan sebagai platform nasional bersepadu yang menyokong penempatan latihan industri, pembelajaran berasaskan kerja , program perantisan, padanan pekerjaan graduan serta pembangunan bakat jangka panjang.

Inisiatif itu dijangka mampu mengurangkan ketidakselarasan penempatan, meningkatkan kualiti latihan industri dan memperkukuh penglibatan sektor industri dalam melahirkan tenaga kerja yang bersedia untuk pasaran pekerjaan. Dengan sasaran penyertaan 10,000 syarikat, GTPC mencerminkan komitmen kolektif industri untuk memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan modal insan negara. Adam Adli ketika berucap menyatakan sokongan penuh terhadap inisiatif GTPC yang diterajui industri dan menegaskan kepentingan kepimpinan industri dalam meningkatkan kebolehpasaran graduan serta kesiapsiagaan tenaga kerja negara.

Menurut beliau, GTPC menyediakan platform tersusun yang mampu mengukuhkan hubungan antara industri dan institusi TVET menerusi latihan industri, pembelajaran berasaskan kerja serta penempatan pekerjaan.

“Pendekatan diterajui industri ini akan menyokong pembangunan ekosistem TVET yang lebih responsif dan berorientasikan permintaan semasa industri,” katanya. Beliau berkata, GTPC juga selari dengan keutamaan strategik Kementerian Pendidikan Tinggi khususnya dalam aspek kebolehpasaran graduan, penglibatan industri dan kesiapsiagaan tenaga kerja selain melengkapkan laluan pendidikan kepada pekerjaan di peringkat nasional.

Sementara itu, GITC melihat GTPC sebagai platform nasional jangka panjang yang mampu memperkukuh pemilikan industri dalam pembangunan bakat sekali gus menyokong transformasi ekonomi negara melalui penyediaan tenaga kerja mahir dan bersedia industri. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

TVET GITC GTPC Workforce Development Industry Collaboration

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia Aims to Be Trusted Global Contributor in Clinical ResearchMalaysia Aims to Be Trusted Global Contributor in Clinical ResearchHealth Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad emphasized strengthening the national research ecosystem and regional collaborations to improve healthcare outcomes and drive economic growth through clinical trials.
Read more »

New GITC platform to match TVET graduates with careersNew GITC platform to match TVET graduates with careersMay 6 (Reuters) - ⁠Elon Musk's SpaceX ⁠said on Wednesday it ‌has signed a deal to give Anthropic access to Colossus ​1, a massive ⁠AI supercomputer, ⁠bringing together two of the ⁠most ‌prominent players in the artificial ⁠intelligence race.
Read more »

India set to test nuclear-capable Agni-6 missile on anniversary of Pakistan conflictIndia set to test nuclear-capable Agni-6 missile on anniversary of Pakistan conflictNEW DELHI, May 7 — Prime Minister Narendra Modi said India remains “steadfast as ever” in its determination to defeat terrorism and its “enabling ecosystem”, marking one...
Read more »

Asean Considers Private Sector Involvement in Regional Oil Stockpiling FrameworkAsean Considers Private Sector Involvement in Regional Oil Stockpiling FrameworkInvestment, Trade and Industry Minister Datuk Seri Johari Abdul Ghani suggested involving the private sector to implement a proposed Asean oil stockpiling framework to strengthen regional energy security and preparedness.
Read more »

Transform Semporna into a Premier Tourism District and Expand Blue Economy PotentialTransform Semporna into a Premier Tourism District and Expand Blue Economy PotentialThe District Officer proposes comprehensive planning to enhance Semporna's tourism sector, focusing on upgrading existing facilities and exploring the Blue Economy potential, particularly in the fisheries and marine resources sector.
Read more »



Render Time: 2026-05-08 11:35:14