The Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) has agreed to expedite the implementation of the Grid Energy ASEAN (APG) and the Trans-Asian Gas Pipeline (TAGP) to strengthen energy security in the Asia-Pacific region amidst global uncertainty in the energy market. The decision was made during the Special Meeting of Ministers of Energy of the Association of Southeast Asian Nations (Khas AMEM) held on April 27, 2026.
KUALA LUMPUR: ASEAN mempercepatkan pelaksanaan Grid Tenaga ASEAN ( APG ) dan rangkaian saluran paip gas serantau ( TAGP ) bagi memperkukuh keselamatan tenaga di rantau Asia Tenggara susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global ketika ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (Khas AMEM) mengenai situasi terkini di Timur Tengah yang diadakan pada 27 April 2026. Menurut beliau, ia turut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perdagangan tenaga rentas sempadan, kepelbagaian sumber bekalan tenaga dan mekanisme tindak balas kecemasan serantau. Antara keutamaan utama ialah memperkukuh (APG), TAGP serta usaha meningkatkan perkongsian maklumat, kesiapsiagaan kecemasan dan keselamatan bekalan tenaga dalam kalangan negara anggota ASEAN.
APG kekal sebagai agenda utama ASEAN memandangkan ia berperanan penting dalam memperkukuh integrasi tenaga serantau, meningkatkan kestabilan bekalan elektrik serta menyokong integrasi tenaga boleh baharu di rantau ini. ASEAN kini memberi tumpuan kepada memperincikan mekanisme pelaksanaan termasuk aspek teknikal, kawal selia, pembiayaan dan koordinasi kecemasan tenaga serantau. Harapannya menjelang Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) yang dijadualkan berlangsung pada September 2026 serta Mesyuarat Pemimpin ASEAN pada penghujung tahun ini, kemajuan lebih konkrit dapat dicapai bagi merealisasikan objektif tersebut.
Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan terus memperkukuh sistem grid negara termasuk melalui pembangunan grid pintar dan digitalisasi rangkaian bagi menyokong peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu dan keperluan pusat data berintensiti tinggi. Malaysia juga terus mempercepatkan agenda tenaga boleh baharu menerusi pelaksanaan Program Solar Berskala Besar (LSS), termasuk pelaksanaan projek-projek di bawah LSS5 yang sedang berjalan serta persiapan pelaksanaan LSS6.
Dalam masa yang sama, Kerajaan turut memberi penekanan kepada pembangunan sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) sebagai salah satu komponen penting dalam menyokong kestabilan dan fleksibiliti grid elektrik negara sejajar dengan peningkatan variable renewable energy. Sebelum ini, TNB mengumumkan pembangunan projek BESS di Kerteh bagi memperkukuh kestabilan bekalan elektrik dan meningkatkan keupayaan integrasi tenaga boleh baharu dalam grid nasional
ASEAN APG TAGP Regional Energy Security Energy Market Uncertainty Energy Security In The Asia-Pacific Region Trans-Asian Gas Pipeline Grid Energy ASEAN Energy Security In The Asia-Pacific Region Energy Market Uncertainty Energy Security In The Asia-Pacific Region Trans-Asian Gas Pipeline Grid Energy ASEAN
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sultan Hassanal Bolkiah Meets German President: Bilateral Talk on Economic, Military Cooperation, Asean-EU TiesSultan Hassanal Bolkiah of Brunei Darussalam and German President Frank-Walter Steinmeier, among others, met at a Villa Borsig in Berlin, discussing various bilateral and regional issues, including economic cooperation, military engagement, and the strengthening of Asean-EU relations.
Read more »
ASEAN Records Controversy Unfolds After Fake Letter from the ASEAN SecretariatThe story of ASEAN Records controversy begins when a letter allegedly from the ASEAN Secretariat started circulating online. The letter claimed that certificates and recognitions issued by ASEAN Records were not officially endorsed by ASEAN.
Read more »
Indonesian markets slip on policy jitters, Asian shares get Nvidia boostTAIPEI: Taiwan's President Lai Ching-te said Thursday (May 21) he would be 'happy' to talk to US leader Donald Trump, a conversation that would break more than four decades of diplomatic protocol and drew pre-emptive ire from China.
Read more »
Asian stocks surge on Iran hopes, Samsung union talksA new study suggests that a tiny, icy world beyond Pluto harbours a thin, delicate atmosphere that may have been created by volcanic eruptions or a comet strike.
Read more »



