Two elderly individuals, a 72-year-old woman and a 62-year-old man, fell victims to an online investment scam involving media social platforms. They lost RM2.7 million in total, with one falling prey to a scheme named 'Shanghai Futures Exchange' and the other, to the scheme 'Global Finance Trends XA'.
GEORGE TOWN : Dua warga emas kerugian hampir RM2.7 juta selepas dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan menerusi platform media sosial dalam dua kes berasingan di Pulau Pinang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, dalam kes pertama, seorang wanita tempatan berusia 72 tahun yang juga bekas pengarah syarikat kerugian RM1.403 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan dikenali sebagai ‘Shanghai Futures Exchange’. Katanya, mangsa membuat laporan di Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada 14 Mei lalu selepas terpedaya dengan seorang kenalan lelaki warga asing yang dikenalinya menerusi Facebook pada Julai 2023.
“Suspek menawarkan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam tempoh singkat berdasarkan jumlah modal dilaburkan. Mangsa kemudian diminta melayari satu laman web menerusi pautan diberikan bagi tujuan pendaftaran keahlian dan urusan pelaburan,” katanya kepada pemberita, hari ini. Azizee berkata, mangsa seterusnya melakukan 53 transaksi pembayaran berjumlah RM1.403 juta ke dalam 30 akaun bank berbeza melibatkan akaun individu dan syarikat antara tempoh 27 November 2025 hingga 5 Februari lalu.
Beliau berkata, mangsa hanya menyedari dia ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan hampir RM30 juta yang dipaparkan dalam aplikasi selain akaunnya disekat dan suspek gagal dihubungi. Sementara itu, dalam kes berasingan, Azizee berkata, seorang lelaki berusia 62 tahun yang bekerja sebagai penjaga jentera kerugian sebanyak RM1.294 juta selepas menyertai pelaburan dalam talian dikenali sebagai ‘Global Finance Trends XA’.
Azizree berkata, mangsa tertarik untuk menyertai pelaburan itu selepas melihat iklan di Facebook pada Mac lalu sebelum dihubungi seorang wanita melalui WhatsApp dan suspek menawarkan pelaburan kononnya dari China atas nama syarikat CITIC Wealth Advisors Sdn. Bhd. yang menjanjikan keuntungan tinggi.
“Mangsa diminta memuat turun aplikasi ‘Global Finance Trends XA’ bagi tujuan pendaftaran dan pelaburan. Dari tempoh antara 6 April hingga 4 Mei lalu, mangsa membuat 28 transaksi pembayaran berjumlah RM1.397 juta ke dalam akaun bank sebuah syarikat,” katanya.
“Mangsa sempat menerima pulangan keuntungan sebanyak RM103,000, namun, mula menyedari ditipu apabila gagal mengeluarkan keuntungan RM1 juta yang dipaparkan dalam aplikasi dan diberikan pelbagai alasan oleh suspek,” katanya yang memberitahu, kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. –
Scams Online Investment Scam Shanghai Futures Exchange Scam Global Finance Trends XA Scam Victims Aged 72 And 62
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia's Diesel Subsidy Jumps to RM2.5 Billion a Month Amid West Asia TensionsTransport Minister Anthony Loke announced that Malaysia's diesel subsidy has increased to RM2.5 billion a month due to ongoing tensions in West Asia, which are affecting global oil supply. He also mentioned the government's plan for a gradual transition towards electric (EV) trucks and the need for adequate incentives for businesses to adopt EVs.
Read more »
Public sector reforms saved over RM2.7bil in regulatory costs since 2024, says Chief SecA Japanese company making ferocious-looking robot wolves is being swamped by orders after record numbers of fatal bear attacks on humans last year.
Read more »
Man Recovers Bitcoin Worth RM2,250,000 Using AI After Losing It For 10 YearsA fine example of how working smart can help you recover millions in assets.
Read more »
NEXTDC labur RM2.8 bilion di Malaysia untuk pusat dataNEXTDC melancarkan KL1 Kuala Lumpur di Malaysia sebagai pusat data antarabangsa pertamanya di Asia Tenggara
Read more »
