MerahViewer: Issue of Giving Extravagant Presents to Teachers Sparks Conversation on Social Media

Society News

MerahViewer: Issue of Giving Extravagant Presents to Teachers Sparks Conversation on Social Media
Teacher's DayGiving GiftsEthics

As schools finish celebrating Teacher's Day, there have been discussions on the appropriateness of giving extravagant presents to teachers, with many questioning the ethics and conflict of interest.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Pada minggu ini, sesetengah sekolah baru sahaja selesai menjalankan sambutan Hari Guru yang jatuh pada 16 Mei lalu.

Seperti setiap tahun, pasti ramai anak murid yang menyediakan hadiah buat semua cikgu yang mengajar mereka, lebih-lebih lagi bagi guru kelas. Daripada semudah kad ucapan yang penuh makna, hinggalah hadiah yang berguna untuk insan bergelar guru itu, semuanya pasti akan dihargai.

Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru Pemberian Hadiah Hari Guru Mewah Jadi Perbincangan Dalam Kalangan Pengguna Media Sosial Namun dalam keterujaan ibu ayah menyediakan hadiah untuk para guru, mungkin ada yang dilihat sebagai ‘berlebih-lebihan’ apabila membeli barangan mewah dan mahal. Isu tersebut kini sedang hangat dibincangkan di media sosial, termasuklah menerusi satu hantaran di Threads .

Wanita itu berpendapat bahawa pemberian hadiah mewah yang mahal kepada guru boleh dikaitkan dengan masalah rasuah yang masih berlaku dalam kalangan masyarakat akar umbi di Malaysia.

“Benda asas pasal etika dan konflik kepentingan pun masih ramai tak faham. Kalau penjawat awam lain ada etika tentang terima hadiah, kenapa tidak cikgu?

“Sesuatu yang jelas tentang isu etika pun masih dipusing-pusingkan. Lepas tu pelik kenapa budaya pilih kasih dan rasuah sukar dipadam,” katanya. Dia turut menyebut Kementerian Pendidikan agar cakna dengan isu ini dan meminta supaya garis panduan bagi para guru diperketatkan.

View on Threads Penjawat Awam Dilarang Terima Hadiah Daripada Pihak Yang Mempunyai Urusan Rasmi Memetik laman web Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia , penjawat awam sebenarnya dilarang menerima sebarang bentuk hadiah, sumbangan atau pemberian daripada sesiapa pun yang mempunyai urusan rasmi dengan dirinya atau tempat berkhidmat. Hadiah yang dimaksudkan termasuk wang tunai, barang kemas, hamper, perhiasan dan pakej percutian. Larangan ini ditetapkan agar penjawat awam dapat mengelakkan sebarang bentuk konflik kepentingan, pengaruh luar, atau persepsi berat sebelah dalam melaksanakan tugasnya.

Namun kami tidak dapat memastikan sama ada hadiah yang diterima oleh guru daripada murid juga tertakluk dengan larangan ini memandangkan sudah terdapat banyak berita tular tentang cikgu yang diberi hadiah mewah sebelum ini. Ramai Risau Beri Hadiah Mewah Pada Cikgu Boleh Sebabkan Sikap Pilih Kasih Menerusi bahagian balas, kelihatan sentimen yang dibawa oleh wanita itu mendapat persetujuan ramai yang turut merasakan pemberian hadiah mewah boleh mewujudkan tingkah laku pilih kasih atau berat sebelah dalam kalangan cikgu.

“Rasuah yang disemai dari sekolah. Contoh bagi cikgu hadiah barang Habib Jewels, agak-agak sebagai manusia normal, cikgu tak rasa terhutang budi ke? ” soal seorang individu. Ada juga yang berpendapat bahawa pemberian hadiah mahal sebenarnya dibuat oleh ibu ayah yang mahu ‘flex‘ di media sosial.

“Hadiah mewah bukan dari murid, tapi ibu ayah. Hari Guru sepatutnya murid menghargai guru. Bukan untuk ibu ayah mengimbau zaman kanak-kanak menerusi anak mereka,” luah seorang individu. Bukan setakat itu sahaja, seorang individu turut berkongsi bahawa pemberian hadiah kepada guru boleh menyebabkan murid yang tidak mampu berbuat demikian terasa kecil.

Malah ia juga boleh mewujudkan persaingan dalam kalangan ibu ayah yang kononnya mahu berikan hadiah terbaik buat para guru, serta membuatkan cikgu yang tidak menerima hadiah berasa kecil hati. Dalam masa sama, seorang ibu berkongsi bahawa sekolah swasta yang dihadiri oleh anaknya turut meletakkan had hadiah berharga RM50 untuk diberi kepada guru.

Jangan Jadikan Pemberian Hadiah Hari Guru Satu Budaya Hingga Membebankan Tidak salah sekiranya terdapat murid yang ingin memberi hadiah simple kepada cikgu sebagai penghargaan terhadap jasa yang diberikan oleh mereka. Namun ia tidak sepatutnya sehingga menjadi satu budaya yang membebankan, terutamanya buat murid dari latar belakang kurang berkemampuan. Seperti sebelum ini, tular apabila guru di sebuah sekolah swasta meminta ibu bapa agar menyediakan hadiah untuk dibawa anak-anak mereka ketika hari sambutan Hari Guru.

Malah seorang ibu dikenali sebagai Siti pernah berkongsi kisahnya bagi memenuhi permintaan dua orang anaknya yang mahu memberi hadiah buat guru mereka, walaupun hanya mempunyai wang berjumlah RM26. Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Demand Murid Beri Hadiah Sempena Hari Guru, Siap Request Tak Nak Pen & Mug Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

Teacher's Day Giving Gifts Ethics Conflict Of Interest

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Amir Hamzah to meet Pahang sultan over federal allocationsAmir Hamzah to meet Pahang sultan over federal allocationsThe finance minister II says he does not expect the concerns raised by the Pahang royalty to become a major issue.
Read more »

Bola Sepak Pantai Lari Di Pantai Teluk Cempedak Di Kempen Tahun Melawat MalaysiaBola Sepak Pantai Lari Di Pantai Teluk Cempedak Di Kempen Tahun Melawat MalaysiaMore than 10,000 tourists visited Teluk Cempedak beach for the Festival Suka Air Kuantan 2026, where they enjoyed free style surf performances, beach soccer matches, water polo, and coconut beach football. The event was part of Malaysia's Tourism Year (TMY) 2026 initiative organized by Tourism Malaysia, Ministry of Tourism, Arts and Culture. Former Malaysian and Pahang football stars, including Ahmad Shahrudin Rosdi, Azamudin Akil, and Juzaili Samion, added to the entertainment, giving away prizes to the winners.
Read more »

Urinary incontinence may signal serious illness, doctor warns as bladder control issues linked to cancer and neurological diseaseUrinary incontinence may signal serious illness, doctor warns as bladder control issues linked to cancer and neurological diseaseKUALA LUMPUR, May 18 — Many people assume that bladder control problems are just a minor issue or a normal part of ageing, and therefore choose to ignore them without seeking...
Read more »

From Gold Stars To Gold Jewellery: How Far Is Too Far For Teacher's Day?From Gold Stars To Gold Jewellery: How Far Is Too Far For Teacher's Day?Giving expensive gifts to teachers on Teacher’s Day has raised some concerns regarding favouritism and currying favours.
Read more »



Render Time: 2026-05-19 13:05:07