Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon memohon maaf kepada penyokong Gergasi Merah selepas gagal membawa pasukan itu ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), musim depan.
Pengendali Selangor FC, Kim Pan Gon memohon maaf kepada penyokong Gergasi Merah selepas gagal membawa pasukan itu ke pentas Liga Juara-Juara Asia 2 ( ACL2 ), musim depan.
Meskipun melakar kemenangan besar 6-0 ke atas PDRM FC dalam aksi terakhir Liga Super di laman sendiri, kelmarin, anak buah Pan Gon gagal memintas Kuching City di tangga kedua liga Super bagi musim 2025/2026. Gergasi Merah menamatkan saingan di tangga ketiga dengan 52 mata hasil 16 kemenangan dan empat seri selain kalah empat kali dalam keseluruhan 24 perlawanan dalam aksi Liga Super pada musim ini.
Meski kecewa untuk mara ke pentas Asia, Pan Gon melihat sesuatu yang lebih besar sedang terbentuk dalam pasukannya apabila pemain yang diberi peluang tampil penuh karakter dan membuktikan Gergasi Merah masih memiliki masa depan cukup cerah.
‘Pemain memanfaatkan setiap peluang untuk memberikan persembahan yang terbaik dan saya nampak kesungguhan yang ditunjukkan. Selepas saya datang ke sini, kita cuba membina cara, karakter dan DNA Selangor dan saya lihat pasukan ini berkembang dengan baik.
‘Anda sendiri boleh saksikan karakter yang kami tunjukkan, bola sepak menyerang, mendominasi permainan dan menjaringkan banyak gol tetapi sukar untuk dibolosi. Kita masih ada harapan untuk masa depan jadi jangan kecewa.
‘Kita perlu terus bersatu dan kekalkan cara Selangor pada musim akan datang,” kata Pan Gon yang juga merupakan bekas pengendali skuad Harimau Malaya selepas perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Mukhairi Ajmal meledak hatrik termasuk jaringan menarik menerusi sepakan percuma pada minit ke-88, manakala Alvin Fortes turut mencuri tumpuan dengan dua gol dalam tempoh dua minit
Selangor FC Gergasi Merah ACL2 Liga Super Poham Raja PAS Liga Super Galunggung FC PS Youth Melaka SC
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Selangor mulls PPR rental hike to boost maintenance and facilities, says state excoSHAH ALAM, May 18 — The Selangor State Government is considering raising the rental rates of the People’s Housing Project (PPR) in stages as part of efforts to improve...
Read more »
Ladang babi di Selangor tutup sepenuhnya mulai JulaiLadang babi Tanjong Sepat, Kuala Langat dijangka ditutup sepenuhnya Julai ini selepas tempoh enam bulan penutupan diberikan kerajaan negeri.
Read more »
‘Pan Gon ubah mentaliti pemain Selangor’Pengendali dari Korea Selatan itu memainkan peranan besar dalam membina semula DNA pasukan sejak mengambil alih tugasan pada Januari lalu.
Read more »
Tenancy cleanup after Selangor takes over PPRRIO DE JANEIRO, May 18 (Reuters) - Neymar has been named in Brazil's squad for next month's World Cup, manager Carlo Ancelotti said on Monday, handing the forward a chance to return to international soccer's biggest stage after an injury-disrupted cycle.
Read more »
