Polis Pahang telah menumpaskan kegiatan kumpulan dikenali sebagai Geng Acu yang dipercayai terlibat dalam tujuh kes kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sekitar bandar Kuantan, semenjak Mac lalu. Lima lelaki berusia antara 29 tahun hingga 44 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah antara 28 April hingga 6 Mei lalu. Hasil ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine. Polis turut merampas sebuah Toyota Innova berwarna perak dan kira-kira 4,000 meter kulit kabel ECRL yang dipotong, alat pemotong besi serta beberapa telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000.
AZRY Akmar Ayob melihat barang kes yang dirampas berkait kes kecurian kabel ECRL di pekarangan Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan .
KUANTAN : Polis menumpaskan kegiatan kumpulan dikenali sebagai Geng Acu yang dipercayai terlibat dalam tujuh kes kecurian kabel projek Laluan Rel Pantai Timur di sekitar bandar rya ini, sejak Mac lalu. Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, lima lelaki berusia antara 29 tahun hingga 44 tahun itu ditahan dalam beberapa siri serbuan di Kampung Pandan, Jaya Gading, Sungai Lembing dan Beserah antara 28 April hingga 6 Mei lalu.
Kata beliau, empat daripada suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kegiatan mencuri kabel ECRL manakala seorang lagi bertindak sebagai pembeli barangan curi.
“Semua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala hasil ujian air kencing mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, polis turut merampas sebuah Toyota Innova berwarna perak yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat dan siasatan lanjut masih dijalankan mengenainya.
“Selain itu, polis merampas kira-kira 4,000 meter kulit kabel ECRL yang dipotong, alat pemotong besi serta beberapa telefon bimbit dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM100,000. Siasatan awal mendapati, kumpulan ini adalah kumpulan baru terlibat dalam jenayah ini,” katanya. Menurut beliau, sepanjang tempoh Mac hingga April lalu, sebanyak tujuh kes kecurian dan pemotongan kabel signal serta kabel optik ECRL dilaporkan berlaku di kawasan Gebeng, Kotasas, Gambang dan Panching dengan jumlah kerugian keseluruhan dianggarkan RM500,000.
Katanya, semua suspek kini ditahan reman dan disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara antara dua hingga tujuh tahun. –
POLIS PAHANG GENG ACU KECURIAN KABEL PROJEK LAJUAN REL PANTAJAM KUANTAN KELIMA PENYAKIT TOYOTA INNOVA KELILINGAN KABEL ECRL ALAT PEMOTONGAN BESI TELEPON BIMBIT
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
KUANTAN: Kerajaan Negeri Tetapkan Ganti namanya Jarak Minimum Untuk RiBIKetentuan itu ada dalam Panduan Rancangan Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Pahang yang disediakan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Pahang. Selain itu, RIBAI juga tidak dibenarkan dibangunkan di kawasan rizab hutan, rizab sungai, rizab utiliti termasuk laluan kabel bervoltan tinggi serta kawasan rizab kemudahan awam lain. Kerajaan Negeri turut tidak menggalakkan pembinaan RIBAI berhampiran loji kumbuhan dan pencawang Tenaga Nasional Bhd (TNB). Kecuali binaannya digalakkan berhampiri kemudahan awam, pusat komuniti dan kawasan kediaman penganut agama terbabit selain mewujudkan suasana yang aman dan tenteram.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan negeri dicadang melaksanakan empat langkah bagi menangani isu kenaikan kos sara hidupADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin mencadangkan audit kos sara hidup Pahang, dana intervensi kos sara hidup, program jualan murah dan bekalan makanan asas, dan bantuan peniaga kecil untuk mendapatkan bahan mentah dengan harga lebih stabil.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau Tioman, dekat sini termasuk meneroka semula perkhidmatan pengangkutan udara serta memperkukuh pilihan pengangkutan alternatif ke destinasi pelancongan terkenal itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana syarikat penerbangan yang berpotensi menyediakan laluan ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Singapura. "Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berkaitan dan meneliti model pengangkutan udara yang bersesuaian untuk Pulau Tioman. Pada sama, kita memperkukuh pilihan akses lain termasuk perkhidmatan bot laju dari jeti ke Pulau Tioman yang mula beroperasi sejak 1 Mei lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Dr. Mohd Johari Hussain pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi menilai pelbagai pilihan meningkatkan aksesibiliti ke Pulau Tioman secara selamat dan praktikal. Katanya, berdasarkan penilaian teknikal CAAM, cadangan pengubahan jajaran landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman belum dapat memenuhi piawaian keselamatan penerbangan susulan faktor topografi berbukit dan halangan semula jadi di kawasan sekitar.
Read more »
KUANTAN: Perikatan Nasional Belum Menamakan Pengganti Baru bagi Ketua Pembangkang di Dewan RakyatTimbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengumumkan bahwa meskipun kekosongan jawatan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat telah dimaklumkan secara rasmi kepada Speaker Parlimen, Perikatan Nasional belum menamakan pengganti baharu untuk jawatan tersebut. Sidang Dewan Rakyat yang bermula Jun ini memberi ruang kepada gabungan itu untuk meneliti dan memuktamadkan calon sesuai sebelum pengumuman dibuat.
Read more »
