Sani Araby Abdul Alim Araby, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), mengesahkan bahawa gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila rasminya telah mula belayar menuju perairan Gaza, Palestin. Pelayaran fasa akhir ini melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 buah negara yang digerakkan oleh pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan sedunia dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Brazil.
SANI Araby Abdul Alim Araby pada sidang media khas perkembangan terkini misi GSF 2.0. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFASEPANG: Gelombang kedua Misi Pelayaran Global Sumud Flotila secara rasminya telah mula belayar menuju perairan Gaza, Palestin kira-kira pukul 7.30 petang (waktu Malaysia) tadi.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, ia membabitkan pelayaran 54 buah kapal dengan seramai hampir 500 peserta dari pelbagai negara termasuk 29 rakyat Malaysia. Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba iaitu 15 Mei pada tahun 1948 iaitu kira-kira 78 tahun yang lalu.
Misi ini melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 buah negara yang digerakkan oleh pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan sedunia dengan sokongan penuh kerajaan Malaysia, Turkiye, Sepanyol dan Brazil. SNCC juga mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam buah negara Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina turut menyertai pelayaran fasa akhir ini. Katanya, seramai 29 peserta Malaysia itu terdiri daripada tenaga profesional pelbagai bidang masing-masing berusia antara 22 hingga 58 tahun termasuk pengasas ZRA Strim, Zainal Rashid Ahmad.
Menurut beliau, peserta Malaysia lain termasuk dua orang bertindak sebagai penganjur, dua orang kapten kapal, lima pembantu kapten, lima kru, 11 kapal pegawai perubatan, dua peserta umum dan masing-masing seorang kru dokumentasi dan juruteknik. Beliau juga mengesahkan tiga peserta Malaysia iaitu Muhammad Aqill Asmadi, Mohd Zurimi Karim dan Serieffa Mushtafa Albakry telah distruktur semula peranan mereka dan akan kembali ke tanah air bagi memperkukuhkan strategi operasi lapangan SNCC.
"Saya sempat berhubung dengan mereka (peserta Malaysia) petang tadi dan mereka boleh dikatakan semuanya masih lagi bersemangat. Mereka juga gembira kerana kerajaan Turkiye memberi sambutan hebat ke atas pelepasan misi hari ini sekali gus menunjukkan bahawa kita (Malaysia) tidak berseorangan. Maksudnya masih banyak lagi pihak yang datang dan memberikan sokongan secara besar-besaran dan itu memberi tambah nilai kepada misi kali ini," katanya. - UTUSA
Misi Pelayaran Global Sumud Flotila Gelombang Kedua Peserta Malaysia Pelanggaran Peruntukan Pelanggaran Hak Asasi Manusia
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
SpaceX eyes global spaceports as Starship launch ambitions grow ahead of IPOOil prices settled higher for the third consecutive session on Tuesday as stark differences between the US and Iran over a proposal to end the war in the Middle East raised concerns that supply disruptions upending the global oil market are likely to be prolonged.
Read more »
US appeals court temporarily reinstates Trump’s 10pc global tariffsWASHINGTON, May 13 — A US federal appeals court on Tuesday temporarily paused a ruling declaring President Donald Trump’s global 10-per cent tariffs illegal, granting a...
Read more »
Global Consensus on Transitioning Away from Fossil Fuels to Cleaner Energy, Including Nuclear Power's RoleThe report highlights the growing recognition of nuclear energy's pivotal role in clean energy transitions and its inclusion among solutions to climate change.
Read more »
Malaysia Introduces Global Supply Crisis Dashboard Amid Mixed Food Price TrendsMalaysia's Ministry of Economy reports stable food prices overall but notes rising costs for essential items like vegetables and seafood. The government responds with a new transparency dashboard to monitor global supply chain issues, aiming to address economic pressures and maintain public awareness.
Read more »
