Why Freshly Boiled Eggs Are Hard to Peel: The Science Behind It

Food & Cooking News

Why Freshly Boiled Eggs Are Hard to Peel: The Science Behind It
Boiled EggsEgg PeelingFresh Eggs

Discover why freshly boiled eggs can be difficult to peel, unlike older ones. A TikTok post by a chicken egg seller explains the science behind the phenomenon, revealing how the acidity of fresh eggs causes the egg white to stick to the membrane under the shell. Learn why older eggs are easier to peel due to a change in pH and carbon dioxide loss.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!

Telur rebus merupakan salah satu makanan yang menjadi pilihan sihat bagi orang ramai, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang diet. Bukan hanya boleh dimakan begitu sahaja, telur rebus juga sesuai dimakan bersama hidangan lain atau dilenyek bersama mayonis untuk dibuat sandwich telur. Cara penyediaannya pun mudah sahaja, hanya perlu direbus! Tapi kadangkala, ada pula telur yang susah dikupas sehingga isi terlekat pada bahagian kulit.

Baca Artikel Berkaitan: Telur Yang Nak Disimpan Tak Perlu Dicuci? Ini Sebabnya

Baca Artikel Berkaitan: Akibat Cuaca Terlalu Panas, Telur Tertinggal Dalam Kereta Jadi Separuh Masak

Telur Yang Sukar Dikupas Adalah Amat Segar Mungkin ada yang risau sekiranya telur yang sukar dikupas berada dalam keadaan yang tidak terlalu segar. Namun sebenarnya, telur sebegitulah yang sangat segar! Perkara ini telah diterangkan oleh seorang peniaga telur ayam dikenali sebagai Shin menerusi hantaran di TikTok baru-baru ini. Katanya situasi ini terjadi kerana telur segar mempunyai kadar pH yang lebih rendah, bermakna telur itu lebih berasid. Kandungan asid tersebut akan membuatkan putih telur melekat dengan kuat pada bahagian membran, iaitu selaput nipis di bawah kulit telur.

Telur Lama Lebih Mudah Dikupas Kulitnya Shin berkata, telur yang sudah tidak begitu segar akan kehilangan kandungan karbon dioksida yang keluar menerusi sekitar 17,000 liang pori pada kulit. Keadaan ini seterusnya akan meningkatkan kadar pH, menjadikan telur itu lebih beralkali yang membuatkannya lebih mudah dikupas berbanding telur segar. “Perubahan kimia ini akan longgarkan ikatan antara membran dengan putih telur. Itulah sebab telur lama lebih senang dikupas,” jelasnya.

Umur Ayam Main Peranan Bagi Kualiti Telur Menurut pensyarah dari Fakulti Sains Haiwan di IPB University selain kesegaran telur, terdapat beberapa faktor lain yang boleh membuatkan telur sukar dikupas. Ini termasuklah kulit telur yang terlalu nipis dan direbus dengan suhu sangat tinggi buat masa yang lama . Malah ayam berusia lebih 60 minggu juga boleh menghasilkan telur yang berat dengan kulit lemah, menjadikannya sukar dikupas.

Tips Agar Kulit Telur Lebihi Mudah Dikupas Dalam masa sama, Shin turut berkongsi tips agar telur segar lebih mudah dikupas iaitu dengan menggunakan teknik kukus. Dia menjelaskan bahawa wap dari stim tersebut akan menembusi kulit telur lebih cepat berbanding air yang mendidih. Dalam situasi ini, protein pada putih telur akan segera mengecut dari membran, sekali gus mengelakkan kedua-duanya daripada menempel bersama. Berikut merupakan teknik mengukus telur yang dikongsikan olehnya: Jika anda tiada pengukus, boleh juga rendam telur yang telah direbus di dalam air ais untuk membantu kulit agar lebih senang dikupas.

@shinclucksmy Telur susah nak kupas? Tu tanda telur SANGAT segar! 🥚✨ Kalau telur rebus korang selalu terkoyak dan berlubang lepas kupas, ini sebabnya: Telur segar ada tahap pH yang rendah, jadi putih telur melekat sangat kuat pada selaput kulit dalam. Bila telur tu makin lama, gas karbon dioksida keluar, pH makin naik, barulah telur tu senang nak dikupas. Tips kupas telur segar dengan cantik? Guna teknik KUKUS ! 💨 1️⃣ Didihkan air dalam periuk dan letak pengukus. 2️⃣ Masukkan telur ke dalam pengukus. 3️⃣ Kukus selama 12+- 4️⃣ Lepas tu, rendam dalam air ais selama 5 minit. 'Saya Shin, on a mission to bring you the best and freshest eggs! Nak tahu lebih banyak pasal ayam dan telur? Jom follow! 🥚🎯' 🍳Jom follow: @shinclucks @cluckwithshin @shinclucksmy ♬ original sound – ShinClucks Tonton video penuh .

Baca Artikel Berkaitan: Orang Ramai Kutip Telur Berterabur Di LPT2, Pensyarah Jelaskan Mungkin Tak Selamat Dimakan

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Perjelas Bagaimana Telur Boleh Jadi Punca Keracunan Makanan

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

therakyatpost /  🏆 14. in MY

Boiled Eggs Egg Peeling Fresh Eggs Egg Freshness Cooking Tips

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

From scrambled eggs to ‘Oppa, will you marry me?’: Here is what you missed at Lee Je-hoon’s fan Q&A session in ZeppKLFrom scrambled eggs to ‘Oppa, will you marry me?’: Here is what you missed at Lee Je-hoon’s fan Q&A session in ZeppKLKUALA LUMPUR, April 14 – It is safe to say that famous South Korean actor Lee Je-hoon left local fans satisfied, yet wanting more following his fan meeting session at Zepp Kuala...
Read more »

Which Countries Are Involved In The US Blockade Of The Strait Of Hormuz, And Where Does Malaysia Stand?Which Countries Are Involved In The US Blockade Of The Strait Of Hormuz, And Where Does Malaysia Stand?Explaining what’s happening, who’s on which side, and why it matters for Malaysians.
Read more »

Why Surah Ar-Rahman Is Beneficial for Children Before SchoolWhy Surah Ar-Rahman Is Beneficial for Children Before SchoolDiscover the importance of reciting Surah Ar-Rahman to children before they go to school. This article explores the significance of verses 1-4 and how they can positively influence a child's emotional well-being, understanding of faith, and communication skills.
Read more »

Pope vs Dr Not Jesus: Why the US religious right is turning against TrumpPope vs Dr Not Jesus: Why the US religious right is turning against TrumpWASHINGTON, April 15 — US President Donald Trump has feuded with Pope Leo XIV over the Iran war – setting off an unholy row that could have serious political implications for...
Read more »

Why Anthropic’s Mythos AI poses ‘catastrophic’ cybersecurity risk to banks running antiquated techWhy Anthropic’s Mythos AI poses ‘catastrophic’ cybersecurity risk to banks running antiquated techNEW YORK, April 15 — Anthropic’s Mythos, a new AI model the company and ​cybersecurity experts warn could supercharge complex cyberattacks, poses significant challenges to...
Read more »

Why ceasefires remain important even when the firing doesn’t ceaseWhy ceasefires remain important even when the firing doesn’t ceaseAPRIL 10 — So I woke up on Wednesday morning and saw some hopeful news on my phone: Both the US and Iran announced a two-week ceasefire as a sort of prelude to formal...
Read more »



Render Time: 2026-04-16 08:48:55