Amidst global economic disruptions impacting oil prices and subsequently plastic production, a florist in Indonesia has creatively adopted large leaves like breadfruit, turmeric, and banana leaves as an aesthetically pleasing and environmentally friendly alternative to plastic wrappers for flower arrangements. This innovative approach has garnered praise online for its beauty and eco-conscious nature.
Konflik yang berlaku di rantau Asia Barat sememangnya memberi kesan kepada ekonomi global terutamanya apabila rantaian bekalan minyak mentah terganggu. Situasi ini bukan sahaja menyebabkan peningkatan dalam harga petroleum, tetapi juga barangan lain yang dihasilkan menggunakan produk minyak mentah.
Dalam pada itu, sesetengah para peniaga tampil dengan inisiatif yang kreatif dan inovatif dalam berdepan kenaikan harga barangan ini. Baca Artikel Berkaitan: Kurangkan Kuota BUDI95, Inisiatif BDR Antara Langkah Kerajaan Dalam Berdepan Krisis Tenaga Baca Artikel Berkaitan: Perang Asia Barat: RON95 Bersubsidi Kekal RM1.99 Seliter Walau Berdepan Krisis Global Syarikat Di Indonesia Guna Daun Sebagai Pengganti Wrapper Gubahan Bunga Memandangkan plastik diperbuat daripada produk bahan api fosil, ia turut terkesan dengan gangguan bekalan minyak mentah yang sekali gus meningkatkan harganya. Dalam satu hantaran di Instagram, syarikat gubahan bunga di Indonesia, Daily Lily, tampil dengan inisiatif lain ketika harga plastik yang digunakan sebagai pembalut telah meningkat. Menerusi video yang dikongsikan, dilihat gubahan bunga dibuat menggunakan daun bersaiz besar bagi menggantikan pembalut plastik. Antara daun yang digunakan termasuklah daun sukun, daun kunyit dan daun pisang, serta gabungan pelbagai jenis daun. View this post on Instagram A post shared by Toko Bunga | Florist Purbalingga Ramai Puji Gubahan Bunga Lebih Cantik, Estetik & Eco-Friendly Ruangan komen dibanjiri komen daripada orang ramai yang merasakan gubahan bunga itu kelihatan lebih cantik berbanding menggunakan pembalut plastik. Ada juga yang berpendapat gubahan bunga yang dibuat menggunakan daun kelihatan lebih estetik dan turut memberi cadangan tambahan. “Nampak makin cantik. Cuba gantikan riben dengan tali guni atau tali yang diperbuat daripada bambu,” kata seorang individu. Malah mereka juga memuji tindakan itu kerana bersifat mesra alam dan tidak menghasilkan sebarang sisa yang tidak mudah terurai seperti plastik.Seorang individu berpendapat daun pisang yang dijadikan sebagai pembalut itu juga boleh digunakan semula. Baca Artikel Berkaitan: “Dah Cecah Tinggi Lori!” – Gubahan Bunga Gergasi Bernilai RM250,000 Curi Perhatian Baca Artikel Berkaitan: Isteri Hadiahkan Wang Tunai RM31,000 Dalam Bentuk Gubahan Bunga Buat Suami Sempena 31 Tahun Harga Plastik Meningkat Di Malaysia & Indonesia Disebabkan Konflik Asia Barat Secara umumnya, harga plastik menunjukkan peningkatan disebabkan oleh gangguan ke atas rantaian bekalan bahan petrokimia disebabkan oleh konflik Asia Barat. Di Malaysia, harga plastik PET, yang banyak digunakan bagi botol dan pembungkusan makanan, dilihat meningkat antara 15% ke 40%. Pengerusi Persatuan Pengilang Plastik Malaysia , Mike Tan, memberi amaran bahawa kekangan bekalan boleh menjadi lebih teruk jika ketegangan geopolitik terus berlaku. Antara syarikat tempatan yang terkesan dengan kenaikan harga ini ialah pengeluar produk tenusu, Farm Fresh. Kenaikan harga plastik ini bukan hanya dialami oleh syarikat di Malaysia, tetapi turut memberi kesan kepada para peniaga di Indonesia seperti dalam kes di atas. Menurut Menteri Perdagangannya, Budi Santoso, harga plastik meningkat di Indonesia memandangkan bahan utama dalam penghasilan resin plastik kebanyakannya didapatkan dari rantau Timur Tengah. Namun harga plastik di Indonesia dijangkakan akan menurun seawal bulan ini selepas bahan mentah diimport dari India, Amerika Syarikat dan beberapa negara Afrika. Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Eco-Friendly Flower Arrangement Indonesia Plastic Alternative Sustainability
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Iran's Parliament Speaker Ghalibaf Emerges as Key Negotiator Amidst US-Israeli War and Peace TalksMohammad Bagher Ghalibaf, Iran's speaker of parliament, has become a central figure in the Islamic Republic's leadership, spearheading war efforts and leading high-stakes peace negotiations with the United States. He recently met with Pakistani Prime Minister Shehbaz Sharif and US Vice President JD Vance in Islamabad, marking a significant diplomatic engagement. This comes after Iran faced attacks that reportedly killed Supreme Leader Ali Khamenei and other key officials, with Ghalibaf surviving and taking on a more prominent public role.
Read more »
Fikry Ibrahim Denies Marital Troubles Amidst Social Media SpeculationActor Fikry Ibrahim has refuted claims circulating on social media that his marriage is facing difficulties. He attributes the speculation to the couple's private approach to sharing their lives online, stating they prioritize personal privacy over public display of affection. Fikry also addressed separate Aidilfitri celebrations, explaining it was due to family commitments and not marital discord. He previously confirmed his wife had filed for divorce in May last year.
Read more »
Middle East Tensions Ease: Israel-Lebanon Ceasefire Announced Amidst Broader U.S.-Iran Deal DevelopmentsA significant de-escalation in the Middle East is underway as a 10-day ceasefire between Israel and Lebanon, brokered by the U.S., takes effect. This development coincides with ongoing negotiations between the U.S. and Iran, with President Trump indicating progress towards a potential long-term agreement that includes Iran foregoing nuclear weapons. Meanwhile, the U.S. House of Representatives has rejected attempts to curb presidential war powers, underscoring the administration's firm stance in the region, despite ongoing humanitarian concerns highlighted by the destruction around a Lebanese hospital.
Read more »
Trump Dismisses Iran War as 'Little Diversion' Amidst Public Discontent and Blame for Gas PricesPresident Donald Trump described the US war with Iran as a minor interruption during his second term, despite recent polls indicating public disapproval of the conflict and widespread blame for rising gas prices. A Quinnipiac University poll found 65% of US voters hold Trump responsible for increased gas prices attributed to the Strait of Hormuz closure following the Iran war. Additionally, an Ipsos poll revealed 51% believe the war is not worth its costs, and the Quinnipiac poll showed only 36% approval for Trump's handling of the Iran situation.
Read more »
Malaysia's Economy Projected to Grow 5.3% in Q1 2026 Amidst Global UncertaintiesMalaysia's economy is forecast to expand by 5.3% in the first quarter of 2026, demonstrating resilience despite global challenges including elevated oil prices. Growth is underpinned by strong performance in manufacturing and services sectors, boosted by festive spending and government initiatives. Export-oriented industries and sustained consumer spending are key drivers, with a notable contribution from data center and AI-related activities.
Read more »
PPUM Denies Radiation Leak Amidst Staff Cancer AllegationsUniversiti Malaya Medical Centre (PPUM) has refuted claims of a radiation leak from its PET-CT imaging facility, following allegations from staff linking the machine to cancer diagnoses. The hospital asserts strict adherence to safety standards and regulatory compliance.
Read more »
