The Malaysian Maritime Agency in Perak detained a fishing boat and its crew, including four Myanmar nationals, for allegedly violating fishing regulations.
LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Perak menahan sebuah bot pukat tunda bersama seorang tekong dan empat awak-awak warga Myanmar kerana disyaki melanggar syarat lesen dengan menjalankan aktiviti memukat ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan berhampiran, kelmarin.
Penahanan itu dilakukan aset Maritim Malaysia di kedudukan 9.4 batu nautika barat Pulau Samak pada pukul 9.11 pagi ketika melaksanakan rondaan khas menerusi Op Sayong 1/2018, Op Pintas 1/2019 dan Op Tiris 4.0 Pengarahnya, Kapten Mohamad Shukri Khotob berkata, pemeriksaan mendapati bot tersebut disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985 kerana melanggar syarat sah lesen. Katanya, bot itu dipercayai menjalankan aktiviti memukat ikan kurang daripada 15 batu nautika dari daratan terhampir.
“Lima kru warga Myanmar itu turut disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah. “Kesemua mereka bersama bot, peralatan menangkap ikan dan hasil laut dianggarkan bernilai lebih RM3 juta telah ditahan dan diiring ke Jeti Pasukan Polis Marin Kampung Acheh untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Menurut beliau, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pengusaha bot tempatan yang melanggar syarat lesen dan menceroboh kawasan zon tangkapan ikanpendapatan nelayan tradisional, malah merosakkan ekosistem marin yang menjadi tempat pembiakan ikan.
“Sebarang aduan mahupun salah laku atau maklumat mengenai kecemasan di laut boleh disalurkan terus ke Pusat Operasi Ibu Pejabat Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera,” katanya. –
Malaysian Maritime Agency Perak Myanmar Fishing Boat Fishing Regulations Detention
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Woman from Myanmar faces charges of giving poison to her daughter in MalaysiaA woman from Myanmar is facing charges of giving poison to her daughter in Malaysia. The prosecution has been postponed due to the defendant's inability to understand the charges in Malay.
Read more »
Malaysiakini Journalist Receives Media Appreciation Award from Enforcement Agency Integrity CommissionMalaysiakini senior journalist B Nantha Kumar has received the Enforcement Agency Integrity Commission's (EAIC) media appreciation award in Putrajaya last night, in conjunction with the commission’s 15th anniversary. Nantha, who has broken several high-profile stories involving corruption among enforcement agency personnel and human rights issues, received the award alongside 12 other journalists.
Read more »
Taiwan capital hits highest temperature on record for May: weather agencyPARIS, May 27 (Reuters) - Cyrille Bollore, chief executive of the Bollore Group, said on Wednesday he was urging Universal Music Group's management to reject Bill Ackman's takeover proposal, citing three key objections: the price was too low, the deal used UMG's own money rather than Ackman's, and Ackman's management style was incompatible...
Read more »
RSS facility boosts Kudat’s maritime securityKUDAT: The presence of security forces and the operation of the Remote Sensor Site (RSS) facility on Pulau Balambangan not only strengthens the country’s maritime defence but also provides signi
Read more »




