Beyond the Breaking News

– June Lojong Kerap Meremang Berlakon Dalam Sel Penjara Sebenar Untuk Filem Polong

Banduan News

– June Lojong Kerap Meremang Berlakon Dalam Sel Penjara Sebenar Untuk Filem Polong
FilemseramJunelojongPengalaman

June berkata perasaan seram dan meremang sering hadir setiap kali berada di lokasi berkenaan.

Pelakon, June Lojong mengakui berdepan pengalaman yang cukup mencabar dari segi emosi apabila menjalani penggambaran filem seram terbaharu, ' Polong ' di lokasi penjara sebenar yang sudah lama ditinggalkan, June atau nama sebenarnya Junainah M. Lojong, suasana di Penjara Lama Johor Bahru yang turut dikenali sebagai Kota Jail memberi kesan mendalam kepadanya, terutama ketika menjalani penggambaran di sel terakhir yang pernah digunakan untuk menempatkan banduan menunggu hukuman.

Berkongsi pengalaman tersebut, June berkata perasaan seram dan meremang sering hadir setiap kali berada di lokasi berkenaan.

"Meremang itu memang kerap berlaku. Lokasi penggambaran di Kota Jail, kami masuk ke sel terakhir, memang betul-betul sel terakhir.

"Babak dalam penjara, terutama babak menangis itu dirakam dalam sel sebenar. Walaupun penjara itu sudah ditinggalkan, aura tetap kuat dan membuatkan saya rasa seram,"Isteri kepada pelakon Namron itu juga berkata, meskipun terdapat beberapa adegan yang dirakam menggunakan set khas, suasana di kawasan penjara asal tetap memberikan impak emosi yang sukar digambarkan.

"Babak gantung sebenarnya dibuat menggunakan set di bangunan sebelah, tetapi bila berada di kawasan penjara asal, rasa meremang itu tetap ada. "Tempat itu memang meninggalkan perasaan tidak selesa, tetapi dalam masa sama memberi pengalaman berbeza sebagai pelakon,"Selain pengalaman seram, June turut mengakui dia berasa sebak apabila melihat sendiri tulisan-tulisan yang dipercayai ditinggalkan oleh banduan pada dinding sel berkenaan. Katanya, mesej-mesej tersebut membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan dan kebebasan yang dimiliki hari ini.

"Rasa seram sejuk datang bersama keinsafan. Bila nampak tulisan seperti 'mak tunggu aku balik' atau 'aku tak nak buat lagi', hati terus tersentuh.

"Kita boleh bayangkan kehidupan mereka di dalam sel itu. Ia buat saya lebih menghargai kehidupan di luar,"Dalam filem berkenaan, June memegang watak Maria Hadi dan mengakui ada kalanya emosi serta suasana karakter tersebut terbawa-bawa selepas tamat penggambaran. Namun, dia sentiasa berusaha mengawal perasaan itu agar tidak berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan hariannya.

"Ada juga perasaan terbawa-bawa, seolah-olah ada sesuatu memerhati. Tapi saya cepat sedar dan kawal diri, ingatkan diri ini cuma lakonan. Balik rumah, saya cuba lepaskan semua rasa itu. Takut juga kalau dibiarkan berlarutan,"merupakan filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei ini.

Filem arahan Zulkarnain Azhar itu diterbitkan oleh Golden Star Pictures serta menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Nam Ron, Amir Nafis dan Nadiya Nisaa.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Filemseram Junelojong Pengalaman Perkongsian Polong Seismik Seismikseram Selpenjara

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Bintulu Port handover process to be finalised by end-JuneBintulu Port handover process to be finalised by end-JuneSarawak deputy premier Douglas Uggah Embas says the state will consolidate all port authorities under a central body in the third quarter of 2026.
Read more »

Grace period until June 22 for errant employers to register, says PERKESOGrace period until June 22 for errant employers to register, says PERKESOAlmodovar's remarks echoed those of Spanish star actor Javier Bardem who slammed the 'toxic masculinity' of the three leaders in an expletive-laden tirade on Sunday.
Read more »

New Malaysian Passport Rollout Starts 1 JuneNew Malaysian Passport Rollout Starts 1 JuneThe Immigration director-general Zakaria Shaaban has announced that the new Malaysian passport will be rolling out from 1 June onwards.
Read more »

Itu memang sel banduan akhir sebenar, ada masanya meremangItu memang sel banduan akhir sebenar, ada masanya meremangItu memang sel banduan akhir sebenar, ada masanya meremang - Jun Lojong
Read more »



Render Time: 2026-05-21 13:28:21