Malaysia and China agree to boost EV, battery, and renewable energy industries as strategic partners

Business News

Malaysia and China agree to boost EV, battery, and renewable energy industries as strategic partners
ChinaElectric VehiclesBattery Technology

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Malaysia's Deputy Prime Minister, stated that Malaysia is willing to be a reliable and trustworthy partner to China in the field of electric vehicles (EV), battery technology, and renewable energy. He emphasized that collaboration should be based on more than just trade and involve a long-term, far-reaching perspective.

AHMAD Zahid Hamidi melawat pameran ketika hadir ke majlis Forum Malaysia- China Mengenai Pembangunan Bakat dan Inovasi EV, Bateri dan Tenaga Baharu 2026 di Kuala Lumpur semalam.

-UTUSAN/M. FIRDAUS M. JOHARIKUALA LUMPUR: Malaysia menyatakan kesediaan untuk menjadi rakan strategik boleh dipercayai kepada China dalam industri kenderaan elektrik , teknologi bateri dan tenaga baharu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika dunia memasuki era industri baharu, Malaysia dan China perlu me­langkaui hubungan berasaskan perdagangan semata-mata. Sebaliknya, kata beliau, Malaysia dan China perlu bekerjasama untuk mula membina industri masa depan khusus­nya dalam tiga industri tersebut.

Tambahnya, kepercayaan antara kedua-dua negara juga mesti diterjemahkan kepada kerjasama yang berpandangan jauh ke hadapan.

“Ini bermakna memperluaskan kerjasama dalam mobiliti elektrik, teknologi bateri, tenaga boleh diperbaharui, pembuatan pintar, sistem digital dan pembangunan bakat. “Malaysia menawarkan ke­dudukan strategik, asas industri yang semakin berkembang dan tenaga kerja muda yang boleh dilatih. “China pula menawarkan kekuatan teknologi, skala industri dan kepimpinan terbukti dalam industri tenaga baharu,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Forum Malaysia-China Mengenai Pembangunan Bakat dan Inovasi EV, Bateri dan Tenaga Baharu 2026 di sini semalam.

Ahmad Zahid berkata, dunia kini bukan sekadar mengalami perubahan sebaliknya ia sedang dibentuk semula khususnya dalam sektor ekonomi yang ditakrifkan melalui teknologi, kecerdasan buatan , pendigitalan, automasi dan peralihan global ke arah tenaga bersih dan mampan. Katanya, perubahan itu turut membawa makna berbeza kepada daya saing apabila sesebuah negara tidak lagi dinilai hanya berdasarkan sumber dimiliki. Sebaliknya kepada bakat yang dibangunkan, teknologi yang dikuasai dan seberapa cepat menerima perubahan.

“Inilah sebabnya EV, tek­nologi bateri dan sistem tenaga baharu amat penting. Ia mewakili satu ekosistem industri baharu yang menghubungkan penyelidikan dan pembangunan , pembuatan maju, semikonduktor, perisian, pe­nyimpanan tenaga, infrastruktur pengecasan dan paling penting, modal insan.

“Dalam landskap baharu ini, negara yang bergerak lebih awal akan membentuk masa depan. Negara yang melabur dalam bakat akan memimpin masa depan dan negara yang membina kerjasama kukuh akan mendapat manfaat daripada masa depan tersebut.

“Malaysia memahami realiti ini. Kita bukan berada di sini untuk sekadar menyaksikan ekonomi masa depan dari tepi gelanggang sebaliknya mahu mengambil bahagian, menyum­bang dan menjadi rakan strategik dipercayai dalam fasa pertumbuhan industri baharu rantau ini,” katanya. Ahmad Zahid berkata, jualan glo­bal EV tahun lalu mencecah kira-kira 21 juta unit dengan satu daripada setiap empat kereta baharu yang dijual di seluruh dunia dengan China terus menerajui peralihan itu. -

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

China Electric Vehicles Battery Technology Renewable Energy Strategic Partnership Collaboration Technology Era Of Industry 4.0 Renewable Energy Smart Manufacturing

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Lepas jawatan ketua pembangkang andai bermaruahLepas jawatan ketua pembangkang andai bermaruahAhli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sepatutnya melepaskan jawatan sebagai ketua pembangkang sekiranya bermaruah.
Read more »

C. Joseph Vijay Commits to Building Warmer Ties with Malaysia, Thanks Prime Minister Datuk Seri Anwar IbrahimC. Joseph Vijay Commits to Building Warmer Ties with Malaysia, Thanks Prime Minister Datuk Seri Anwar IbrahimNew Tamil Nadu chief minister C. Joseph Vijay, who has previously worked as a movie star, is committed to fostering better ties with Malaysia after receiving warm congratulations from Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Read more »

Malaysia and China Strengthen Strategic Partnership in High-Value Palm Oil IndustriesMalaysia and China Strengthen Strategic Partnership in High-Value Palm Oil IndustriesMalaysia aims to deepen industrial ties with China by shifting palm oil from a basic commodity to a strategic, value-added industrial enabler focusing on sustainability and innovation.
Read more »

Datuk Seri Masidi Manjun appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairmanDatuk Seri Masidi Manjun appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairmanKOTA KINABULU, Malaysia, May 12, 2020 - Datuk Seri Masidi Manjun, the Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) deputy president, has been appointed as Gabungan Rakyat Sabah (GRS) deputy chairman. The decision was made during the GRS supreme council meeting on Tuesday, May 12. The four other GRS deputy chairmen are Parti Bersatu Sabah (PBS) president Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Parti Cinta Sabah president Tan Sri Anifah Aman, Parti Harapan Rakyat Sabah president Tan Sri Liew Yun Fah, and Liberal Democratic Party president Datuk Chin Su Phin.
Read more »



Render Time: 2026-05-13 03:26:27