The intense and sudden increase in rainfall triggered flash floods in Malaysia's capital, Kuala Lumpur, causing flooding in several areas. Raw data showed a rainfall intensity of 96.5 mm in an hour, exceeding the JPS's forecast of 60 mm for a two to four-hour period. Areas prone to flooding, such as Kuchai Lama and around Bukit Jalil LRT station, were affected by increased river levels and overflow, leading to the failure of drainage systems and causing flash floods.
KUALA LUMPUR : Kenaikan paras air hujan secara mendadak mencapai bacaan 96.5 milimeter dalam tempoh sejam dikenal pasti menjadi punca utama beberapa kejadian banjir kilat yang melanda ibu negara baru-baru ini.
Datuk Bandar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata, bacaan hujan semasa direkodkan di stesen hujan Universiti Malaya dan jauh melebihi paras amaran Jabatan Pengairan dan Saliran iaitu sekitar 60 mm bagi tempoh dua hingga empat jam. Katanya, hujan berintensiti tinggi dalam tempoh singkat itu menyebabkan paras sungai meningkat mendadak sehingga sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air.
“Sebagai contoh, kejadian air bertakung di Segambut Dalam berlaku apabila paras Sungai Toba merekodkan bacaan 43.14 meter, melebihi paras bahaya iaitu 42.80 meter. “Pada hari biasa paras sungai sekitar 27 meter, namun ketika hujan ia meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan limpahan air,” katanya dalam sidang akhbar, hari ini.
Menurut beliau, kejadian banjir di kawasan Kuchai Lama dan sekitar LRT Bukit Jalil turut berpunca daripada peningkatan mendadak paras air sungai dan kawasan tadahan sehingga menyebabkan sistem longkang dan perparitan gagal menampung aliran air.
“Apabila paras sungai naik melebihi paras bahaya, semua aliran perparitan yang masuk ke sungai tidak dapat mengalir keluar dan berlaku fenomena ‘bounce back’ yang menyebabkan banjir kilat. Susulan kejadian itu, DBKL memperkukuh usaha mitigasi banjir menerusi pendekatan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi mengurangi risiko banjir kilat di seluruh ibu negara. Antara langkah segera yang diambil termasuk penubuhan dua pasukan “flying squad” untuk bertindak di 14 hotspot banjir dikenal pasti sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, pasukan tersebut akan digerakkan sekiranya bacaan hujan melebihi 22 mm sejam bagi membersihkan saliran yang tersumbat akibat longgokan daun dan sampah.
“Kadangkala ketika hujan lebat, daun-daun kering akan menutup inlet saliran menyebabkan air tidak dapat mengalir masuk ke sistem utama. “Pasukan ini akan bergerak segera untuk membersihkan semua halangan bagi memastikan air larian dapat terus mengalir,” katanya. –
Environment And Climate Change Kuala Lumpur Flash Flood Rainfall River Levels Drainage Systems Overload
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Discover Borneo 2026 @ The Curve: A Vibrant Cultural Festival in Kuala LumpurDiscover Borneo 2026 is a festival held in conjunction with the Hari Gawai harvest celebration at Centre Court, The Curve. It brings together the vibrant traditions, flavors, and craftsmanship of Sabah and Sarawak, and celebrates heritage with the purpose of supporting local communities and encouraging more conscious, experience-led engagement.
Read more »
Independent Journalism Centre Malaysia launches 'The Price of Truth: Economic Rights of Journalists in Malaysia' reportThe 2022 annual report by Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia, 'The Price of Truth: Economic Rights of Journalists in Malaysia', sheds light on the precarious work conditions and decline in security experienced by media members in Malaysia. The report examines how the economic impact shapes the journalists' ability to report independently, ethically, and safely, highlighting the escalating threat to the overall media environment and the decline in public trust in the quality of journalism influenced by economic challenges.
Read more »
Malaysia Merangkumi 10% Serangan Siber Sekuriti Asia Tenggara, Pengguna Rapak Dianggap Berbasis di MalaysiaSyarikat Rusia mendapati Malaysia merangkumi 10% daripada serangan siber sekuriti di Asia Tenggara. Kini, Malaysia berada di tangga ke-4 untuk pengiklanan siber sejagat, sekaligus berada di tangga ke-31 untuk kebocoran data akaun.
Read more »
Singer Fauziah Latiff’s ‘4 Decades’ concert draws nearly 3,000 fans in Kuala LumpurKUALA LUMPUR, May 12 — Reaching four decades in the entertainment industry is more than just a milestone in numbers; it is a long journey filled with triumphs and setbacks,...
Read more »




