The Malaysian government announced several new initiatives aiming to improve the well-being of women and families, focusing on areas such as infertility treatment, postnatal care, and emotional empowerment.
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh agenda kesejahteraan wanita dan keluarga menerusi pelbagai inisiatif baharu yang memberi tumpuan kepada rawatan kesuburan, sokongan pasca bersalin serta pemerkasaan emosi ibu di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pendekatan tersebut dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kebajikan wanita dan keluarga terus terpelihara. Menurut beliau, Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti di bawah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menjadi antara fokus utama kerajaan pada tahun ini.
“Program itu menyasarkan kira-kira 47,000 pasangan yang menghadapi masalah kesuburan untuk mendapatkan bantuan rawatan seperti Intrauterine Insemination dan In Vitro Fertilisation . “Keutamaan turut diberikan kepada pasangan daripada kumpulan B40 bagi memastikan akses rawatan lebih inklusif dan menyeluruh,” katanya ditemui pada Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2026 di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, hari ini. Berangkat ke majlis sambutan itu, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Sementara itu, Nancy berkata, LPPKN telah mengendalikan lebih 373,000 kes subfertiliti dengan 6,513 kehamilan berjaya direalisasikan menerusi perkhidmatan kesuburan yang disediakan.
“Kerajaan turut memperkenalkan inisiatif sokongan pasca bersalin bagi membantu ibu bekerja menghadapi fasa pemulihan selepas melahirkan anak. “Inisiatif tersebut merangkumi bantuan kewangan tambahan serta program sokongan kesihatan mental dan emosi bagi mengurangkan tekanan dalam kalangan ibu. “Dapatan kajian semasa menunjukkan sebahagian besar ibu berdepan kekangan masa untuk diri sendiri khususnya bagi tujuan rehat dan pemulihan emosi,” katanya. Sehubungan itu, katanya, Pakej Seteguh Kasih Ibu diperkenalkan melibatkan aspek kesihatan, emosi dan kesejahteraan mental secara menyeluruh.
“Pendekatan itu merangkumi saringan awal kanser reproduktif wanita, terapi emosi melalui aktiviti interaktif keluarga serta program relaksasi dan sokongan psikologi ibu,” katanya. Katanya, kerajaan turut memperkenalkan Anugerah Khas Inspirasi Ibu bagi menghargai wanita yang berjuang mendapatkan zuriat serta menjadi sumber inspirasi kepada pasangan lain.
“Semua inisiatif ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memperkukuh institusi keluarga serta memastikan tiada ibu yang terpinggir daripada arus pembangunan negara. “Kerajaan akan terus komited memperkasa wanita dan ibu sebagai tunjang utama masyarakat dan negara,” katanya. –
Women Families New Initiatives Fertility Treatment Postnatal Care Emotional Empowerment LPPKN Buai Intracytoplasmic Sperm Injection (IUI) In Vitro Fertilization (IVF) Kenan Risiko (B40)
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia shifts EV policy to boost local assembly and economic growthMalaysia's government has discontinued tax breaks for fully imported electric vehicles to encourage local assembly, job creation, and stronger supply chains. The move aims to redirect incentives toward locally assembled EVs, fostering industrial growth and reducing reliance on imports. The policy shift follows a four-year period of tax exemptions for imported EVs, which cost the Treasury RM3.3 billion in lost revenue.
Read more »
Malaysia’s Second EV-Only Track Day at Sepang Circuit in 2026Following the success of Malaysia’s first public EV-only track day in 2025, the SoyaCincau Pop Up EV Clinic: Track Edition returns to Sepang Circuit on June 6, 2026. The event offers sessions for all skill levels, including full circuit drives, time attack competitions, parade laps, and professional coaching. Participants can also experience high-speed taxi rides and benefit from charging support from leading Malaysian brands.
Read more »
National footballer Paulo Josue says 2026 Asean Fifa Cup offers Malaysia shot at silverwareKUALA LUMPUR, May 8 — National attacking midfielder Paulo Josue believes the 2026 Asean Fifa Cup presents the best platform for Harimau Malaya to end the country’s long wait...
Read more »
UNK Kaamatan Winners and Cosmobeauté Borneo Festival AnnouncementNews text highlights the Unduk Ngadau Kaamatan Tuaran, Tamparuli, and Kiulu winners' victories and announces the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026. Brief description includes beauty expo, Malaysian Borneo Festival, and Malaysian beauty culture promotion.
Read more »
