Introducing a new QR code verification system for every durian output from Penang to ensure fruit authenticity and boost consumer trust. The system includes detailed information about the orange grove, farm, and authorized farmer's license.
GEORGE TOWN: Persatuan Pekebun Buah-Buahan Pulau Pinang memperkenalkan sistem pengesahan kod QR bagi setiap durian keluaran negeri itu dalam usaha menjamin ketulenan produk serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap durian Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, inisiatif baharu itu diperkenalkan bagi mengelakkan lambakan durian dari negeri atau negara lain dijual menggunakan label durian Pulau Pinang. Menurut beliau, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang dilekatkan pada setiap buah durian untuk mendapatkan maklumat lengkap berkaitan asal-usul buah tersebut.
“Melalui sistem ini, pengguna boleh melihat kod pengenalan durian, lokasi asal kebun, maklumat ladang serta nombor lesen rasmi kebun yang mengeluarkan durian berkenaan. “Bagi mengelakkan penyalahgunaan dan penduaan, setiap kod QR hanya sah digunakan selama tujuh hari,” katanya selepas mengedarkan kira-kira 2,000 risalah bertajuk ‘Durian Legend: Savoring Penang’s King of Fruits’ kepada Persatuan Pekebun Buah-Buahan Pulau Pinang bagi tujuan promosi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, langkah itu bukan sahaja meningkatkan ketelusan dalam urusan jual beli durian, malah membantu melindungi reputasi durian Pulau Pinang yang terkenal dengan kualiti premium, aroma kuat dan tekstur berkrim.
“Usaha proaktif Persatuan Pekebun Buah-Buahan Pulau Pinang dalam memperkenalkan inovasi pemasaran dan sistem pengesahan produk yang diyakini mampu memberi nilai tambah kepada industri durian negeri,” katanya. Katanya, pelawat yang datang ke Pulau Pinang pada musim durian tahun ini digalakkan mencuba sendiri sistem kod QR tersebut bagi menikmati pengalaman membeli durian asli Pulau Pinang dengan lebih yakin dan selamat. –
Durian Qrcode Verification Authenticity Trust Promotion Indoor Farming Durian Farming
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Penang Aims for Semiconductor Evolution Phase 2.0Penang is transitioning from a hub for semiconductor assembly and testing toward innovation, high-tech integrated circuit design, and AI hardware development to become the Silicon Valley of the East 2.0.
Read more »
Coffee shop assistant charged with ramming 12 vehicles while fleeing cops in PenangMay 6 (Reuters) - Elon Musk's SpaceX said on Wednesday it has signed a deal to give Anthropic access to Colossus 1, a massive AI supercomputer, bringing together two of the most prominent players in the artificial intelligence race.
Read more »
Penang Customs Seize RM3.7 Million in Contraband Cigarettes and AlcoholThe Penang Customs Department conducted two successful raids in Tasek Gelugor and Bukit Mertajam, seizing duty-unpaid cigarettes and liquor valued at over RM3.6 million.
Read more »
Nearly RM3.95mil worth of untaxed liqour, cigarettes seized in Penang raidsThis is the second major haul involving millions of ringgit worth of untaxed liquor and cigarettes by the customs department in two months.
Read more »
