Penstrukturan semula subsidi bahan api perlu lebih tajam

Ekonomi News

Penstrukturan semula subsidi bahan api perlu lebih tajam
Petaling JayaPakar EkonomiUniversiti Tun Abdul Razak

Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak, Prof. Emeritus Barjoyai Bardai, mengulas mengenai laporan kerajaan berpotensi mengurangkan kuota BU­DI95 kepada 150 liter sejajar usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan bekalan bahan api domestik dalam berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat. Beliau berpendapat bahawa pendekatan penetapan kuota subsidi perlu mengambil kira perbezaan corak penggunaan antara kumpulan pendapatan serta jenis kenderaan, bagi memastikan dasar lebih objektif dan menepati keperluan sebenar pengguna.

PETALING JAYA: Penstrukturan semula subsidi bahan api perlu dilaksanakan secara lebih bersasar bagi memastikan keberkesanan dasar serta kelestarian fiskal negara. Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak , Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berkata, pendekatan penetapan kuota subsidi perlu mengambil kira perbezaan corak penggunaan antara kumpulan pendapatan serta jenis kenderaan, bagi memastikan dasar lebih objektif dan menepati keperluan sebenar pengguna.

“Jika kita mahu klasifikasikan pengguna mengikut keperluan, golongan B40 yang banyak menggunakan motosikal mungkin sekitar 80 liter sebulan, kereta dalam lingkungan 180 liter, manakala kumpulan M40 sekitar 220 liter. “Bagi T20 pula,300 liter pun kadangkala tidak mencukupi bergantung kepada gaya hidup dan penggunaan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan kerajaan berpotensi mengurangkan kuota BU­DI95 kepada 150 liter sejajar usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan bekalan bahan api domestik dalam berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, walaupun tiada garis masa ditetapkan bagi pelaksanaan pengurangan, langkah itu boleh dipertimbangkan kerana BUDI95 mempunyai keupayaan menyediakan data penggunaan secara terperinci.

Sementara itu, Barjoyai berkata, lebih 50 peratus rakyat menggunakan motosikal dengan anggaran penggunaan sekitar 80 hingga 120 liter sebulan, manakala ramai dalam kalangan B40 yang bekerja dan berulang alik ke tempat kerja memerlukan kuota lebih tinggi, termasuk sehingga 300 liter dalam sesetengah kes.

“Isunya adalah sama ada kita mahu memastikan semua orang mendapat subsidi atau hanya mereka yang benar-benar memerlukan. “Kita juga perlu jelas bagaimana pengkelasan M40 ditentukan sama ada masih layak menerima subsidi atau tidak,” jelasnya. Dalam pada itu, beliau berkata, dasar subsidi perlu mengambil kira kemungkinan ketidaktentuan harga minyak global yang boleh meningkat kepada sekitar AS$120 hingga AS$150 setong sekiranya berlaku gangguan bekalan atau ketegangan geopolitik yang lebih serius.

“Dalam senario harga minyak tinggi, mekanisme subsidi perlu lebih bersedia. Kita mungkin berdepan pelbagai tahap krisis tenaga, jadi sistem subsidi tidak boleh kekal statik,” katanya. Bagaimanapun, beliau berpandangan kerajaan perlu mengekalkan pendekatan jangka pendek yang sedia ada sebagai langkah perlindungan kepada rakyat, selain pada masa sama membangunkan mekanisme subsidi jangka sederhana dan panjang yang lebih mampan serta mampu mengurangkan beban fiskal negara.

“Dalam jangka pendek, teruskan pendekatan semasa supaya Malaysia kekal sebagai negara yang prihatin kepada rakyat. Tetapi dalam jangka sederhana dan panjang, perlu ada pembaharuan mekanisme untuk menjimatkan kos dan meningkatkan hasil kerajaan,” ujarnya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Petaling Jaya Pakar Ekonomi Universiti Tun Abdul Razak Barjoyai Bardai Dasar Subsidi Dasar Objektif KEP Rakan Negara

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Gadis maut ditikam: Pelajar kolej vokasional didakwa bunuh NurfisyaGadis maut ditikam: Pelajar kolej vokasional didakwa bunuh NurfisyaMahkamah menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan beberapa laporan pakar.
Read more »

Australia watchdog says money launderers ramping up AI for scamsAustralia watchdog says money launderers ramping up AI for scamsA letter from PROF DATUK DR AHMAD IBRAHIM, Universiti Malaya/UCSI University
Read more »

Kekurangan pakar geriatrik: KKM perkasa kolaborasi swastaKekurangan pakar geriatrik: KKM perkasa kolaborasi swastaKKM bekerjasama dengan kemudahan perubatan dikendalikan sektor swasta dan institusi pendidikan kejururawatan dalam usaha menangani keperluan penjagaan warga emas termasuk kekurangan pakar geriatrik di negara ini.
Read more »

Ekonomi Penyegaran: Rakyat Malaysia bijak menyusun perbelanjaan harian dengan memilih pengangkutan awamEkonomi Penyegaran: Rakyat Malaysia bijak menyusun perbelanjaan harian dengan memilih pengangkutan awamMenteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir, menyatakan peningkatan ketara pengguna rel dan bas telah menunjukkan perubahan gaya hidup rakyat yang berhati-hati dalam mengurus kewangan, disebabkan keadaan ekonomi yang menekan.
Read more »



Render Time: 2026-05-16 13:32:59