GRS coalition leader Haji Noor speaks on special session of Gagasan Rakyat and GRS in Kota Kinabalu

Politics News

GRS coalition leader Haji Noor speaks on special session of Gagasan Rakyat and GRS in Kota Kinabalu
Gagasan Rakyat SabahSabah Maju JayaReconstruction Of Priorities

GRS coalition leader Haji Noor delivered a speech at the special session of Gagasan Rakyat and GRS in Kota Kinabalu, highlighting the need for Sabah to have a strong, self-reliant local government, the challenges faced by the coalition, and the creation of Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) as a foundation for the stability of Sabah's politics. Haji Noor emphasized the need for unity among parties and the necessity of recovering from the Covid-19 pandemic, as well as addressing the issue of corruption and political instability in Sabah.

HAJIJI Noor berucap dalam Perhimpunan Agung Khas Gagasan Rakyat bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di Kota Kinabalu, hari ini. - IHSAN GRSKOTA KINABALU: Semua pemimpin parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah diingatkan mengenai ranjau politik dihadapi gabungan terbabit sejak mengambil alih kerajaan negeri pada 2020.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pada masa itu semua sedar aspirasi rakyat Sabah yang tidak mahu terus bergantung kepada percaturan orang lain untuk menentukan masa depan negeri ini. Jelasnya, Sabah pada masa itu memerlukan satu kekuatan tempatan yang mampu bercakap dengan suara sendiri, membuat keputusan sendiri dan mempertahankan kepentingan rakyat negeri ini.

“Sebab itulah GRS ditubuhkan dan daripada perjuangan itulah, lahirnya Parti Gagasan Rakyat Sabah sebagai tunjang utama untuk memastikan rumah politik Sabah ini terus kukuh, stabil dan dipimpin oleh perjuangan yang berpaksikan rakyat negeri ini,” katanya berucap dalam Persidangan Agung Khas Gagasan Rakyat bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini, hari ini. Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, rakyat menyaksikan realiti parti politik negeri ini yang tidak pernah kekal dalam perjuangan bersama berikutan ada pemimpin berubah arah ketika menjelang pilihan raya.

Beliau menegaskan, peristiwa itu membawa pengajaran besar kepada GRS dan parti pimpinannya dalam mencorak perjuangan serta masa depan parti, terutama bagi mengekalkan kestabilan kerajaan negeri.

“Dahulu, ada yang paling lantang bercakap tentang Sabah mesti kuat seperti Sarawak, merekalah yang berkobar-kobar menyeru supaya parti-parti tempatan bersatu, bercakap tentang satu hati, tentang maruah politik Sabah dan perjuangan tempatan untuk rakyat Sabah. “Tapi, apabila tiba musim ujian, pilihan raya semakin dekat, kuasa dan kedudukan mula menjadi pertimbangan, di situlah kita nampak warna sebenar perjuangan mereka.

“Ada yang mahu keluar, ada yang tiba tiba mahu membawa haluan solo, malah ada juga yang meninggalkan perjuangan hanya kerana jawatan yang diharapkan tidak menjadi miliknya. “Kita hormati keputusan mereka, kita tidak marah, tidak berdendam. Tetapi rakyat boleh melihat sendiri, siapa yang benar-benar berjuang untuk Sabah? ,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan GRS tidak akan menjadi lemah setiap kali berdepan situasi sedemikian, sebaliknya perlu tampil lebih matang, tersusun dan bersatu dalam mempertahankan kestabilan politik negeri. Hajiji berkata, rakyat Sabah ketika ini tidak lagi mahu mendengar retorik politik semata-mata, sebaliknya menuntut kerajaan yang mampu menyediakan peluang pekerjaan, menggerakkan ekonomi serta menyelesaikan masalah rakyat.

“Apa yang rakyat mahukan ialah pekerjaan, ekonomi yang bergerak, peluang untuk anak-anak mereka dan mahukan kerajaan yang stabil serta mampu menyelesaikan masalah. “Itulah ukuran politik yang sebenar. Kalau kita terlupa perkara ini, mungkin kita menang di pentas ucapan sahaja tetapi kalah dalam keyakinan rakyat,” katanya. Hajiji berkata, kerajaan negeri pimpinan GRS mengambil alih pentadbiran Sabah ketika ekonomi negeri terkesan akibat pandemik Covid-19 selain berdepan keadaan politik yang tidak menentu.

Katanya, kerajaan negeri bagaimanapun memilih untuk memberi fokus kepada pemulihan ekonomi, kestabilan politik dan pembangunan jangka panjang menerusi kerangka Sabah Maju Jaya .

“Kita susun semula keutamaan kerajaan, perkemaskan tadbir urus dan fokus kepada kestabilan politik, pemulihan ekonomi serta asas pembangunan jangka panjang negeri. “Kita tidak menjanjikan perubahan hanya di pentas ucapan. Kita mula membina perubahan itu melalui dasar, pelaksanaan dan hasil yang boleh dirasai rakyat,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Gagasan Rakyat Sabah Sabah Maju Jaya Reconstruction Of Priorities Reformation Of Administrative Reconstruction Of Priorities Sabah's Political Instability Covid-19 Reconstruction

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Better Internet access for Sabah’s rural clinics under MadaninetBetter Internet access for Sabah’s rural clinics under MadaninetMay 16 (Reuters) - Japan's Gamba ⁠Osaka beat Al-Nassr 1-0 in the Asian Champions League Two ⁠final to deny Cristiano Ronaldo and the Saudi Pro League ‌leaders in the continent's second-tier competition in Riyadh on Saturday.
Read more »

Sabah records RM95.9M in potential international sales, continues overseas trade pushSabah records RM95.9M in potential international sales, continues overseas trade pushKOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah recorded RM95.9 million in potential international sales, a 37.12% increase from the previous year, indicating the strong potential of locally made goods to compete in the global market. The State Government plans to sustain this momentum in major trade expos in Singapore, Thailand, South Korea, Japan, and France.
Read more »

Sabah FC ends season with narrow loss to Terengganu FCSabah FC ends season with narrow loss to Terengganu FCSabah FC finished ninth in the league after a 0-1 home defeat to Terengganu FC, marking an end to their two-game winning run. Despite strong performances from goalkeeper Khairul Fahmi Che Mat and several missed chances, the team fell short in their final game of the season. Head coach Juan Torres Garrido praised his players' efforts, while the management looks to strengthen the squad for the next season.
Read more »

GRS firm on unity, stability and delivering results for SabahGRS firm on unity, stability and delivering results for SabahKOTA KINABALU: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor reminded GRS leaders of Sabah’s tough political landscape since 2020, stressing the coalition was formed to give the state its own voice and
Read more »



Render Time: 2026-05-17 07:51:47