Malaysian Moto3 rider Hakim Danish Ramli will start the US Grand Prix at the last position after a crash during qualifying at the Circuit of the Americas (COTA) in Austin, Texas. Despite the accident, which damaged his bike, the 18-year-old rider escaped serious injury and is ready to compete in the race. He explained that a miscalculation with tire temperature led to the crash, but he remains focused on the race.
PETALING JAYA: Nasib tidak menyebelahi pelumba Moto3 negara, Hakim Danish Ramli yang terpaksa memulakan perlumbaan pada Grand Prix Motosikal Amerika Syarikat di kedudukan tercorot selepas terbabit dalam kemalangan sewaktu sesi kelayakan 1 di Litar COTA , Austin, Texas, Amerika Syarikat, awal pagi tadi.
Pelumba yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu gagal melakar sebarang masa pada sesi tersebut selepas terbabit dalam insiden kemalangan yang menyebabkan jenteranya mengalami kerosakan. Ketika kejadian itu berlaku, tubuh Hakim Danish melambung tinggi sebelum terhempas ke permukaan trek yang mengakibatkan dia bergelut untuk bangkit sebelum dibantu pasukan perubatan. Hakim Danish terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia terpaksa bermula di kedudukan corot pada perlumbaan sebenar Grand Prix Amerika Syarikat di Litar COTA, Austin, Texas, AS, esok. Bagaimanapun, mujur pelumba berusia 18 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan yang menjejaskan peluangnya untuk beraksi pada perlumbaan sebenar dari grid ke-25, pukul 1 pagi, esok. Hakim Danish berkata, dia berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kemalangan tersebut berlaku.“Semasa kelayakan tadi saya kecewa di mana saya tak dapat catat masa sepusingan dan saya juga tak dapat pegi Q2 kerana tersalah buat percaturan,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini. Mengulas lanjut mengenai kemalangan yang dialaminya, anak jati Terengganu itu menjelaskan, sebelum kemalangan berlaku, dia telah memasuki pit dan keluar semula ke litar bagi memulakan sesi Q1. “Tetapi saya rasa saya tunggu terlampau lama dan tayar saya masih sejuk sewaktu minit terakhir saya keluar ke litar. “Saya terlalu memaksa jentera yang dipacu dan tayar pula tak cukup panas sehingga menyebabkan motosikal terbabas,” katanya. Bagaimanapun, Hakim Danish berkata, tiada istilah berputus ada buatnya dan walaupun terpaksa bermula di kedudukan terakhir, fokus akan dihalakannya ke perlumbaan, esok serta cuba memberikan sehabis baik. – UTUSAN
Moto3 Hakim Danish Ramli US Grand Prix COTA Crash Motorcycle Racing
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Danial tuai emas pertama ACC 2026Pelumba remaja negara, Muhammad Danial Hakim Zulkifli menghadiahkan kilauan emas pertama Malaysia pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC)
Read more »
38yo M’sian Delivery Rider Killed After Crashing into Broken-Down Car Stopped in Left Lane of NPE HighwayA fatal accident occurred yesterday (26 March) at Kilometre 3 of the New Pantai Expressway (NPE) in Petaling Jaya, involving a car and a motorcycle.
Read more »
As life nears its end, the questions startNews and views that matter. Malaysiakini is an online news portal published in Malay, English, Chinese and Tamil. Malaysiakini receives over millions of page-views per day and is one of the most trusted news brand in Malaysia.
Read more »
Golf-Tiger Woods arrested on DUI charge after Florida car crashKUALA LUMPUR: Two individuals from the Wangsa Maju Federal Territory Residents' Representative Council (MPPWP) have been ordered to immediately vacate their positions following a viral video alleging they solicited protection money from a business premises.
Read more »
Tiger Woods released on bail hours after arrest at crash scene on suspicion of DUIJUPITER ISLAND: Tiger Woods was released on bail late Friday, hours after his Land Rover clipped a truck, rolled onto its side and the golfer was arrested
Read more »
17-year old killed in motorcycle crashSAN FRANCISCO, March 27 (Reuters) - Apple on Friday said it has hired Lilian Rincon, who previously spent nearly a decade at Google overseeing its shopping and assistant products, as the vice president of product marketing for artificial intelligence, reporting to its marketing chief Greg 'Joz' Joswiak.
Read more »
