The club is at risk of not making the UEFA Champions League after losing 4-2 to Aston Villa in the Premier League.
LONDON: Liverpool berisiko terlepas slot ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas dibelasah Aston Villa 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris , semalam. Kekalahan itu menyaksikan Liverpool jatuh ke tangga kelima dan kini berisiko dipintas pasukan tangga keenam Brighton, sekali gus boleh menyebabkan mereka terlepas tiket ke UCL .
Kedudukan Arne Slot mula menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu, namun sebelum kekalahan kepada Villa, beliau menegaskan sedang membuat perancangan musim depan bersama pemilik kelab.
“Ia bukan mengenai saya, tetapi mengenai kekecewaan kami terhadap keputusan ini. Saya sudah bercakap mengenainya semalam dan itu sudah mencukupi.
“Fokus kami sekarang adalah aksi menentang Brentford dan memastikan kami mendapat sokongan penyokong dengan memulakan permainan secara agresif dan baik. “Gabungan sokongan peminat serta prestasi baik akan membawa kami mencapai apa yang kami mahukan iaitu layak ke Liga Juara-Juara,” kata Slot. Villa meledak empat gol dan hampir menambah jaringan ketika mereka membolosi pertahanan Liverpool dengan mudah sepanjang perlawanan.
“Kami bolos terlalu banyak gol musim ini dan sukar untuk dipercayai kecuali anda sendiri mengalaminya seperti hari ini. Villa adalah pasukan yang lebih baik dan permainan terlepas daripada kawalan kami.
“Ia bukan mengenai saya atau sejauh mana kecewanya saya, tetapi semua pihak kecewa – pemain, staf dan sudah tentu penyokong. “Dalam bola sepak anda boleh tergelincir , tetapi ia amat malang. Kami tahu apa yang perlu dilakukan minggu depan,” katanya. - AGENSI
Liverpool UCL Premier League Aston Villa Consequent Failure Arundel Slot
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Aston Villa Clinch Champions League Spot, Liverpool Slip to DefeatAston Villa secured their spot in the Champions League for next season with a 4-2 Premier League victory over Liverpool on Friday. Ollie Watkins scored twice to help Villa to a crucial win, while Liverpool remain vulnerable to being caught by both Bournemouth and Brighton & Hove Albion in the race for a Champions League place.
Read more »
Villa Snatch Champions League Spot with Dramatic VictoryVilla take on Freiburg in the Europa League final on May 20th, aiming to win their first major trophy in three decades. Aston Villa's Ollie Watkins' two goals prove crucial as Liverpool slip to fifth, still at risk of missing out on Champions League.
Read more »
Liverpool manager 'disappointed' after 4-2 defeat to Aston Villa - misses out on Premier League Champions LeagueLiverpool manager Arne Slot is dismayed after his side's 4-2 Premier League loss to Aston Villa on Friday, with their European spot in jeopardy. He acknowledges that the team is conceding too many soft goals.
Read more »
Villa pesta gol di Villa ParkImpian besar Aston Villa kini semakin nyata apabila skuad kendalian Unai Emery mengesahkan tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas membenam Liverpool 4-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris(EPL) di Villa Park, awal pagi tadi.
Read more »
