Matrix Concepts Holdings Berhad, a leading property developer, received five major recognitions from the StarProperty Real Estate Developer Awards 2026, including The Cornerstone Award for the Suria Heights project and The Neighbourhood Award for Bandar Seri Impian in Kluang, Johor.
KELVIN Lee Chin Chuan bersama pasukan pengurusan syarikat menunjukkan anugerah yang dimenangi pada majlis StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 di Petaling Jaya, baru-baru ini.
PETALING JAYA: Matrix Concepts Holdings Berhad mengukuhkan kedudukannya sebagai pemaju perbandaran terkemuka apabila merangkul lima pengiktirafan pada Anugerah Pemaju Hartanah StarProperty 2026, baru-baru ini. Pencapaian itu amat bermakna buat kumpulan kerana ia menandakan tahun ke-10 berturut-turut Matrix Concepts menerima pengiktirafan di anugerah berprestij tersebut sejak 2017, sekali gus meraikan ulang tahun ke-30 penubuhan syarikat.
Antara pengiktirafan utama yang diterima termasuk The Cornerstone Award bagi projek Suria Heights di Negeri Sembilan yang menonjolkan konsep kediaman keluarga kontemporari dengan ketersambungan yang kukuh. Projek Bayu Sutera di Bandar Sri Sendayan pula memenangi The Family-Friendly Award , manakala Bandar Seri Impian di Kluang, Johor dinobatkan sebagai pemenang The Neighbourhood Award .
Pengarah Eksekutif Kumpulan Matrix Concepts, Kelvin Lee Chin Chuan berkata, anugerah tersebut merupakan bukti dedikasi pasukan dan kepercayaan yang diberikan oleh pembeli rumah serta pemegang taruh sepanjang tiga dekad lalu.
“Kami berasa amat berhormat menerima pengiktirafan ini. Ia mencerminkan komitmen pasukan kami setiap hari dan membuktikan kepercayaan yang menyokong pertumbuhan kami selama ini.
“Melangkah ke babak seterusnya, kami kekal fokus untuk memberikan pembangunan berteraskan manusia yang terus membentuk kehidupan dan landskap di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan. Selain anugerah berasaskan projek, Matrix Concepts turut dinamakan antara tiga teratas bagi kategori StarProperty Readers’ Choice Awards , sekali gus membuktikan keyakinan tinggi orang awam terhadap jenama tersebut.
Kumpulan itu juga berada di kedudukan ke-5 bagi anugerah All-Star Award di bawah kategori syarikat tersenarai, mencerminkan rekod prestasi yang konsisten dalam penyampaian dan perancangan nilai jangka panjang. Kemenangan itu terus memperkukuh reputasi Matrix Concepts dalam membina komuniti yang lestari dan berdaya huni, menggabungkan keseimbangan antara kualiti hidup, aksesibiliti serta nilai hartanah untuk generasi akan datang. – UTUSAN
Real Estate Developer Property Developer Starproperty Real Estate Awards Awards Development Property Development Perbandaran Bandar Community Planning
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fake rumors, real killings: Inside Congo's deadly health misinformation crisisMay 6 (Reuters) - Elon Musk's SpaceX said on Wednesday it has signed a deal to give Anthropic access to Colossus 1, a massive AI supercomputer, bringing together two of the most prominent players in the artificial intelligence race.
Read more »
StarProperty Real Estate Developer Awards 2026: Malaysia's Leading Property Developers Recognized for Resilience and InnovationThe StarProperty Real Estate Developer Awards 2026 recognized Malaysia's leading property developers for their resilience and innovation in propelling the nation's realty sector forward. The awards were organized by StarProperty, a wholly-owned subsidiary of Star Media Group (SMG), and paid tribute to industry heavyweights setting new benchmarks in design, quality, and homebuilding.
Read more »
LBS raih empat anugerah berprestij di Starproperty Real Estate Developer Awards 2026LBS Bina Group Berhad, pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, telah mencatat satu lagi pencapaian membanggakan apabila meraih empat anugerah berprestij di StarProperty Real Estate Developer Awards 2026.
Read more »
Real Madrid's Valverde and Tchouaméni involved in training altercation ahead of El ClasicoReal Madrid midfielder Federico Valverde will miss El Clasico against Barcelona after a training ground altercation with Aurélien Tchouaméni left him with facial injuries requiring hospital treatment. The incident has led to disciplinary proceedings and adds tension to Madrid's already challenging season.
Read more »
