A doctor suggests replacing chia seeds with basil seeds as a more gut-friendly and readily available alternative, highlighting basil seeds' higher soluble fiber content which benefits gut bacteria.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Chia seed sering digunakan sebagai salah satu bahan makanan bagi mereka yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat atau sedang diet untuk menurunkan berat badan.
Namun di Malaysia, harga superfood itu mungkin agak mahal kerana diimport dari negara luar. Sebenarnya selain chia seed, ada satu lagi jenis biji yang lebih mudah didapati di dalam negara dan turut mengandungi nutrien yang hampir serupa. Baca Artikel Berkaitan: Jurulatih Kesihatan Kongsi Teknik Makan Nasi Dengan Betul, Boleh Elak Gemuk!
Baca Artikel Berkaitan: Amalkan 4 Makanan Ini Setiap Hari, Dapat Bantu Kurangkan Risiko Kanser Kolon Doktor Cadang Gantikan Chia Seed Dengan Biji Selasih Perkara itu dijelaskan oleh doktor perubatan dan pempengaruh, Dr Karan Raj, menerusi hantaran di media sosial. Dia mencadangkan agar penggunaan chia seed di dalam jem digantikan dengan biji selasih sebagai alternatif yang lebih sihat terhadap usus. Katanya, dua sudu chia seed mengandungi sekitar 10g serat, manakala biji selasih dalam jumlah sama mempunyai hampir 14g serat.
Tambahnya lagi, walaupun kedua-dua jenis biji itu mempunyai kandungan serat yang tinggi, namun biji selasih mengandungi lebih banyak serat boleh larut . Sebagai info, serat boleh larut merupakan sejenis prebiotik yang menjadi sumber makanan buat bakteria baik di dalam usus. Sebaliknya, chia seed diperbuat daripada 80% serat tidak boleh larut. Ia akan membuatkan seseorang lebih kenyang, tetapi tidak dapat menjadi makanan bagi mikrobiom usus.
Serat Boleh Larut Tinggi Dalam Biji Selasih, Jadi Makanan Buat Bakteria Dalam Usus Dr Karan berkata, serat boleh larut dan tidak boleh larut di dalam biji selasih pula adalah lebih seimbang. Perkara ini membuatkan lebih banyak proses fermentasi akan berlaku di dalam usus apabila mengambil biji selasih, seterusnya menjadi sumber tenaga yang lebih bagus buat mikrob dan lapisan usus. Tambah Dr Karan lagi, biji selasih tidak menjadi gel pekat seperti chia seed, membuatkan teksturnya lebih menarik dan mudah ditelan.
Dalam masa sama, dia mengingatkan ini tidak bermakna chia seed perlu digantikan sepenuhnya dengan biji selasih, tetapi adalah lebih bagus untuk mencuba pelbagai jenis biji. View this post on Instagram A post shared by Dr Karan Rajan Baca Artikel Berkaitan: Doktor Jelaskan Bagaimana Stew Epal Dapat Bantu Kesihatan Usus Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia Kandungan Nurtien Dalam Chia Seed & Biji Selasih Hampir Sama Berdasarkan Verywell Health, kedua-dua chia seed dan biji selasih sebenarnya mempunyai kadar nutrien yang hampir sama.
Secara ringkasnya chia seed mempunyai lebih tinggi kalori, lemak dan magnesium berbanding biji selasih. Manakala biji selasih pula mengandungi serat, protein, kalsium, zat besi dan kalium yang lebih tinggi daripada chia seed. Bukan Hanya Untuk Usus, Banyak Lagi Kebaikan Biji Selasih Seperti yang dinyatakan di atas, biji selasih sememangnya bagus untuk kesihatan usus. Malah ia sering digunakan bagi mengurangkan masalah sembelit dengan melancarkan penghadaman.
Selain itu, pengambilan biji selasih juga dikaitkan dengan pelbagai kebaikan lain termasuk: Baca Artikel Berkaitan: Bubur Talbinah Makanan Sunnah Rasulullah SAW, Ini Cara Membuatnya Baca Artikel Berkaitan: Tempoyak Tinggi Probiotik, Boleh Cegah Masalah Sembelit – Public Health Malaysia Baca Artikel Berkaitan: Doktor Ini Dedah Cara Paling Tepat Untuk Makan Roti, Pisang, Epal & Kobis Bunga Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Chia Seeds Basil Seeds Soluble Fiber Gut Health Diet
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Malaysia offers rare earths alternative to ChinaGlobal concerns over China’s dominance in rare earths have spurred Lynas Rare Earths to expand its refining operations in Malaysia, aiming to grow its roughly 10% market share.
Read more »
Concerns over Shariah Compliance of Sukuk May Affect Foreign Investor ConfidencePerceptions that some sukuk structures do not meet international Shariah standards could potentially impact foreign investor confidence in Malaysia, despite the country's strong Islamic capital market share. The Securities Commission Malaysia is addressing concerns raised by Draft Shariah Standard No. 62 regarding sukuk structures and exploring alternative plans to maintain Malaysia's position as an Islamic finance hub.
Read more »
