15,822 ekor anak penyu berjaya ditetas dan dilepaskan semula ke laut demi memperkukuhkan agenda ekopelancongan Pulau Pinang.
CHOW Kon Yeow ketika menghadiri program pelepasan anak penyu sempena Jelajah CM Chow di Pantai Keracut, Teluk Bahang, Pulau Pinang, hari ini.
-UTUSAN/DANIAL SAADBALIK PULAU : Sebanyak 15,822 ekor anak penyu berjaya ditetas dan dilepaskan semula ke laut sejak 2021 hasil usaha konservasi berterusan yang dilaksanakan di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Pantai Kerachut di sini. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, dalam tempoh yang sama juga, sebanyak 273 pendaratan ibu penyu telah direkodkan dengan 24,357 biji telur penyu berjaya dikumpulkan.
Menurut beliau, kejayaan tersebut membuktikan bahawa usaha pemuliharaan biodiversiti marin di negeri itu mampu dilaksanakan secara konsisten walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk pencemaran dan pembangunan pesisir pantai.
“Penyu merupakan permata alam yang mempunyai nilai ekologi, pelancongan dan pendidikan yang amat tinggi kepada Pulau Pinang khususnya dalam memperkukuhkan agenda ekopelancongan negeri. “Justeru, kerajaan negeri percaya, pembangunan dan konservasi ini tidak boleh bergerak secara berasingan,” katanya selepas menghadiri program pelepasan anak penyu sempena Jelajah CM Chow di Pantai Keracut, hari ini.
Menurut Kon Yeow, kawasan pantai di bahagian barat Pulau Pinang seperti Pantai Teluk Bahang, Pantai Teluk Ketapang, Pantai Kerachut dan Pantai Teluk Kampi dikenal pasti sebagai lokasi utama pendaratan penyu jenis Agar dan Lipas.
“Kawasan tersebut merupakan habitat sensitif yang masih bebas daripada gangguan pencahayaan berlebihan serta pencemaran bunyi yang boleh mengganggu proses pendaratan dan penetasan penyu,” katanya. Beliau berkata, tahun 2023 merekodkan pencapaian tertinggi konservasi penyu apabila sebanyak 79 pendaratan ibu penyu direkodkan dengan 7,130 biji telur berjaya dikumpulkan dan daripada jumlah itu, sebanyak 5,168 ekor anak penyu berjaya menetas dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.
“Bagi tahun 2025 pula, sebanyak 67 pendaratan ibu penyu direkodkan dengan 6,470 biji telur berjaya dikumpulkan dan 4,586 ekor anak penyu dilepaskan ke laut,” katanya. Sementara itu, Kon Yeow memberitahu, statistik pelawat ke pusat konservasi itu juga menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila seramai 154,302 pengunjung termasuk 44,951 pelawat antarabangsa direkodkan antara tahun 2021 hingga April lalu.
“Peningkatan jumlah pelawat ini membuktikan bahawa usaha konservasi bukan sahaja penting dari sudut pemuliharaan biodiversiti, malah, mampu memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan, pendidikan dan ekonomi setempat,” ujarnya. -UTUSAN
Penyu Marine Biodiversity Coral Conservation Angkorian Cape Bird
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
DUN: Pembangunan Pulau Pinang tidak ‘korbankan’ identiti warisanPembangunan pesat Pulau Pinang tidak akan mengorbankan identiti warisan khususnya di kawasan sensitif seperti Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town, dengan kedua-duanya boleh bergerak seiring melalui tadbir urus dan perancangan yang mampan.
Read more »
KUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau TiomanKUANTAN: Kerajaan negeri komited mencari penyelesaian terbaik bagi meningkatkan akses ke Pulau Tioman, dekat sini termasuk meneroka semula perkhidmatan pengangkutan udara serta memperkukuh pilihan pengangkutan alternatif ke destinasi pelancongan terkenal itu. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Leong Yu Man berkata, kerajaan negeri sentiasa terbuka untuk mengadakan kerjasama strategik dengan mana-mana syarikat penerbangan yang berpotensi menyediakan laluan ke Pulau Tioman dari Kuala Lumpur, Kuantan dan Singapura. "Kerajaan negeri akan terus mengadakan perbincangan dengan syarikat penerbangan berkaitan dan meneliti model pengangkutan udara yang bersesuaian untuk Pulau Tioman. Pada sama, kita memperkukuh pilihan akses lain termasuk perkhidmatan bot laju dari jeti ke Pulau Tioman yang mula beroperasi sejak 1 Mei lalu," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Seri Dr. Mohd Johari Hussain pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini hari ini. Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Kementerian Pengangkutan dan agensi berkaitan bagi menilai pelbagai pilihan meningkatkan aksesibiliti ke Pulau Tioman secara selamat dan praktikal. Katanya, berdasarkan penilaian teknikal CAAM, cadangan pengubahan jajaran landasan Lapangan Terbang Pulau Tioman belum dapat memenuhi piawaian keselamatan penerbangan susulan faktor topografi berbukit dan halangan semula jadi di kawasan sekitar.
Read more »
Ketua Pembangkang Pulau Pinang dikejarkan ke hospitalGEORGE TOWN : Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) hari ini selepas mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika berada di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Read more »
GEORGE TOWN: PRN Pulau Pinang to be held simultaneously with PRU, depending on state constitutionThe decision on whether the State Legislative Assembly (DUN) election in Penang will be held simultaneously with the upcoming General Election (GE) will depend on the provisions in the Penang State Constitution. The Chief Minister, Chow Kon Yeow, stated that the government will seek advice from the state Attorney General regarding the implications of the constitution if the DUN is dissolved simultaneously with the Parliament. Additionally, the Chief Minister also needs guidance from the leadership of the ruling party, DAP, regarding the same matter.
Read more »
