An exploration of the dirty latte coffee trend and a feature on Single Dose Coffee in Petaling Jaya known for its meticulous brewing and vintage vibe.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Dirty latte atau dirty coffee mungkin bukan lagi menu baru dalam dunia kopi, tetapi sejak kebelakangan ini ia semakin popular, terutamanya dalam kalangan mereka yang sukakan kopi ringkas tetapi tetap ada identiti tersendiri.
Secara asasnya, dirty latte ialah gabungan espresso yang dituang di atas susu sejuk, selalunya tanpa ais atau hanya menggunakan sedikit ais. Dirty Latte Itu Apa Sebenarnya? Apa yang menjadikannya “dirty” ialah lapisan espresso yang perlahan-lahan bercampur dengan susu, sekali gus menghasilkan tona warna cantik daripada putih ke coklat. Dari segi rasa pula, ia agak berbeza berbanding latte biasa.
Disebabkan susu berada dalam keadaan sejuk dan espresso dituang terus ke atasnya, tekstur serta suhu memainkan peranan penting. Hasilnya ialah kopi yang lebih lembut, sedikit lebih kuat, tetapi masih berkrim dan seimbang antara rasa pahit kopi dengan manis susu. Sebab itu juga dirty latte sering dijadikan ukuran standard di banyak kafe hari ini. Walaupun nampak mudah, minuman ini sebenarnya banyak bergantung pada kualiti espresso, teknik tuangan dan jenis susu yang digunakan.
Setiap kafe pula ada versi tersendiri, ada yang lebih kuat, ada yang lebih ringan. Dan di situlah seronoknya untuk cuba satu demi satu. Dirty Latte Hunting in PJ & KL. Mana Paling Win?!
#1. Single Dose Coffee, Petaling Jaya View this post on Instagram A post shared by Single Dose Coffee Terletak di PJ Old Town, kafe ini cukup terkenal dalam kalangan pencinta kopi kerana cara penyediaan mereka yang sangat teliti untuk setiap cawan. Nama “Single Dose” sendiri diambil daripada teknik single dosing, iaitu biji kopi ditimbang dan dikisar satu per satu bagi memastikan rasa lebih segar dan konsisten.
Suasana di sini pula membawa gaya klasik dengan sentuhan vintaj, seolah-olah berada di rumah lama yang selesa. Ia menjadikan pengalaman minum kopi lebih santai dan tenang, sesuai untuk mereka yang benar-benar mahu menikmati rasa kopi, bukan sekadar minum. Dirty latte: Rasanya lebih bersih, seimbang dan lebih menyerlahkan karakter kopi. #2.
Contour, Petaling Jaya View this post on Instagram A post shared by Contour. PJ Contour di PJ Old Town dikenali sebagai kafe yang menggabungkan specialty coffee dengan pastri buatan tangan. Ia bukan sekadar tempat minum kopi, tetapi lebih kepada ruang santai dengan konsep minimal dan kemas. Dengan fokus kepada padanan kopi dan pastri, pengalaman di sini lebih tertumpu kepada keseimbangan rasa antara makanan dan minuman.
Sebab itu Contour sering menjadi pilihan untuk brunch dan lepak santai. Dirty latte: Lebih berkrim dan sesuai untuk mereka yang sukakan kopi lembut bersama pastri. #3. Afloat Coffee Roaster, Bukit Jalil View this post on Instagram A post shared by Afloat Coffee Roaster Afloat Coffee Roaster antara nama yang agak kuat dalam dunia specialty coffee tempatan dengan fokus utama pada proses sangai biji kopi sendiri.
Sebagai sebuah roastery, mereka lebih banyak bereksperimen dengan profil rasa dan asal biji kopi, menjadikan setiap cawan lebih kompleks. Ruangnya pula lebih berkonsep industri dan sederhana, menarik pelanggan yang benar-benar meminati kopi seperti barista atau coffee enthusiast. Dirty latte: Lebih kuat dan berlapis, dengan rasa kopi yang lebih jelas. Sesuai untuk mereka yang suka kopi ada “kick” tetapi masih lembut diminum.
#4. Greyskymorning, Subang Jaya View this post on Instagram A post shared by greyskymorning Grey Sky Morning di Subang membawa konsep yang lebih tenang dan minimal. Ruangnya ringkas, tidak terlalu sarat dan sesuai untuk mereka yang mahu berehat seketika daripada kesibukan kota. Ramai datang ke sini untuk duduk santai sambil menikmati kopi tanpa perlu tergesa-gesa, menjadikannya lokasi sesuai untuk slow morning.
Dirty latte: Lembut, mudah diminum dan tidak terlalu kuat. Sesuai untuk kopi harian. #5. Kuro Coffee, Petaling Jaya View this post on Instagram A post shared by Kuro Coffee Kuro Coffee di Taman Paramount terkenal dengan konsep minimalis ala Jepun — kemas, monokrom dan sangat teliti dari segi persembahan.
Walaupun ruangnya kecil, kafe ini mempunyai identiti tersendiri dan sering menjadi pilihan mereka yang menghargai reka bentuk serta kualiti kopi. Dirty latte: Lebih halus dan sangat seimbang antara pahit kopi dengan manis susu. Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
Dirty Latte Coffee Trends Single Dose Coffee Cafe Recommendations Petaling Jaya
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ipoh murder suspect has history of mental health issues, says Perak top copMay 4 (Reuters) - Meta Platforms is working on a roughly $13 billion financing package for a data center in El Paso, Texas, led by Morgan Stanley and JPMorgan Chase, Bloomberg News reported on Monday, citing people familiar with the matter.
Read more »
Stamping fun into Penang’s top attractionsMay 4 (Reuters) - Meta Platforms is working on a roughly $13 billion financing package for a data center in El Paso, Texas, led by Morgan Stanley and JPMorgan Chase, Bloomberg News reported on Monday, citing people familiar with the matter.
Read more »
Dr Wee: Top SPM scorers overlooked despite automatic admission programmeMay 4 (Reuters) - Meta Platforms is working on a roughly $13 billion financing package for a data center in El Paso, Texas, led by Morgan Stanley and JPMorgan Chase, Bloomberg News reported on Monday, citing people familiar with the matter.
Read more »
China's top envoy Wang Yi meets Iranian counterpart in BeijingNEW YORK, May 5 (Reuters) - Contract manufacturer Flex on Tuesday outlined plans for a strategic break-up to monetize its exposure to artificial intelligence, saying it would spin off its cloud and power infrastructure business into a separate publicly traded company by early 2027.
Read more »
Understanding Your Car's Dashboard Warning Lights: A Comprehensive GuideLearn about the most common car dashboard warning lights, their meanings, and the appropriate actions to take to prevent serious mechanical issues.
Read more »
Understanding Car Dashboard Warning SymbolsA guide explaining common car dashboard warning lights and their meanings, covering critical issues such as oil pressure, battery health, brake systems, and tire pressure to ensure vehicle safety.
Read more »
