The Malaysian government is considering reducing the fuel subsidy and consumption to ensure domestic fuel supply and stability amid the Asia-Pacific conflict. The Deputy Minister of Finance, Liew Chin Tong, stated that the reduction in fuel consumption could be considered due to the detailed data provided by the BUDI95 program.
KUALA LUMPUR: Kuota penggunaan bahan api di bawah program Budi Madani (BUDI95) berpotensi dikurangkan kepada 150 liter selaras usaha kerajaan memastikan keterjaminan bekalan bahan api domestik susulan konflik Asia Barat.
Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata, walaupun tiada garis masa ditetapkan bagi pelaksanaan pengurangan itu, langkah tersebut boleh dipertimbangkan kerana BUDI95 mempunyai keupayaan menyediakan data penggunaan secara terperinci. Beliau berkata, keupayaan itu membolehkan kerajaan melaksanakan pelarasan subsidi dan pengurusan bekalan secara lebih fleksibel mengikut keperluan semasa. Kataya, data penggunaan semasa menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia menggunakan petrol pada kadar jauh lebih rendah daripada kuota semasa.
"Kuota penggunaan ketika ini ditetapkan pada 200 liter sebulan selepas dikurangkan daripada 300 liter sebelum ini. "Walaupun berlaku pengurangan, kesannya terhadap majoriti rakyat amat minimum apabila data menunjukkan kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan. "Langkah seterusnya adalah 150 liter. Sebanyak 60 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 150 liter.
Malah, 50 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 100 liter," katanya. Beliau berkata demikian pada sesi Fireside Chat bertajuk Malaysia's Response to Global Energy Crisis: Build Back Better sempena AFFIN Market Outlook Conference: Propelling Malaysia Forward 2026 anjuran AFFIN Group hari ini. Chin Tong berkata, usaha mengurangkan penggunaan bahan api penting bagi memastikan bekalan dapat diagihkan secara konsisten kepada rakyat walaupun pada kadar lebih terkawal.
"Kerajaan juga perlu memberi perlindungan kepada golongan berpendapatan rendah dan pengguna motosikal yang paling terkesan sekiranya berlaku kenaikan mendadak harga bahan api. "Pengguna motosikal contohnya dianggarkan hanya menggunakan sekitar 50 liter petrol sebulan dan perlu terus menikmati kadar subsidi tinggi bagi mengelakkan tekanan kos sara hidup yang lebih besar," katanya. Tambah beliau, pendekatan itu penting daripada sudut kestabilan sosial dan politik negara khususnya bagi memastikan golongan rentan tidak terbeban dalam keadaan ekonomi yang mencabar.
Katanya, perbelanjaan bulanan kerajaan bagi subsidi bahan api meningkat hampir 10 kali ganda susulan lonjakan harga minyak mentah akibat peningkatan konflik geopolitik di Asia Barat pada akhir Februari.
"Kerajaan masih merangka mekanisme subsidi diesel bersasar bagi Sabah dan Sarawak sama seperti pelaksanaan BUDI95. "Dalam jangka panjang, negara perlu mempercepat pelaburan dalam pengangkutan awam, elektrifikasi dan perancangan bandar lebih padat bagi mengurangkan kebergantungan terhadap minyak," katanya
Fuel Subsidy Fuel Consumption Domestic Fuel Supply Asia-Pacific Conflict BUDI95 Program
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Independent Journalism Centre Malaysia launches 'The Price of Truth: Economic Rights of Journalists in Malaysia' reportThe 2022 annual report by Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia, 'The Price of Truth: Economic Rights of Journalists in Malaysia', sheds light on the precarious work conditions and decline in security experienced by media members in Malaysia. The report examines how the economic impact shapes the journalists' ability to report independently, ethically, and safely, highlighting the escalating threat to the overall media environment and the decline in public trust in the quality of journalism influenced by economic challenges.
Read more »
Malaysia Merangkumi 10% Serangan Siber Sekuriti Asia Tenggara, Pengguna Rapak Dianggap Berbasis di MalaysiaSyarikat Rusia mendapati Malaysia merangkumi 10% daripada serangan siber sekuriti di Asia Tenggara. Kini, Malaysia berada di tangga ke-4 untuk pengiklanan siber sejagat, sekaligus berada di tangga ke-31 untuk kebocoran data akaun.
Read more »
Budi95 helps Malaysia manage fuel demand amid global uncertainty, says deputy finance ministerKUALA LUMPUR, May 12 — The Budi Madani RON95 (Budi95) initiative is seen as a useful demand management tool that helps Malaysia understand national usage patterns, said Deputy...
Read more »
Malaysia Considers New 150L BUDI95 Cap As Fuel Subsidy Costs SurgeOfficials are increasingly framing BUDI95 as a tool to manage fuel demand and conserve national supply amid rising geopolitical uncertainty.
Read more »
