Lily Yusra transformed her living room into a stunning Parisian Chic space without extensive renovations or a large budget. She focused on creativity, personal touches, and smart furniture choices to achieve an elegant, timeless, and unique ambiance, drawing inspiration from platforms like Pinterest and undertaking DIY projects to save costs.
Memiliki sebuah kediaman yang tampak mewah dan eksklusif sebenarnya tidak semestinya menuntut modal yang besar ataupun pengubahsuaian struktur rumah yang keterlaluan. Bagi Lily Yusra, dia lebih selesa menggunakan kreativiti dan sentuhan peribadi untuk menghias ruang tamunya dengan mengangkat tema ‘ Parisian Chic ’ yang cukup memukau mata memandang.
Pemilihan konsep ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara spontan, sebaliknya ia merupakan impian yang dipendam sejak zaman gadis lagi kerana minatnya terhadap suasana rumah yang elegan. “Saya memang sudah mengimpikan konsep sebegini sejak dulu kerana citarasa peribadi saya memang cenderung kepada elemen yang elegan, lembut dan malar hijau,” katanya kepada Seri. Dia menjelaskan tema dari kota Eropah ini dipilih kerana ia nampak berbeza daripada kebiasaan hiasan dalaman di Malaysia, sekali gus memberi identiti yang unik buat rumahnya.antarabangsa tetap boleh dihasilkan walaupun hanya menggunakan prinsip kos yang tidak terlampau tinggi. Dia berpendapat untuk memiliki rumah yang cantik, seseorang tidak perlu melakukan renovasi besar-besaran yang biasanya menelan belanja hangus sangat tinggi. tema dari kota Eropah ini dipilih kerana ia nampak berbeza daripada kebiasaan hiasan dalaman di Malaysia. “Sebenarnya cukup dengan hanya bermain dengan dekorasi ringan serta bijak memilih perabot yang tepat, suasana rumah sudah boleh berubah wajah sepenuhnya,” katanya. Bagi menjimatkan perbelanjaan, dia lebih gemar melakukan sendiri atau projek DIY terhadap beberapa elemen hiasan bagi memastikan setiap sudut ruang tetap nampak eksklusif. Lily turut berkongsi dia banyak mendapatkan sumber inspirasi dan rujukan idea daripada platform Pinterest sebelum mengolahnya mengikut bajet serta kesesuaian ruang. “Dari situ, saya akan olah semula idea tersebut supaya ia benar-benar serasi dengan ruang tamu dan citarasa yang saya mahukan tanpa perlu membazir,” jelasnya.Meninjau ke sudut ruang tamunya, terdapat satu barangan yang paling istimewa iaitu sebuah kerusi chaise lounge berwarna biru yang mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi. Kerusi tersebut merupakan pemberian daripada ibunya sempena berpindah ke rumah pertama, sekali gus menjadikan barangan tersebut sebagai khazanah paling bermakna dalam kediaman itu. “Chaise lounge biru itu sebenarnya milik ibu saya dan beliau menghadiahkannya untuk rumah pertama saya, jadi ia memang sangat berharga buat saya,” katanya. Bagi menonjolkan lagi impak visual yang mewah, dia turut memadankan aksesori unik seperti cermin triptych yang dibeli secara dalam talian daripada penjual Instagram, Rinstonia. Lily percaya pemilihan satu atau dua barangan yang tepat dan berkualiti sudah memadai untuk menaikkan seri ruang tanpa perlu memenuhi rumah dengan barang yang sarat. “Saya percaya pemilihan item yang tepat boleh terus menaikkan seri ruang walaupun kita hanya menggunakan kos yang sederhana sahaja,” jelasnya.Menariknya, proses transformasi ruang tamu yang penuh estetika ini tidak dilakukan dalam tempoh yang singkat, sebaliknya memakan masa selama tiga tahun untuk disiapkan. Dia mengakui tidak terburu-buru dalam menghias kerana mahu merasai setiap fasa perubahan dan memastikan setiap perincian dilakukan dengan penuh ketelitian. “Secara keseluruhan ia mengambil masa tiga tahun kerana kami banyak buat DIY, jadi kami lebih menikmati setiap fasa menghias itu sedikit demi sedikit sehingga siap,” katanya. Hasil kesabaran dan kreativitinya ternyata membuahkan hasil apabila rata-rata ahli keluarga serta tetamu yang berkunjung sering meluahkan rasa kagum melihat suasana rumahnya. Kebanyakan mereka tidak menyangka ruang yang nampak seperti hotel mewah itu sebenarnya dihasilkan sendiri dengan kos yang sangat berpatutan. Lily Yusra kini berasa gembira kerana dapat membuktikan minat yang mendalam dan kesabaran mampu mengubah sebuah rumah biasa menjadi kediaman impian yang menenangkan jiwa.
Parisian Chic Home Decor Interior Design Budget Decor DIY
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Beyond Structural Soundness: Understanding Building Performance and Occupant Well-beingAn examination of how buildings, like people, age and can subtly affect occupants even when structurally sound. The author, an engineer, urges a shift in perspective to assess building performance beyond visible damage, considering factors like air quality, light, and the overall feel of a space.
Read more »
Datuk Dr Azril Mohd Radzi Eyes Return to Arts Industry After Business HiatusAfter over two decades focusing on his business ventures, celebrity and entrepreneur Datuk Dr Azril Mohd Radzi is set to make a comeback to the entertainment industry. He cites the booming digital landscape and the influence of social media as key motivators for his return, expressing readiness to embrace challenges and audience engagement in the online space.
Read more »
Vehicle veers onto walkway, striking outdoor dinersA shocking incident occurred in Nambazan, Penampang, Sabah, when a vehicle allegedly lost control and crashed into an outdoor dining area. Two patrons sustained minor injuries. The accident happened when a woman reversing out of a parking space collided with another vehicle, causing the second driver to accidentally accelerate onto the walkway. CCTV footage of the incident has been widely shared, sparking discussions about the safety of using public walkways for dining and driver negligence.
Read more »
Why Children’s Cavities Are Starting Earlier — And What Parents Can DoTooth decay in children is more common — and starts earlier — than most parents realise. Kodomo's new Probiotic Kids Toothpaste enters that space with a formulation that combines probiotics,…
Read more »
Malaysia Rejects Indonesian Claim on Pulau Sebatik Territory, Cites Net GainThe Malaysian Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability has refuted claims that 127.3 hectares of territory on Pulau Sebatik now belongs to Indonesia. The ministry states that a border realignment, part of a comprehensive resolution, resulted in Malaysia achieving a net gain of 662 hectares, with specific gains and losses detailed for Pulau Sebatik and other locations.
Read more »
