Bruising and Leukemia Awareness: Dispelling Myths and Understanding CML

Health News

Bruising and Leukemia Awareness: Dispelling Myths and Understanding CML
LeukemiaCMLBruising

The article discusses the common misconception in Malaysia that unexplained bruising is caused by supernatural forces, while highlighting it can be a symptom of Chronic Myeloid Leukemia (CML). It emphasizes the importance of seeking medical attention for persistent symptoms like bruising, fever, fatigue, weight loss, and an enlarged spleen, and details the treatment process for CML, including targeted therapy and bone marrow transplantation.

Kemunculannya bersilih ganti, kadang-kadang kesan lama belum sempat hilang sepenuhnya, timbul pula yang baharu. Lebih menghairankan, malam sebelumnya tiada sebarang kejadian luar biasa seperti terlanggar atau terjatuh.

Apabila keadaan ini berlaku, masyarakat cenderung mengaitkannya dengan unsur mistik seperti digigit hantu.mieloid kronik . Apatah lagi jika ia disusuli simptom lain seperti demam berulang, lesu, penurunan berat badan secara mendadak, hilang selera makan, pucat dan limpa membengkak. Presiden Max Family Society Malaysia , Dr. Abd. Razak Muhamad berkata, simptom-simptom itu tidak boleh dipandang ringan jika berlarutan dalam tempoh panjang.

“Pesakit leukemia memang mudah mengalami lebam kerana salah satu komponen darah sudah tidak berfungsi secara normal. “Namun, dalam kalangan masyarakat kita, lebam pada anggota badan itu sering dianggap sebagai gangguan makhluk halus atau kononnya disampuk,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Selama enam bulan simptom itu dialami yang pada mulanya disangka sekadar keletihan akibat bekerja.

“Masa itu berat saya turun ketara sampai jadi terlalu kurus sedangkan tidak berdiet, selepas pemeriksaan dibuat, saya disahkan menghidap CML,” katanya. Ia berlaku apabila sumsum tulang menghasilkan terlalu banyak sel darah putih yang tidak normal. Sel-sel itu bukan sahaja tidak berfungsi dengan baik, malah tidak boleh melawan jangkitan dan tidak akan mati. Kanser ini tidak diwarisi, sebaliknya berpunca daripada perubahan gen yang berlaku secara spontan dalam badan.

Rawatan CML kebanyakannya bergantung kepada ubat sasaran yang perlu diambil setiap hari untuk jangka masa panjang bagi mengawal penyakit. Namun, nasib tidak menyebelahi Abd. Razak kerana pengambilan ubatan itu hanya berkesan selama setahun sahaja. Doktor kemudian menyarankannya menjalani pemindahan sumsum tulang, yang merupakan satu-satunya peluang untuk meneruskan kehidupan.

Cabaran utama dalam rawatan ini ialah untuk mencari penderma yang serasi dan sihat. Katanya, penderma yang sihat dapat mengurangkan risiko komplikasi sekali gus membantu memastikan proses pembedahan berjalan lancar. Pengalaman menghidap CML mendorong pakar bedah tulang di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur ini menubuhkan Max Family sejak 20 tahun lalu. Misi utama penubuhannya adalah untuk menyediakan platform kepada pesakit dan keluarga mendapatkan sokongan informasi, emosi serta aspek psikososial.

Selain itu, badan itu juga aktif dalam inisiatif kesedaran perubatan dan aktiviti pengumpulan dana yang digerakkan oleh komuniti di Lembah Klang.

“CML bukan antara kanser utama di Malaysia dengan jumlah pesakitnya dianggarkan kira-kira 2,000 orang. “Berdasarkan rekod, pesakit termuda yang pernah dirawat berusia 18 tahun manakala tertua pula ialah 80 tahun,” katanya. Terbaharu, Max Family melantik Datuk Cef Wan sebagai duta kempen 20 Years of Hope:Masih Di Sini anjurannya. Abd.

Razak berkata, kerjasama dengan cef selebriti terkenal itu diharap dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai CML dan pelbagai kanser darah lain. Dalam masa sama, ia juga bertujuan untuk lebih memahami pengalaman pesakit-pesakit kanser darah, keluarga terdekat serta pegawai perubatan dan kesihatan yang terlibat. Pengesanan awal penyakit penting supaya proses rawatan dapat dimulakan dengan segera. Sehubungan itu, Cef Wan, 68, mengingatkan masyarakat supaya konsisten menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan.

“Saya dapati ramai orang Malaysia malas melakukan pemeriksaan kesihatan kerana terlalu sayangkan duit. “Sedangkan kesihatan itu keutamaan kerana bila sudah ditimpa penyakit kronik segala urusan harian dan kehidupan keluarga akan turut terjejas. “Sebelum disahkan menghidap kanser limfoma, saya tidak pernah gagal menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun dan rutin itu diteruskan hingga kini walaupun sudah sembuh,” katanya. Dalam perkembangan sama, beliau berharap lebih ramai individu dan syarikat korporat tampil menghulurkan bantuan demi meringankan bebanan golongan pesakit kanser.

“Saya percaya, sebahagian rezeki saya adalah milik orang lain dan inilah masanya untuk saya membantu setakat yang termampu. “Saya pernah hidup susah, malah ramai penaja menarik diri ketika saya dirawat di hospital. Jadi saya faham sangat situasi dialami pesakit dan keluarga yang sedang berjuang melawan penyakit,” katanya yang menyumbangkan RM50,000 kepada Max Family. -Berlaku akibat perubahan gen secara spontan dalam badan, melibatkan pertukaran antara kromosom 9 dan 22.

-Proses translokasi ini menghasilkan kromosom Philadelphia yang menyebabkan penghasilan sel darah putih tidak terkawal. -CML cenderung melibatkan lelaki berbanding perempuan.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Leukemia CML Bruising Health Awareness Bone Marrow Transplant

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Paadian and PBBS Forge Strategic Alliance to Empower Sabah CommunitiesPaadian and PBBS Forge Strategic Alliance to Empower Sabah CommunitiesThe Kadayan Sabah Association (Paadian) and the United Bisaya Sabah Association (PBBS) have signed a Memorandum of Understanding to strengthen cooperation in cultural, entrepreneurial, and community programs. Dr. Yusof Yacob was also re-elected as Paadian president. Additionally, Cosmobeauté Malaysia is expanding to Borneo with a new festival in Kota Kinabalu.
Read more »

Kuching Heritage Race Returns with Culinary FocusKuching Heritage Race Returns with Culinary FocusThe eighth edition of the Kuching Heritage Race will take place on May 9th, themed around Sarawak's food heritage. The event aims to raise awareness of the city's history, promote tourism, and support local charities. This year's race features 54 teams and participants from Australia and Singapore.
Read more »

Expert Reveals Why 8A’s In SPM Do Not Guarantee Placement In Public UniversitiesExpert Reveals Why 8A’s In SPM Do Not Guarantee Placement In Public UniversitiesUnderstanding the SPM merit system is essential for university admissions.
Read more »

SPM Results: Beyond the 8As – Understanding the Merit SystemSPM Results: Beyond the 8As – Understanding the Merit SystemMany students and parents still misunderstand the importance of the merit system in SPM results, which considers both academic achievement and co-curricular activities. Universities are moving beyond simply counting As and focusing on a holistic evaluation of candidates.
Read more »



Render Time: 2026-05-05 03:11:41