Bragg Organic ACV Blends Launched in Malaysia

Health & Wellness News

Bragg Organic ACV Blends Launched in Malaysia
Bragg Organic ACV BlendsMalaysia LaunchBig Caring Group

Global health and wellness brand Bragg introduces Bragg Organic ACV Blends in Malaysia through a strategic partnership with leading retail pharmacy chain Big Caring Group. The launch marks Matahari Sdn. Bhd. as the exclusive distributor, ensuring nationwide availability. The product line features two variants, Cranberry Apple and Citrus Ginger, designed to support active lifestyles with natural fermentation and 750mg of acetic acid per serving.

ANNIE Sim dan Foo Fung Jiun di acara pelancaran Bragg Organic ACV Blends di Kuala Lumpur hari ini. KUALA LUMPUR: Jenama kesihatan dan kesejahteraan semula jadi global, Bragg melancarkan produk terbaharunya, Bragg Organic ACV Blends di Malaysia menerusi kerjasama strategik bersama rangkaian farmasi runcit terkemuka negara, Big Caring Group .

Pelancaran itu turut menandakan peranan Matahari Sdn. Bhd. sebagai pengedar tunggal produk Bragg di Malaysia bagi memastikan ketersediaan produk secara meluas di seluruh negara. Pengarah Unit Perniagaan kategori Makanan Kecantikan, Bayi & Kesihatan Big Caring Group, Foo Fung Jiun berkata, Organic ACV Blends menampilkan formulasi yang lebih baik yang direka untuk menyokong gaya hidup aktif dan mementingkan kesihatan.

“Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama kami untuk membawa kesejahteraan yang bermakna dan berkualiti tinggi produk kepada pengguna Malaysia melalui rangkaian farmasi runcit kami yang luas. “Di Big Caring Group, kami memberi tumpuan untuk memastikan produk yang kami bawa adalah relevan dengan keperluan gaya hidup pelanggan kami,” katanya dalam majlis pelancaran produk tersebut, di sini hari ini. Pelancaran di Malaysia memperkenalkan dua varian iaitu Cranberry Apple dan Citrus Ginger yang menawarkan pilihan minuman berperisa untuk pengambilan harian.

Varian Citrus Ginger menggabungkan cuka epal organik bersama rasa sitrus dan halia, manakala Cranberry Apple menawarkan profil rasa buah-buahan yang lebih kaya. Kedua-dua produk dihasilkan menggunakan epal organik sepenuhnya dari Amerika Syarikat melalui proses penapaian semula jadi serta mengandungi 750 miligram asid asetik bagi setiap hidangan. Sementara itu, Pengarah Pembangunan Perniagaan Matahari Sdn. Bhd.

, Annie Sim berkata, Bragg Organic ACV Blends melambangkan fasa baharu jenama itu dalam aspek inovasi dan pembangunan produk berteraskan pengguna.

“Syarikat memainkan peranan penting dalam memperkukuh kehadiran Bragg di Malaysia dengan memastikan akses produk yang lebih meluas di seluruh negara,” katanya. Produk teras Bragg Organic Apple Cider Vinegar telah memperoleh pensijilan halal di peringkat operasi global selepas melalui audit menyeluruh melibatkan sumber bahan, integriti pengeluaran dan piawaian kebersihan. Bagaimanapun, rangkaian Bragg Organic ACV Blends ketika ini masih belum mempunyai pensijilan halal dan logo halal tidak dipaparkan pada produk tersebut di pasaran Malaysia.

Menurut Bragg, perkara itu mencerminkan komitmen syarikat terhadap komunikasi yang telus selain mematuhi amalan pembuatan yang bertanggungjawab dan inklusif di peringkat global. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Bragg Organic ACV Blends Malaysia Launch Big Caring Group Health Products Natural Wellness

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Hong Kong Disneyland expands talent search to Kuala LumpurHong Kong Disneyland expands talent search to Kuala LumpurDUBLIN, May 6 (Reuters) - ⁠Betting giant Flutter made major management ⁠changes at its U.S. FanDuel brand ‌on Wednesday, saying FanDuel CEO Amy Howe had left the company and that Flutter veteran Dan ​Taylor would oversee the U.S. ⁠business in a ⁠new, beefed-up role.
Read more »

Why Some Parents Are Paying More For What Their Baby Wears To SleepWhy Some Parents Are Paying More For What Their Baby Wears To SleepA Malaysian babywear brand opened its first physical store because softness cannot be photographed, certified fabrics need to be felt to be justified, and a meaningful share of its customers…
Read more »

Choms: The Malaysian Gluten-Free Dessert Brand Scaling for GrowthChoms: The Malaysian Gluten-Free Dessert Brand Scaling for GrowthFounded by a couple to provide inclusive treats for their son, Choms is expanding its premium gluten-free dessert range and scaling its operations with new strategic partners.
Read more »

Angel Brand and Kantin Lab Relaunch Limited Edition Snack Triple PackAngel Brand and Kantin Lab Relaunch Limited Edition Snack Triple PackAngel Brand and Kantin Lab are bringing back their popular Gula Melaka, Mala, and Salted Egg Yolk flavors in a new triple pack available in stores and online starting 1 May 2026.
Read more »



Render Time: 2026-05-08 09:44:19