A 32-year-old man was arrested by the Ministry of Domestic Trade and Cost of Living (KPDN) in Perlis for illegally storing and selling petrol to foreigners at double the price. The operation led to the seizure of 28 jerry cans containing approximately 840 liters of petrol, a Honda Beat motorcycle, and other evidence. The suspect was released on police bail, and investigations are ongoing under the Supply Control Act 1961.
KANGAR: Beli dan simpan petrol di sebuah setor di jeti di Kuala Perlis sebelum dijual kepada warga asing dengan keuntungan dua kali ganda. Bagaimana tindakan licik lelaki berusia 32 tahun itu berjaya dikesan Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perlis yang memberkasnya di sempadan Kuala Perlis semalam.
Lelaki berkenaan ditahan menerusi operasi dijalankan sekitar pukul 8 malam di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis, di sini. Pengarahnya, Rohaida Hassan berkata, hasil pemeriksaan lanjut di jeti itu menemukan sebanyak 28 tong ‘Jerry Can’ berisi cecair dipercayai minyak petrol bersama sebuah motosikal jenis Honda Beat bernombor pendaftran tempatan yang digunakan untuk mengangkut bahan bakar itu.
“Semakan lanjut mendapati lelaki berkenaan tidak mempunyai surat kebenaran, lesen atau permit menyimpan barang kawalan daripada Pengawal Bekalan Malaysia,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat KPDN Perlis, di sini, hari ini. Rohaida berkata, menerusi rampasan itu, dianggarkan sejumlah 840 liter petrol telah disita dengan nilai rampasan dianggar berjumlah RM1,932. Beliau berkata, nilai rampasan keseluruhan kes itu termasuk melibatkan motosikal berkenaan dianggarkan berjumlah RM4,252.
“Serbuan dijalankan bagi kes ini merupakan hasil risikan yang telah dibuat selama dua minggu oleh anggota penguatkuasa KPDN Perlis,” katanya. Katanya, suspek dibebaskan dengan jaminan polis malah siasatan juga dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dikenakan tindakan di bawah akta sama.
“Sebagai rekod, jumlah kes yang disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi Januari tahun ini hingga semalam adalah sebanyak 18 kes dengan nilai sitaan sebanyak RM322,587,” katanya. -UTUSAN
Petrol Smuggling KPDN Perlis Supply Control Act 1961 Illegal Trade Border Arrest
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM Anwar orders urgent cloud seeding in Kedah, Perlis, calls for drones to overcome aircraft shortageKUALA LUMPUR, May 4 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has instructed the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) to expedite cloud seeding operations in states...
Read more »
‘Perlis GSA akan terus berjuang sekali pun tinggal lapan orang’'Perlis GSA akan terus berjuang sekali pun tinggal lapan orang'
Read more »
Perlis GSA bergelut masalah kewanganPerlis Guar Syed Alwi (GSA FC) akan terus bertahan sehingga akhir musim Liga A1 Semi Pro yang berbaki tiga perlawanan lagi meskipun
Read more »
Ipoh Woman Found Dead in Suspected Murder; Man ArrestedA 70-year-old woman was discovered deceased at her home in Taman Desa Aman, Ipoh, with injuries indicating a violent attack. A 52-year-old man is in custody assisting with the murder investigation.
Read more »
Eight injured, man arrested after suspicious fire at Joo Seng Road HDB blockSINGAPORE, May 5 — A man has been arrested for allegedly starting a fire at a Housing Board block along Joo Seng Road last night, leaving eight residents hospitalised.The blaze...
Read more »
44-Year-Old Man Arrested For Harassing Female Students Outside Their SchoolInvestigations are considering that the suspect may be suffering from underlying health issues.
Read more »
