Bella Dally Excited for Aidilfitri in Kota Kinabalu

Entertainment News

Bella Dally Excited for Aidilfitri in Kota Kinabalu
Bella DallyAidilfitriKota Kinabalu

Actress and entrepreneur Bella Dally is looking forward to celebrating Aidilfitri in Kota Kinabalu, Sabah with her family. This year marks her turn to celebrate in Sabah, where she enjoys the Ramadan bazaars and traditional dishes like ayam masak lengkuas. She also continues the tradition of giving out duit raya.

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan, Bella Dally mengakui teruja untuk menyambut Aidilfitri tahun ini di kampung halamannya di Kota Kinabalu , Sabah bersama keluarga tercinta. Menurut Bella, dia dan suaminya mengamalkan sistem bergilir setiap tahun untuk pulang beraya di kampung masing-masing.

Tahun ini merupakan giliran Bella untuk pulang ke Sabah. “Tahun ini giliran saya, jadi kami akan sambut Raya di Kota Kinabalu bersama keluarga saya. Tahun lalu kami beraya di Kuala Lumpur bersama keluarga suami,” katanya. Walaupun mengakui suasana Aidilfitri di Sabah tidak terlalu meriah kerana keluarganya kecil, Bella tetap menghargai peluang untuk meluangkan masa bersama ibu bapanya. “Kalau di Sabah, suasananya agak sederhana kerana keluarga saya tidak begitu besar. Berbeza dengan keluarga suami yang lebih ramai. Biasanya tengah hari pun sudah selesai kunjung-mengunjung,” ujarnya. Tambah Bella, antara perkara yang paling dinantikannya ketika Ramadan dan Aidilfitri di Sabah adalah mengunjungi bazar Ramadan serta menikmati makanan yang mempunyai cita rasa berbeza. “Bazar Ramadan di Sabah memang menarik. Makanan di sana sedikit berbeza, contohnya murtabak yang lebih kepada gaya Jawa. Itu antara yang saya suka,” katanya. Dalam pada itu, Bella turut meneruskan tradisi memberi duit raya kepada anak-anak buah serta kanak-kanak yang datang berkunjung. “Duit raya memang ada untuk anak-anak buah dan kanak-kanak. Malah saudara-mara yang tidak bekerja pun biasanya akan dapat juga,” katanya sambil tersenyum. Bercerita mengenai hidangan istimewa Aidilfitri, Bella berkata keluarganya mempunyai satu menu tradisi yang sering disediakan setiap kali Hari Raya iaitu ayam masak lengkuas. “Hidangan yang selalu ada ialah ayam masak lengkuas. Ia dimasak dengan banyak lengkuas dan rasanya sangat berempah. Itu antara makanan kegemaran saya setiap kali Raya,” katanya. Menurut Bella, resipi tersebut sebenarnya berasal daripada pembantu rumah yang pernah menjaganya sejak kecil selama hampir 20 tahun. “Resipi itu daripada pembantu rumah yang menjaga saya sejak kecil. Setiap tahun ibu saya akan masak hidangan itu untuk keluarga,” jelasnya. Selain menikmati hidangan tradisi keluarga, Bella turut membantu menyediakan beberapa juadah kegemaran suaminya seperti lontong dan rendang. “Saya belajar masak beberapa hidangan kegemaran suami seperti lontong dan rendang. Biasanya saya akan masak juga ketika Raya,” katanya. Walaupun kehidupannya kini lebih tertumpu kepada perniagaan, Bella mengakui sambutan Aidilfitri tetap menjadi momen istimewa untuk berkumpul bersama keluarga tersayang.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Bella Dally Aidilfitri Kota Kinabalu Sabah Celebration Duit Raya Food

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

MCMC: Telcos to monitor network performance during Hari Raya AidilfitriMCMC: Telcos to monitor network performance during Hari Raya AidilfitriIn the show, she played the protagonist Jang-geum, a woman who rises from palace cook to royal physician.
Read more »

King expresses appreciation of security forces, urges people to prioritise safety during AidilfitriKing expresses appreciation of security forces, urges people to prioritise safety during AidilfitriSemiconductor manufacturing emissions will climb by about a third to 247 million metric tons of carbon dioxide equivalent by 2030, the researcher forecasts.
Read more »

Malaysia Bolsters Communication Networks for Hari Raya AidilfitriMalaysia Bolsters Communication Networks for Hari Raya AidilfitriThe Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and telecommunications service providers are implementing measures to strengthen communication networks nationwide to ensure seamless service during the Hari Raya Aidilfitri celebrations, focusing on network optimization, 5G activation, and temporary solutions in areas prone to congestion.
Read more »

Arab Saudi, UAE & Qatar Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok, 1 Syawal Jatuh 20 MacArab Saudi, UAE & Qatar Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok, 1 Syawal Jatuh 20 MacPengumuman sama turut dibuat oleh Istana Presiden UAE yang memaklumkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir bulan Ramadan di negara berkenaan.
Read more »

Arab Saudi, UAE & Qatar Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok, 1 Syawal Jatuh 20 MacArab Saudi, UAE & Qatar Sambut Hari Raya Aidilfitri Esok, 1 Syawal Jatuh 20 MacPengumuman sama turut dibuat oleh Istana Presiden UAE yang memaklumkan bahawa Khamis merupakan hari terakhir bulan Ramadan di negara berkenaan.
Read more »

[Review] ‘Raya Party Pack’ Inside Scoop Dengan 3 Perisa Raya, Manisan Yang Sesuai Sempena Aidilfitri[Review] ‘Raya Party Pack’ Inside Scoop Dengan 3 Perisa Raya, Manisan Yang Sesuai Sempena AidilfitriTiga aiskrim perisa Raya yang diperkenalkan oleh Inside Scoop sempena Aidilfitri kali ini ialah Kek Batik, Pistachio Kunafa Chocolate dan Tepung Pelita.
Read more »



Render Time: 2026-04-18 15:59:50