Banjir melanda rumah keluarga baru yang baru menerima kelahiran bayi berusia 36 hari di Bandar Bahru, Malaysia. Haslina Othman, 48, dan ahli keluarga terpaksa menyelamatkan diri dan cucu mereka dari banjir yang cepat naik dan deras.
BANDAR BAHARU: Sebuah keluarga yang baru menerima kelahiran bayi berusia 36 hari cemas apabila rumah mereka dilanda banjir. Menurut Haslina Othman, 48, hujan lebat yang bermula sekitar pukul 4 petang menyebabkan paras air sungai meningkat dengan cepat sebelum air mula memasuki rumah kira-kira pukul 8 malam.
Ketika kejadian, dia bersama ahli keluarga termasuk anak perempuannya, Nor Azimah Che Kassim, 25, yang masih dalam tempoh berpantang.
"Saya cuma fikir nak selamatkan anak dan cucu yang baru lahir kerana ketika itu air semakin deras sehingga paras dalam rumah mencecah lutut dan di luar pula paras pinggang. Saya juga berdepan kesukaran untuk selamatkan diri kerana diserang strok kira-kira seminggu lalu dan masih lemah serta sukar berjalan, jadi anak-anak terpaksa heret keluar dalam keadaan hujan lebat," katanya ketika ditemui di PPS Dewan Keda Sungai Tengas, hari ini.
Katanya, mereka kemudian bernasib baik apabila anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) tiba untuk menyelamatkan tujuh ahli keluarga termasuk bayi berkenaan. Menurut Haslina, banjir kali ini disifatkan paling buruk pernah dialami keluarganya selepas beberapa kali berdepan situasi sama sebelum ini.
"Tahun lepas masa anak bongsu lahir pun kena banjir, masa itu saya yang berpantang namun kami tidak berpindah ke PPS, sekarang cucu pula. Tapi kali ini memang paling teruk sebab air naik cepat dan deras," katanya. Terdahulu, seramai 44 mangsa daripada 12 keluarga terpaksa dipindahkan ke PPS ekoran rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat lebih dua jam melanda daerah itu petang semalam.
Antara kawasan terjejas adalah Kampung Sungai Tengas; Kampung Air Itam Dalam; Kampung Cherok Meranti; Kampung Paya Salak dan Kampung Batu Hampar
Banjir Keluarga Baru Bayi Usia 36 Hari Bandar Bahru Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
New Digital Immigration System to be Introduced at Johor Bahru-Singapore RTS LinkThe new digital immigration system, MyNIISe, will be introduced at the Johor Bahru-Singapore Rapid Transit System (RTS) Link on January 1, 2027, aiming to ease one of the world's busiest land borders and improve cross-border connectivity between Johor and Singapore.
Read more »
Jalan-jalan utama di Meru dilanda banjir kilatHujan berterusan sejak pagi tadi menyebabkan jalan-jalan utama di sekitar Meru, di sini dilanda banjir kilat.
Read more »
Heavy downpour displaces residents, flooding affects 17 houses in Bandar BaharuA two-hour downpour caused flooding in several areas of Bandar Baharu, resulting in the displacement of residents from 17 houses. The torrential rain affected the subdistricts of Sungai Batu, Selama, Bagan Samak, and Serdang.
Read more »
NADI, PKD bakal diselaras perkasa komuniti luar bandarKementerian Komunikasi meneliti cadangan daripada KKDW untuk menjadikan Pusat Komuniti Desa (PKD) di seluruh negara diaktifkan bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI).
Read more »
