MARA Prihatin 2026: TVET High and Pemotongan Sewa

Education News

MARA Prihatin 2026: TVET High and Pemotongan Sewa
Vocational TrainingInternet Of Things (Iot)Artificial Intelligence (AI)

The launch of MARA Prihatin 2026 involves a partnership between MARA, Rural Capital Berhad, GiatMARA, and various other organizations and industries. It aims to enhance the socio-economic development of the Bumiputera community, providing scholarships and subsidies to support their studies and businesses. The program focuses on training programs in areas such as automotive engineering, Internet of Things (IoT), artificial intelligence (AI), and vocational training in various sectors.

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyaksikan penyerahan sumbanga pada Peluncuran Mara Prihatin di Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDINBAGAN DATUK: Kursus yang ditawarkan disesuaikan dengan kehendak semasa industri menjadikan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai pilihan utama dalam kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, menerusi pendekatan ‘TVET High’ yang dilaksanakan, ia memberi penekanan kepada silibus dibentuk berdasarkan permintaan pemain industri dan pasaran pekerjaan semasa. Menurutnya, kursus ditawarkan tidak lagi bergantung kepada silibus lama sebaliknya disusun mengikut keperluan sektor pekerjaan termasuk bidang kenderaan elektrik, Internet Kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

‘Kerajaan memberikan penekanan kepada High TVET, ertinya silibus yang terbentuk daripada permintaan pemain industri. ’ ‘Kursus dibuat bukan berdasarkan silibus lama, tetapi berdasarkan permintaan pasaran pekerjaan,’ katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pada Majlis Peluncuran MARA Prihatin Peringkat Kebangsaan 2026 di Politeknik Maritim Sultan Nazrin Shah di sini hari ini. Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berkata, peluncuran MARA Prihatin di sini meneruskan komitmen kerajaan dalam memperkasa pembangunan sosioekonomi Bumiputera.

Menurutnya, program itu memperlihatkan keperhatinan MARA dalam pelbagai aspek, tidak hanya dalam bidang pendidikan, keusahawanan, teknologi, TVET dan sosial.

‘MARA juga memberikan potongan atau diskaun kepada penyewa-penyewa di bawah premis MARA sebanyak 20 peratus, sebagaimana yang telah diarahkan oleh Perdana Menteri. Pemotongan sewa 20 peratus ini akan berkuatkuasa 1 Jun ini.

‘MARA membantu menangani permasalahan rakyat yang mendapat pinjaman ataupun bantuan daripada MARA dalam situasi geopolitik Asia Barat yang tidak menentu,’ katanya. MARA Prihatin 2026 melibatkan kerjasama strategik antara Yayasan Pelajaran MARA (YPM), GiatMARA, Rural Capital Berhad (RCB), Institusi Pendidikan MARA (IPMA) serta pelbagai rakan industri dan sektor korporat. Ia melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM12.5 juta dan akan memberi manfaat kepada hampir 100,000 penerima

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Vocational Training Internet Of Things (Iot) Artificial Intelligence (AI) Automotive Engineering MARA Prihatin 2026

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Astro In Talks With Rights Holders To Carry FIFA World Cup 2026 MatchesAstro In Talks With Rights Holders To Carry FIFA World Cup 2026 MatchesAstro Malaysia has issued an official response following the confirmation of new broadcasters for the FIFA World Cup 2026 in Malaysia.
Read more »

RTM, Unifi TV Named Official Broadcasters For FIFA World Cup 2026 In MalaysiaRTM, Unifi TV Named Official Broadcasters For FIFA World Cup 2026 In MalaysiaRadio Televisyen Malaysia (RTM) and Telekom Malaysia's Unifi TV appointed as the official Wold Cup 2026 local broadcasters.
Read more »

MCMC urges Malaysians to vote for nation’s shortlisted projects at WSIS Prizes 2026MCMC urges Malaysians to vote for nation’s shortlisted projects at WSIS Prizes 2026PUTRAJAYA, May 7 — The Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) is calling on Malaysians to back the nation’s technological innovations and inclusive...
Read more »

SD Guthrie catat untung bersih RM560 juta suku pertama 2026SD Guthrie catat untung bersih RM560 juta suku pertama 2026SD Guthrie Berhad (Guthrie) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM560 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026, sedikit rendah berbanding RM567 juta setahun sebelumnya.
Read more »



Render Time: 2026-05-17 21:37:31