Beyond the Breaking News

Malaysia to Strengthen Defense Ties with Turkey

Business News

Malaysia to Strengthen Defense Ties with Turkey
MalaysiaTurkeyDefense Cooperation

Malaysia and Turkey agreed to strengthen defense ties, including a cooperation agreement to develop maritime assets through joint technology and industry

MOHAMED Khaled Nordin ketika berbincang dengan Timbalan Pengurus Besar, Makine ve Kimya Emdustrisi A.S ketika bertemu dengan syarikat pertahanan Turkiye itu di Istanbul. ISTANBUL: Pengukuhan kerjasama industri pertahanan Malaysia –Turkiye serta pembangunan keupayaan aset maritim negara melalui kerjasama teknologi dan industri merupakan antara agenda yang dibincangkan dalam lawatan kerja rasmi Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke negara itu yang berakhir semalam.

Lawatan tersebut turut diserikan dengan penamaan dan pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch Batch 2 Tentera Laut Diraja Malaysia . Antara pengisian utama lawatan ialah pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, Otokar Otomotiv ve Savunma Sanayi A.Ş. yang merupakan pengeluar kenderaan berperisai dan platform mobiliti ketenteraan. Pertemuan itu menyentuh kerjasama Otokar dengan Boustead Holdings Berhad di bawah Projek Pertahanan Nasional menerusi Dasar Industri Pertahanan Negara .

Kerjasama tersebut melibatkan pembangunan keupayaan pemasangan serta pembuatan platform casis beroda bagi keperluan industri pertahanan negara. Ia turut diperkukuh semasa Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2026 di Kuala Lumpur sebelum ini sebagai usaha memperluas kehadiran Otokar di rantau Asia-Pasifik. Dalam lawatan sama, Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dengan syarikat pertahanan Turkiye, HAVELSAN yang kini membekalkan CMS bagi LMS Batch Kedua TLDM.

Pertemuan tersebut memberi ruang untuk mengenali lebih dekat produk, teknologi dan inovasi HAVELSAN khususnya dalam Combat Management System , sistem simulasi, kecerdasan buatan serta decision support bagi operasi ketenteraan moden. Perbincangan turut menyentuh kerjasama strategik yang akan diwujudkan bersama Boustead Holdings Berhad, sekali gus memperkukuh pelaksanaan DIPN yang mencerminkan hubungan pertahanan Malaysia–Turkiye yang semakin mendalam.

Kerjasama ini juga selari dengan usaha Kementerian Pertahanan memperkukuh penyelesaian tempatan, mengurangkan kebergantungan kepada produk luar serta membuka ruang penyertaan syarikat Malaysia dalam rantaian bekalan global industri pertahanan Mohamed Khaled menyifatkan upacara bersejarah penamaan dan pelancaran Kapal Misi Pesisir sebagai tradisi penting angkatan laut yang menandakan peralihan rasmi kapal dari darat ke air serta penamaan rasmi kapal. Beliau berkata, kapal tersebut dinamakan Tunku Laksamana Abdul Jalil Sultan Ibrahim iaitu Tengku Laksamana Johor sebagai penghormatan kepada Almarhum atas keberanian, ketabahan dan semangat juangnya yang menjadi inspirasi ketika berjuang melawan kanser.

Katanya, Tunku Abdul Jalil juga merupakan anggota moden pertama Keluarga Diraja Johor yang memegang gelaran Tunku Laksamana Johor, yang merujuk kepada gelaran laksamana dalam tradisi Melayu sebagai pemegang tanggungjawab tertinggi pertahanan maritim. turut menjadi simbol keberanian dan keazaman baginda dalam menghadapi penyakit sehingga ke akhir hayat.

“Penamaan kapal itu disifatkan sebagai penghormatan yang tepat kepada nilai keberanian, ketabahan dan keazaman yang menjadi etos TLDM,” katanya ketika berucap pada Majlis Penamaan dan Pelancaran Kapal Misi Pesisir Batch Batch 2 TLDM, kelmarin. MOHAMED Khaled Nordin bertukar cenderamata dengan Pengerusi Lembaga Pengarah Desan Shipyard, Cenk Ismail Kaptanoglu sempena lawatan kerja ke Turkiye. Menurut Mohamed Khaled, kapal tersebut mencerminkan pencapaian bersejarah dalam kerjasama pertahanan antara Malaysia dan Turkiye melalui pembinaan tiga buah Kapal Misi Pesisir Batch 2.

Katanya, kerjasama itu merupakan kerjasama kerajaan dengan kerajaan pertama dalam perolehan kapal perang TLDM, sekali gus membuktikan kepercayaan mendalam antara kedua-dua negara. Beliau turut menekankan bahawa kepercayaan merupakan elemen paling bernilai dalam hubungan antarabangsa khususnya dalam diplomasi pertahanan.

“Malaysia amat menghargai Turkiye atas kecemerlangan teknikalnya serta sebagai rakan yang dipercayai yang sentiasa menunaikan komitmen dan perjanjian yang dipersetujui. “Saya juga berharap agar kerjasama Malaysia–Turkiye akan terus berkembang melangkaui projek LMS kepada pelbagai inisiatif lain dalam bidang pertahanan,” ujarnya. Tambah beliau, Malaysia turut melihat potensi besar untuk terus memperkukuh kerjasama pertahanan dengan Turkiye dalam pertukaran pengetahuan dan pemindahan teknologi. Ini kerana perjalanan Turkiye dalam membangunkan keupayaan pertahanan kendiri sebagai contoh kejayaan berasaskan visi strategik dan komitmen nasional.

“Malaysia turut menyatakan optimisme untuk memperkukuh industri pertahanan tempatan melalui perkongsian strategik tersebut. “Kapal LMS dibina berasaskan reka bentuk korvet ADA Class oleh STM ini merupakan aset tempur terkini TLDM yang direka untuk operasi pelbagai dimensi. Beliau turut yakin projek tersebut berjalan mengikut perancangan dengan ketiga-tiga kapal akan diserahkan menjelang akhir tahun 2027 hasil kerjasama TLDM, STM dan Limbungan Kapal Istanbul.

“Pembinaan kapal ini juga menzahirkan keberkesanan kerjasama strategik antara Malaysia dan Turkiye terutama dalam aspek pemindahan teknologi di antara dua negara,” katanya. –

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Malaysia Turkey Defense Cooperation Maritime Assets Aset Maritim

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia names and launches its first littoral mission ship in TurkeyMalaysia names and launches its first littoral mission ship in TurkeyThe ceremony was held to strengthen Malaysia's maritime defence capabilities and honored the late king's son, Tunku Abdul Jalil. The vessel has a range of nearly 4,000 nautical miles and a maximum speed of over 26 knots.
Read more »

Cambodia, Malaysia strengthen ties through ‘Travel and Shopping Fair 2026’Cambodia, Malaysia strengthen ties through ‘Travel and Shopping Fair 2026’Experiencing new and wonderful things while on holiday is what most travellers are looking for these days.
Read more »

BPMB, Matrade team up on RM700m BizConnect initiative to lift Malaysian exporters’ global competitivenessBPMB, Matrade team up on RM700m BizConnect initiative to lift Malaysian exporters’ global competitivenessKUALA LUMPUR, May 25 — Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) has partnered with Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade) to accelerate Malaysia’s export...
Read more »

Malaysia Strengthens Defense Industry Cooperation with TurkeyMalaysia Strengthens Defense Industry Cooperation with TurkeyMalaysia continues to strengthen its defense industry cooperation with Turkey through a series of official visits by Defense Minister Mohamed Khaled Nordin. The latest visit was to witness the naming and launching ceremony of the second batch of the Royal Malaysian Navy's littoral mission ship (LMS) at the Istanbul Shipyard in Turkey.
Read more »



Render Time: 2026-05-26 03:13:07