Young Influencer Addresses Controversial High Fees for Actors with No Experience

Entertainment News

Young Influencer Addresses Controversial High Fees for Actors with No Experience
Acting FeesInfluencersVeteran Actors

Veteran actors are vocal about the high fees paid to social media influencers entering the acting industry without prior experience. Young performer Alyssa Dezek offers a balanced perspective, stating that fair pay should be based on proven talent, experience, and discipline, regardless of social media following.

BUKAN segelintir, tapi ramai juga pelakon senior yang lantang menyuarakan isu bayaran tinggi diberikan kepada pelakon, yang asalnya pempengaruh media sosial dan tiada pengalaman berlakon. Bukan menidakkan rezeki orang, tetapi dalam kalangan pelakon senior ada juga yang merasakan tidak adil apabila sejumlah besar kos pembikinan drama atau filem itu dilaburkan untuk bayaran mahal golongan pempengaruh, sehingga gaji pelakon lain dan kru produksi terpaksa dikurangkan.

Pempengaruh, penyanyi dan pelakon muda, Alyssa Dezek mempunyai pandangan tersendiri mengenai isu ini. Tidak menyebelahi mana-mana pihak, menurut Alyssa, kadar setimpal wajar dibayar bagi hasil kerja yang memuaskan serta tempoh pengalaman, tidak kiralah pempengaruh atau pun tidak. “Jika pempengaruh itu berpengalaman dalam bidang lakonan dan mampu memberi persembahan yang bagus selain menjaga disiplin di set penggambaran, kenapa tidak? “Tambahan lagi individu tersebut mempunyai pengikut media sosial yang ramai. Ya, bagi saya tiada isu kalau mahu letakkan bayaran yang tinggi. “Namun kalau tiada pengalaman, tidak wajarlah minta bayaran tak masuk akal. Tidak kisahlah pengikut media sosial anda ramai atau tidak,” katanya. Disoal sama ada dia menjadi rebutan penerbit gara-gara pengikut Instagram mencapai angka 2.2 juta, Alyssa tidak menafikan perkara itu. “Sebenarnya hal mengenai tawaran kerja ini diuruskan oleh ibu saya. Tapi saya tak nafikan terpaksa menolak banyak tawaran kerana sebelum ini tumpuan saya lebih kepada SPM,” jelasnya. Kata Alyssa, sebagai penggiat seni, dia bersikap profesional dengan meletakkan kadar bayaran tertentu dan tidak pernah menuntut bayaran yang tidak setara dengan hasil kerja diberikan. “Saya ada kadar bayaran yang telah ditetapkan. Saya tidak akan sesekali bersikap ‘demanding’, letak harga terlalu tinggi hanya kerana pengikut media sosial yang ramai. “Dan saya bersikap terbuka. Kalau penerbit bersetuju dengan bayaran yang saya letakkan, maka saya sedia bekerjasama. Jika tidak, anggap sahaja itu bukan rezeki saya,” ujarnya. Dalam perkembangan lain, Alyssa yang merekodkan keputusan 9 A dalam Sijil Pelajaran Malaysia memaklumkan sedia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi meskipun rancak merencana perjalanan karier seni. Alyssa atau Aryanna Alyssa Mohamed Hafidz berkata dia mahu menjadi anak seni berilmu, justeru enggan mengabaikan pelajaran walaupun sudah membina tapak sebagai pempengaruh media sosial dan penggiat dunia hiburan tanah air. “Jangan tinggalkan pelajaran, walaupun kita sudah ada kerjaya di usia muda. Saya ini dibesarkan dalam keluarga yang pentingkan pendidikan. “Percayalah, pelajaran menjamin masa depan. Ada orang kata SPM ini sekadar permulaan, perjalanan masih jauh. Itu menunjukkan menimba ilmu ini tidak akan pernah habis. “Tak ada masalah menjadi artis atau pempengaruh, tapi jadilah yang berilmu dan beradab supaya dapat mennggunakan pengaruh untuk mengajak ke arah kebaikan. Jadilah orang yang bermanfaat kepada masyarakat,” kongsinya. Alyssa menganggap pencapaian cemerlang dalam peperiksaan SPM sebagai anugerah Allah, selepas bertungkus lumus dan berkorban banyak perkara selama satu tahun. “Saya fokus sepanjang tahun itu, kurangkan aktiviti berlakon, kurangkan penggunaan media sosial atau bermain permainan video. Saya bersungguh-sungguh mengulang kaji pelajaran, mencuri masa di ketika bekerja di set penggambaran. “Saya juga menjaga pemakanan, banyak makan buah-buahan, selain amalkan kismis untuk kuatkan akal. Itu juga menjadi saranan mak dan ayah saya,” katanya lagi.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

Acting Fees Influencers Veteran Actors Alyssa Dezek Fair Pay

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Malaysia Addresses Concerns Over Essential Goods and Fuel Prices Amidst Global TensionsMalaysia Addresses Concerns Over Essential Goods and Fuel Prices Amidst Global TensionsThe Malaysian government is taking proactive measures to address public concerns regarding the availability and pricing of essential goods and fuel, driven by rising tensions in West Asia and associated global economic impacts. The Ministry of Domestic Trade and Cost of Living has implemented price monitoring, increased enforcement, and engaged with key stakeholders to ensure a stable supply chain and mitigate the effects of rising fuel costs. The Prime Minister has indicated a need for Malaysians to prepare for potential price hikes.
Read more »

Young talents envision a future in harmony with natureYoung talents envision a future in harmony with natureKota Kinabalu: Kinabalu International School (KIS) students defied expectations recently when their artworks for a school art contest revealed not a future of f
Read more »

Tanzania investigates death of American social media influencerTanzania investigates death of American social media influencerSINGAPORE: A domestic helper who was allegedly raped by a tourist at an open field in Short Street was sexually assaulted by another man just minutes later.
Read more »

Understanding and Addressing Emotional Bullying in Young ChildrenUnderstanding and Addressing Emotional Bullying in Young ChildrenA registered counselor discusses the egocentric nature of young children and how their words can be hurtful without malicious intent. The article explores the influence of the home environment, the signs of children being victims or perpetrators of emotional bullying, and effective strategies for parents to foster empathy and address the issue, including emotion coaching and collaboration with schools. It highlights the long-term impact of early negative experiences on a child's self-concept and social development, emphasizing the crucial role of parents in shaping children's communication skills.
Read more »

Universiti Malaya Apologizes for Controversial Theatre Scene at KARVITERUniversiti Malaya Apologizes for Controversial Theatre Scene at KARVITERUniversiti Malaya has issued a formal apology after a suggestive theatre scene from its Theatre Carnival (KARVITER) went viral and sparked public outrage. The university stated that the performance deviated from its vetted script, violating competition rules. Actions are being taken to prevent future incidents.
Read more »

Influencer Clavicular Speaks Out After Suspected Overdose During LivestreamInfluencer Clavicular Speaks Out After Suspected Overdose During LivestreamOnline personality Braden Peters, known as Clavicular, has broken his silence following a suspected overdose during a livestream in South Florida. The 20-year-old shared a selfie showing injuries and discussed his substance use as a coping mechanism.
Read more »



Render Time: 2026-04-17 04:07:44