Pasukan Gerakan Am (PGA) telah menyerbu dua lokasi di Pulau Pisang dan Pulau Pak Mat, Kedah, menjumpai dan merampas peralatan serta bahan untuk memproses dan menyimpan air ketum dengan nilaiRM58,930. Dua lelaki tempatan ditahan dan siasatan menunjukkan kegiatan itu telah berjalan tiga tahun dengan maksud mengelakkantindakan pihak berkuasa.
KOTA BHARU: Taktik licik menjadikan kawasan pulau terpencil di sekitar Badang di sini sebagai ‘makmal’ memproses dan menyimpan air ketum terbongkar selepas diserbu Pasukan Gerakan Am kelmarin.
Serbuan berasingan menerusi Op Taring Mitra di sekitar Pulau Pisang dan Pulau Pak Mat itu membawa kepada rampasan keseluruhan berjumlah RM58,930. Komander Briged Tenggara Senior Asisten Komisoner Ahmad Radzi Husain berkata, serbuan pertama kira-kira pukul 1.30 petang di Kampung Pulau Pisang suspek yang terlibat dengan kegiatan tersebut bertindak melarikan diri sejurus menyedari kehadiran anggota penguat kuasa.
“Hasil pemeriksaan menemukan dua buah perahu bersama enjin galah, tong gas, periuk memasak, 119 kilogram daun ketum serta 46 bungkusan air ketum. “Sekitar pukul 3 petang, PGA menyerbu lokasi kedua di kawasan semak Pulau Pak Mat. Hasilnya, kita berjaya menahan dua lelaki tempatan yang sedang memproses dan membungkus air ketum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ahmad Radzi memberitahu, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek yang ditahan itu dipercayai bekerja secara separuh masa memproses air ketum dengan menerima upah harian sebelum dijual sekitar RM10 sebungkus. Katanya, ujian saringan air kencing mendapati salah seorang suspek positif Methamphetamine manakala seorang lagi negatif dadah.
“Kegiatan tersebut dipercayai aktif sejak tiga tahun lalu dengan modus operandi memproses dan menyimpan air ketum di kawasan pulau bagi mengaburi pihak berkuasa,” ujarnya. -UTUSAN
PGA Air Ketum Pulau Pisang Pulau Pak Mat Kes Dadah
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
HSBC kukuh pelaburan di Malaysia dengan pembukaan pusat Premier yang ketigaHSBC Malaysia telah membuka Pusat Premier baharu di cawangan Subang Jaya, yang terletak di lokasi terkenal iaitu Pusat Perniagaan Taipan.
Read more »
Tuntut ganti rugi demi maruah, kedaulatan negaraKeputusan unilateral (sepihak) Kerajaan Norway membatalkan lesen eksport peluru berpandu antikapal (NSM) yang dibangunkan syarikat Kongsberg Defence & Aerospace AS (KDA) kepada Malaysia memberi kesan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Skuadron Frigat Ke-23 TLDM yang telah usang.
Read more »
Pulau Pinang: Nelayan lega terima bot, enjin baharu sempena AidiladhaGEORGE TOWN : Sambutan Aidiladha pada tahun ini memberi kelegaan kepada sebahagian daripada komuniti nelayan di selatan Pulau Pinang di sini apabila mereka menerima bot dan enjin baharu, semalam.
Read more »
RSS facility boosts Kudat’s maritime securityKUDAT: The presence of security forces and the operation of the Remote Sensor Site (RSS) facility on Pulau Balambangan not only strengthens the country’s maritime defence but also provides signi
Read more »




