Wong Siew Ki, ADUN Seri Kembangan, menerima titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan tegas menyatakan dukungannya pada prinsip Rukun Negara. Siew Ki menegaskan komitmennya untuk senantiasa menghormati dan mematuhi lima prinsip Rukun Negara.
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Kembangan, Wong Siew Ki menjunjung titah Sultan Selangor , Sultan Sharafuddin Idris Shah dan menegaskan beliau memegang teguh pada prinsip Rukun Negara .
Siew Ki berkata, beliau amat menghormati dan mematuhi lima prinsip yang tertera di dalam Rukun Negara.
“Patik menjunjung tinggi titah Sultan Sharafuddin Idris Shah. Sebagai wakil rakyat, prinsip-prinsip Rukun Negara sentiasa menjadi panduan, inspirasi, dan asas utama patik dalam memikul amanah serta berkhidmat untuk seluruh rakyat.
“Patik amat menghormati dan sentiasa mematuhi prinsip-prinsip ini dalam setiap tindakan patik demi mengutamakan kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan hari ini. Semalam, Sultan Selangor menitahkan Siew Ki dan bekas Exco, Ronnie Liu Tian Khiew mengunjungi Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor di Shah Alam, bagi menghayati makna sebenar Rukun Negara.
Sultan Sharafuddin semasa Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor, menegur sikap segelintir pihak yang masih tidak berpuas hati dan enggan mematuhi titah larangan penternakan babi di Selangor. Baginda bertitah, meskipun arahan telah dikeluarkan sebelum ini, masih kedengaran rungutan yang mempertikaikan keputusan berkenaan. Bagaimanapun, Siew Ki semasa membahaskan titah Sultan Selangor itu memohon pertimbangan kerajaan negeri memberi ruang kepada penerokaan sistem penternakan babi secara moden dan tertutup di Selangor.
Beliau dilaporkan berkata, cadangan itu mengambil kira aspek kesamarataan warganegara seperti yang dijamin di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Sementara Ronnie Liu pula dilaporkan mencadangkan penternak babi di Selangor memfailkan semakan kehakiman terhadap larangan Sultan Selangor itu. Menurut bekas Exco Selangor itu, tindakan tersebut perlu bagi membolehkan mahkamah menentukan kedudukan sebenar berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada. –
Rukun Negara Sultan Selangor Siew Ki Wong Siew Ki Adun Seri Kembangan Sultan Sharafuddin Idris Shah Bekas Exco Ronnie Liu Tian Khiew Plak Monumen Rukun Negara Dataran Selangor Shah Alam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal P Penghayatan Makna Sebenar Rukun Negara Harapan Kerajaan Negeri Memberi Ruang Kepada P Adangan PenTernak Babi Di Selangor Memfailkan Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Sedia Ada
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Sultan Selangor seru Siew Ki, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor, hayati Rukun NegaraSultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyeru ADUN Seri Kembangan, Wong Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu Tian Khiew supaya datang ke Dataran Selangor dan memahami Rukun Negara.
Read more »
Titah sultan tanda Siew Ki, Ronnie Liu angkuh, biadabTitah Sultan Selangor, Sultah Sharafuddin Idris Shah supaya ADUN Seri Kembangan, Siew Ki dan bekas ADUN Sungai Pelek, Ronnie Liu datang ke Dataran Selangor bagi menghayati Rukun Negara bukan peringatan biasa.
Read more »
Selangor sultan tells DAP rep, former exco to better understand Rukun NegaraSultan Sharafuddin Idris Shah encourages Wong Siew Ki and Ronnie Liu to respect the royal institution.
Read more »
Seri Kembangan rep, ex-DAP leader affirm commitment to Rukun Negara after Sultan Selangor’s callLONDON, May 20 (Reuters) - Thousands of Arsenal supporters flocked to the streets of North London on Tuesday as the club clinched their first Premier League title in 22 years, sparking wild scenes outside the Emirates Stadium that continued deep into the night.
Read more »
