The Kelantan Road Transport Department (JPJ) refuted claims that its officers were chasing a lorry prior to a fatal accident on the Kota Bharu–Machang–Jeli road. The department stated its vehicle was on patrol for Ops Hari Raya Aidilfitri 2026. JPJ urges the public to refrain from spreading unverified information as the police investigate.
TANAH MERAH: Jabatan Pengangkutan Jalan Kelantan menafikan dakwaan tular yang mengaitkan kemalangan maut di Kilometer 85.5, Jalan Kota Bharu–Machang–Jeli dekat Kampung Rahmat, Bukit Bunga, di sini semalam berpunca daripada tindakan anggotanya mengejar sebuah lori.
Pengarahnya, Mohd. Misuari Abdullah berkata, semasa kejadian, anggota jabatan itu sedang melaksanakan rondaan rasmi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri 2026 dan mematuhi prosedur operasi serta peraturan lalu lintas yang ditetapkan. Menurutnya, video berdurasi 34 saat yang tular di media sosial yang mendakwa kejadian itu berpunca daripada tindakan mengejar lori adalah tidak benar serta tidak berasas. “JPJ Kelantan memandang serius penyebaran maklumat tidak tepat yang boleh mengelirukan orang ramai dan menjejaskan reputasi jabatan. “Kenderaan jabatan pada ketika itu sedang melaksanakan rondaan rasmi dan bukan terlibat dalam sebarang aksi mengejar seperti didakwa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Misuari memberitahu, siasatan lanjut berhubung kemalangan berkenaan kini berada di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia . Katanya, JPJ meminta orang ramai supaya tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih sehingga siasatan lengkap dijalankan. Misuari berkata, JPJ menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa yang terlibat serta mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.“JPJ akan terus melaksanakan penguatkuasaan secara profesional, berintegriti dan berhemah bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara,” ujarnya. Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan jenazah anak kepada editor kanan Astro Awani yang maut dalam kemalangan di Kilometer 85.5, Jalan Kota Bharu–Machang–Jeli di sini akan dikebumikan hari ini. Jenazah Mursyid Azmi, 25, yang merupakan anak kepada Husna Yusop akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gua Mesa, Rantau Panjang. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa yang memandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jeli.-UTUSAN
JPJ Kelantan Accident Denial Investigation Traffic Enforcement
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
JPJ to monitor 33 accident 'blackspots' in Johor during festive periodBEIJING: Over the past week, users who queried a Chinese artificial intelligence chatbot for 'smart' wristbands to buy were recommended a model that does not exist.
Read more »
JPJ Intercepts Lorry Carrying Dangerous Load of Rubberwood in KedahAhead of Hari Raya Aidilfitri, JPJ Kedah stopped a lorry in Kuala Nerang carrying an unsecured load of rubberwood. The driver, claiming it was his last trip, was issued a summons notice for the safety violation. JPJ emphasized road safety as non-negotiable.
Read more »
JPJ Fines Driving Instructor for Not Wearing Seatbelt While Teaching Learner Driver on Kedah HighwayIn a recent incident in Jitra, Kedah, a driving instructor was reminded the hard way that road safety rules apply to everyone without exception.
Read more »
JPJ stresses advocacy in Raya road safety campaignMarch 19 (Reuters) - OpenAI is planning to unify its ChatGPT app, coding platform Codex and browser into a desktop 'superapp' to simplify user experience, the Wall Street Journal reported on Thursday.
Read more »
20km-long jam at Pahang-Kelantan border, cops expecting congestion to worsenMarch 19 (Reuters) - OpenAI is planning to unify its ChatGPT app, coding platform Codex and browser into a desktop 'superapp' to simplify user experience, the Wall Street Journal reported on Thursday.
Read more »
JPJ: Over 2,000 traffic offences recorded using dronesMarch 19 (Reuters) - OpenAI is planning to unify its ChatGPT app, coding platform Codex and browser into a desktop 'superapp' to simplify user experience, the Wall Street Journal reported on Thursday.
Read more »
