Difahamkan, Muhammad Hazim didakwa mengikut Seksyen 302 bunuh Nurfisya.
Seorang penuntut kolej telah didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang gadis penuntut kolej Nurfisya Zulkifly, 19, seorang penuntut Kolej Poly-Tech MARA yang mayatnya telah ditemukan dengan 61 tikaman di Ketereh pada 1 Mei lepas.
, tertuduh Muhammad Hazim Muhammad, 19, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid. Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Tertuduh telah didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Nurfisya. Perbuatan ini telah dilakukan diantara 30 April 11:40 malam hingga 12:20 tengah malam pada 1 Mei di Jalan Pengkalan Piah, Ketereh.
Dakwaan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang dari 12 sebatan. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yuusoff Mamat melaporkan mangsa telah ditinggalkan tanpa sebarang dokumen pengenalan diri, namun identitinya dikenal pasti menerusi semakan cap jadi oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Image via Sementara itu polis juga telah menahan reman empat individu termasuk dua warga emas yang merupakan ibu bapa suspek sebelum mereka dibebaskan dengan jaminan polis.
61 Kali Didakwa Gadis Ditikam Penuntut Kolej
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tiada Kes Hantavirus Tempatan Setakat Ini, Pemeriksaan Sempadan DiperketatkanKKM bersedia mengekang penularan kencing tikus di sempadan Malaysia.
Read more »
Tiada Kes Hantavirus Tempatan Setakat Ini, Pemeriksaan Sempadan DiperketatkanKKM bersedia mengekang penularan kencing tikus di sempadan Malaysia.
Read more »
Gadis maut ditikam: Suspek tiba di mahkamah untuk pertuduhanSuspek dijangka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Read more »
Gadis maut ditikam: Pelajar kolej vokasional didakwa bunuh NurfisyaMahkamah menetapkan 2 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan beberapa laporan pakar.
Read more »
