DBKL introduces a new 3-year business license renewal initiative to strengthen Kuala Lumpur's business ecosystem, improve customer service, and enhance operational and financial management.
HANNAH Yeoh bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud pada sidang akhbar Penambahbaikan Sistem e-Lesen Pemudah Urusan Pelesenan Perniagaan di Putrajaya. PUTRAJAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan inisiatif baharu pembaharuan lesen perniagaan sehingga maksimum tiga tahun berkuat kuasa mulai 1 Julai ini sebagai langkah memperkukuh ekosistem perniagaan bandar raya yang lebih mesra pelanggan, efisien dan progresif.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Hannah Yeoh berkata, pelaksanaan inisiatif ini bertujuan membantu komuniti perniagaan dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, perancangan operasi, pengurusan kewangan dan pembiayaan perniagaan bagi tempoh jangka sederhana serta panjang. Menurutnya, inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada hampir sekitar 95,000 pelesen di Kuala Lumpur.
“Melalui pelaksanaan ini, tempoh sah laku lesen perniagaan bagi permohonan pembaharuan lesen yang berstatus lulus tetap boleh dipanjangkan daripada satu tahun kepada dua atau tiga tahun tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuk pelesen tidak mempunyai sebarang kompaun atau tunggakan bayaran sewa dengan DBKL. “Sebagai galakan kepada para pelesen, DBKL turut menawarkan insentif potongan kadar fi lesen bagi pembaharuan lesen pelbagai tahun iaitu lima peratus untuk tempoh dua tahun dan 10 peratus bagi tempoh tiga tahun,” katanya menerusi sidang akhbar Penambahbaikan Sistem e-Lesen Pemudah Urusan Pelesenan Perniagaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Menara Seri Wilayah di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Hannah berkata, antara kategori sektor perniagaan yang layak dipertimbangkan bagi pembaharuan lesen sehingga tiga tahun melibatkan premis pejabat, bengkel dan kejuruteraan, penternakan dan pertanian, gudang/stor/penyimpanan, hotel, pembuatan/pengilangan/perindustrian, makanan dan minuman serta tred dan perniagaan. Jelasnya, pendekatan baharu itu juga selaras dengan usaha DBKL dalam mempertingkat sistem penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, fleksibel dan responsif kepada keperluan warga kota serta komuniti perniagaan.
“Pelaksanaan pembaharuan lesen pelbagai tahun ini dijangka dapat mengurangkan beban urusan pembaharuan tahunan, menjimatkan masa serta kos pematuhan selain meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada komuniti perniagaan. “Pada masa sama, pendekatan ini turut membolehkan DBKL memberi tumpuan lebih efektif terhadap sektor dan aktiviti perniagaan yang memerlukan pemantauan serta semakan tahunan secara lebih menyeluruh berdasarkan keutamaan penguatkuasaan dan pematuhan semasa,” ujarnya. –
Business License Renewal 3-Year Duration DBKL Initiative Strengthening Ecosystem Improvement In Customer Service Operational And Financial Management
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Eslite Spectrum Kuala Lumpur: A Haven for Art Lovers Amid KL Illustration Fair, Eslite Spectrum SpotlightExplore the current exhibition of Eslite Spectrum Kuala Lumpur, featuring works by several artists from fairdeeplii.art, a popular illustration-focused event in the region. Discover adorable characters, quirky illustrations, and prints that would complement your walls.
Read more »
Walking in Kuala Lumpur: A Culture Shock Experience for a European TouristA European tourist shares her experience of walking in Kuala Lumpur, which she finds challenging due to the chaotic road conditions and lack of pedestrian-friendly infrastructure. She also highlights the kindness and friendliness of the Malaysian people.
Read more »
Kuala Lumpur: Newborn daughter allegedly swapped with another family's baby boy at hospitalA father has reported a serious case of negligence at a hospital in Kuala Lumpur, alleging his newborn daughter was mistakenly swapped with another family's baby boy.
Read more »
Calvin Klein Hosts Jung Kook-Themed Pop-Up Store in Kuala LumpurCalvin Klein, the fashion brand famous for its minimalist aesthetic, is hosting a Jung Kook-themed pop-up store in Kuala Lumpur from 20 to 24 May. The pop-up marks Jung Kook's first-ever fashion collaboration with the brand after he had previously served as a global ambassador since 2023. Expect a capsule collection of 20 pieces that blend Jung Kook's personal style with Calvin Klein's signature aesthetic, featuring items inspired by biker culture and the freedom of the open road.
Read more »
