Kuota Minyak Petrol Subsidi BUDI95 Berpotensi Dikurangkan Kepada 150 Liter

150Liter News

Kuota Minyak Petrol Subsidi BUDI95 Berpotensi Dikurangkan Kepada 150 Liter
BahanapiBudi95Kuota

Untuk rekod, kadar asal kuota subsidi BUDI95 ialah sebanyak 300 liter.

Kuota Minyak Petrol Subsidi BUDI95 Berpotensi Dikurangkan Kepada 150 Liter – Timbalan Menteri Kewangan, perkara itu dimaklumkan sebagai antara usaha kerajaan untuk memastikan keterjaminan bekalan bahan api domestik ketika berdepan krisis bekalan global susulan konflik Asia Barat.

Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong berkata data penggunaan semasa menunjukkan sebahagian besar rakyat Malaysia menggunakan jauh lebih sedikit daripada paras kuota semasa 200 liter sebulan, juga telah dikurangkan sebelum ini berbanding kadar asal 300 liter.

"Walaupun berlaku pengurangan, kesannya kepada majoriti rakyat didapati amat minimum apabila data menunjukkan kira-kira 80 peratus rakyat Malaysia menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan. "Langkah seterusnya ialah 150 liter. Sebanyak 60 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 150 liter. Malah, 50 peratus daripada populasi menggunakan kurang daripada 100 liter,"Menurut Chin Tong, adalah penting untuk melindungi golongan berpendapatan rendah dan pengguna motosikal yang dianggap paling terkesan sekiranya harga bahan api meningkat mendadak.

Beliau berkata, golongan pengguna motosikal dianggarkan hanya menggunakan sekitar 50 liter petrol sebulan dan perlu terus menikmati kadar subsidi tinggi bagi mengelakkan tekanan kos sara hidup yang lebih besar. Tambahnya, pendekatan itu juga dilihat penting dari sudut kestabilan sosial dan politik negara, khususnya bagi memastikan golongan rentan tidak terbeban dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Difahamkan, perbelanjaan bulanan kerajaan untuk subsidi bahan api telah melonjak hampir 10 kali ganda apabila harga minyak mentah melonjak dengan peningkatan mendadak dalam konflik geopolitik Asia Barat pada penghujung Februari. Chin Tong turut menegaskan bahawa kerajaan masih dalam perancangan mekanisme subsidi diesel yang disasarkan untuk Sabah dan Sarawak, sama seperti bahan api BUDI95.

Negara perlu mempercepat pelaburan dalam pengangkutan awam, elektrifikasi dan perancangan bandar yang lebih padat bagi mengurangkan kebergantungan minyak jangka panjang Beliau berkata, program BUDI95 bukan sekadar mekanisme subsidi bersasar bahan api, sebaliknya sebagai alat penting untuk mengurus permintaan dan memastikan bekalan bahan api negara kekal mencukupi sekiranya konflik geopolitik global berpanjangan. Menurutnya, data penggunaan yang diperoleh menerusi BUDI95 kini memberi gambaran lebih jelas mengenai corak penggunaan bahan api rakyat Malaysia, sekali gus membantu kerajaan membuat pelarasan subsidi secara lebih tepat mengikut keadaan semasa.

Chin Tong berkata, fokus utama ketika ini bukan semata-mata isu fiskal atau pengurangan beban subsidi kerajaan, sebaliknya memastikan bekalan bahan api negara dapat dikekalkan untuk tempoh lebih panjang sekiranya peperangan atau ketegangan global terus berlarutan.

"Jika rakyat dapat menerima keperluan untuk mengurangkan penggunaan demi memastikan bekalan berterusan, isu fiskal akhirnya akan dapat ditangani secara tidak langsung,"Read the full storyRead the full story

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Bahanapi Budi95 Kuota Minyak Ron95 Seismik Subsidi

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Budi95 helps Malaysia manage fuel demand amid global uncertainty, says deputy finance ministerBudi95 helps Malaysia manage fuel demand amid global uncertainty, says deputy finance ministerKUALA LUMPUR, May 12 — The Budi Madani RON95 (Budi95) initiative is seen as a useful demand management tool that helps Malaysia understand national usage patterns, said Deputy...
Read more »

Increased Utilization of BUDI95 as Demand Management Tool Amid Energy VolatilityIncreased Utilization of BUDI95 as Demand Management Tool Amid Energy VolatilityOfficials view BUDI95 as more than a traditional fuel subsidy program, shifting towards a broader demand management approach. A senior official discusses reducing RON95 fuel subsidy from 200 to 150 liters per month.
Read more »

Malaysia Considers New 150L BUDI95 Cap As Fuel Subsidy Costs SurgeMalaysia Considers New 150L BUDI95 Cap As Fuel Subsidy Costs SurgeOfficials are increasingly framing BUDI95 as a tool to manage fuel demand and conserve national supply amid rising geopolitical uncertainty.
Read more »

Putrajaya weighing further cut to Budi95 fuel quota to 150 litres, says Liew Chin TongPutrajaya weighing further cut to Budi95 fuel quota to 150 litres, says Liew Chin TongKUALA LUMPUR, May 12 — Malaysia is considering further tightening the subsidised RON95 fuel allocation under the Budi95 programme, with the monthly cap potentially reduced to...
Read more »



Render Time: 2026-05-14 07:32:50