Yayasan Bank Rakyat meterai Laporan Khidmat Nasihat SPRM

Malaysia News News

Yayasan Bank Rakyat meterai Laporan Khidmat Nasihat SPRM
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

BERITA Komuniti NASIONAL TERKINI Yayasan Bank Rakyat meterai Laporan Khidmat Nasihat SPRM

Timbalan Pengarah Bahagian Pemeriksaan Dan Perundingan SPRM, Jamaludin Puteh berkata, pihaknya turut mencadangkan beberapa penambahbaikan yang bertujuan memantapkan prosedur dan polisi pematuhan YBR untuk mengelakkan sebarang persepsi negatif dalam kalangan masyarakat.

“Hasil pemeriksaan terhadap sistem, amalan dan tatacara di YBR secara keseluruhannya, berpuas hati dan mencadangkan beberapa penambahbaikan bertujuan memantapkan prosedur dan polisi pematuhan YBR untuk mengelakkan sebarang persepsi negatif. “Saya turut mengucapkan tahniah atas komitmen yang telah diberikan oleh YBR sepanjang sesi khidmat nasihat dijalankan yang telah dilaksanakan sejak tahun lalu,” katanya. Terdahulu, YBR memeterai Laporan Khidmat Nasihat dengan SPRM bagi meningkatkan integriti dalam satu majlis yang berlangsung di Serambi Ilmu Rakyat, Menara Kembar Bank Rakyat. Majlis itu dihadiri delegasi SPRM yang diketuai Jamaludin manakala YBR diwakili Pengurus Besar, Syaiful Rizal Abdul Ghani. Dalam pada itu, Syaiful Rizal berkata, YBR amat mengalu-alukan cadangan SPRM dalam memantapkan lagi prosedur dan polisi operasi yayasan itu bagi meningkatkan imej dan kualiti ke arah perkhidmatan terbaik. “YBR juga akan memastikan fokus terhadap pematuhan polisi setiap masa dalam membuat keputusan supaya ianya telus dan tidak membuka ruang dan peluang kepada aktiviti rasuah,” katanya. Berdasarkan kajian skor ketelusan tertinggi yang telah dijalankan oleh Wiki Impact, YBR disenaraikan di tangga ketiga tertinggi di antara 32 yayasan terbaik di Malaysia. – UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kerajaan baru 7 bulan, tak adil soal prestasi, kata ZahidKerajaan baru 7 bulan, tak adil soal prestasi, kata ZahidTimbalan perdana menteri berkata rakyat perlu memberi peluang kepada kerajaan untuk menunjukkan ‘prestasi sebenar’.
Read more »

AGC to oppose Bersatu’s bid to vacate 4 Sabah parliamentary seats | The Malaysian InsightAGC to oppose Bersatu’s bid to vacate 4 Sabah parliamentary seats | The Malaysian InsightParty seeking for Dewan Rakyat speaker to declare positions unoccupied.
Read more »

Agihan terus peruntukan melalui Kementerian Ekonomi.Agihan terus peruntukan melalui Kementerian Ekonomi.Kementerian Ekonomi akan melaksanakan kemudahan pemberian peruntukan kepada pihak berkuasa negeri, daerah, tempatan dan seterusnya rakyat.
Read more »

Lelaki menyamar pegawai SPRM tipu pembelian rumahLelaki menyamar pegawai SPRM tipu pembelian rumahSuspek dipercayai menipu mangsa dengan menyamar sebagai ejen kerajaan bagi mendapatkan wang deposit daripada mangsa bagi pembelian rumah berkenaan.
Read more »



Render Time: 2026-05-20 04:48:06