Beyond the Breaking News

VAT69 A Muncul Johan Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026

Sports News

VAT69 A Muncul Johan Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026
VAT69 AKejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026Festival Rakyat 3.0

Pasukan VAT69 A menjadi juara Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026 pada Festival Rakyat 3.0 bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ke-83

ABU Bakar Hamzah bergambar bersama pasukan VAT69 A yang muncul juara Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026 pada Festival Rakyat 3.0 bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis , Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ke-83 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis, semalam.

-UTUSAN/ASYRAF MUHAMMADKANGAR: Pasukan VAT69 A muncul johan kategori terbuka antarabangsa Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026 pada Festival Rakyat 3.0 bersempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Ke-83 di Dataran Lok 9, Kuala Perlis. Menerusi kemenangan itu, pasukan VAT69 A merangkul hadiah keseluruhan kejohanan berupa wang tunai berjumlah RM30,000 iaitu hadiah kemenangan cukup tinggi ditawarkan.

Tempat kedua dimenangi pasukan Blue Tiger yang membawa pulang wang tunai RM8,000 manakala tempat ketiga diraih pasukan Selfire dengan meraih hadiah wang tunai RM5,000. Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, penganjuran kejohanan kali ini berlangsung meriah dengan penyertaan 24 kelab tarik tali dari dalam dan luar negara.

“Penglibatan pasukan bertanding dalam kejohanan ini sangat memberangsangkan dari seluruh negara malah ada juga pasukan dari Brunei turut sama bersaing merebut hadiah kejohanan yang paling tinggi. “Menerusi penganjuran tahun ini, terdapat tiga kategori dipertandingkan melibatkan Terbuka Antarabangsa, Tradisional dan Tertutup Perlis,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang di sini semalam. Abu Bakar berkata, kejohanan tersebut juga akan diperhebatkan lagi tahun hadapan memandangkan penganjuran kali ini turut bertembung dengan kejohonan antarabangsa berlangsung di Belanda.

Katanya, hadiah kejohanan juga berkemungkinan dinaikkan lagi sekiranya sambutan diterima selepas ini lebih menggalakkan.

“Ini cukup penting bagi menaikkan lagi semangat peserta yang mengikuti kejohanan ini sekali gus merancakkan lagi penganjurannya,” katanya. Beliau turut mencadangkan kepada seluruh persatuan tarik tali di negara ini untuk mengubah corak penganjuran kejohanan pada waktu malam dengan suasana lebih sejuk dan tidak begitu panas. Abu Bakar juga mengharapkan kerjasama semua pihak untuk memastikan kestabilan sukan tarik tali agar dianjurkan tanpa sebarang masalah pada masa hadapan.

“Segala permasalahan timbul selepas ini perlu diselesaikan dengan segera oleh pihak berkaitan dalam memastikan kestabilan sukan tarik tali ini tidak terjejas,” katanya. -UTUSAN

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

VAT69 A Kejohanan Tarik Tali Kelab Antarabangsa 2026 Festival Rakyat 3.0 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajajuddin Jamalullail Ke-83

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sze Fei-Izzuddin mara ke final Malaysia MastersSze Fei-Izzuddin mara ke final Malaysia MastersBeregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani mengulangi pencapaian edisi 2017, mara ke perlawanan akhir Kejohanan
Read more »

Pasukan hoki wanita Negeri Sembilan mencatatkan Trio Kejayaan Tahun IniPasukan hoki wanita Negeri Sembilan mencatatkan Trio Kejayaan Tahun IniPasukan hoki wanita Negeri Sembilan berjaya membawa pulang Trio kejayaan sepanjang tahun 2026. Antara kejayaan Negeri Sembilan ialah kejohanan hoki U16 Fassade perhambaan Selangor dan dikukuhkan sebagai juara. Pasukan Negeri Sembilan berjaya memenangi Laga Hoki Wanita Malaysia (LHWM) 2026 dan bergelar Juara Laga dan driverless zaidi bakti Dr Vivian May Soars, Pahang. Disamping itu, pasukan U16 Negeri Sembilan lagi muncul juaraCategories lima sebelah (5s) Kebangsaan 2026 kegemaran menumpaskan Pahang 4-1.
Read more »

48 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 202648 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 202648 peserta KEMAS raih pingat pada Kejohanan Cef Dunia 2026
Read more »

Isteri Minta Kasihan: Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tali Bot TerputusIsteri Minta Kasihan: Suami Meninggal Dunia Dalam Kemalangan Tali Bot TerputusNurkhaeryna Dhania Azreen Khairil Azri, isteri kepada salah seorang mangsa yang maut dalam kemalangan melibatkan tali bot terputus ketika latihan kecemasan di perairan Terengganu-Pahang, berkongsi kisah duka suaminya. Dia berkata, kali terakhir bertemu suaminya adalah Ahad lalu sebelum mangsa kembali bertugas di Katanya, suaminya dijadual pulang pada 1 Jun ini dan tidak menunjukkan sebarang perubahan pelik atau meninggalkan pesanan terakhir.
Read more »



Render Time: 2026-05-24 21:22:13