seremban Akibat terlelap ketika memandu, seorang lelaki cemas apabila keretanya terbabas dan menjunam ke Sungai Linggi, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 5 pagi di laluan Lingkaran Tengah di sini, Zaini Abdullah, 30, dari Taman Abok Jaya, Rahang, dikatakan dalam perjalanan dari pusat bandar ke rumahnya. Bagaimanapun, kereta yang dipandunya jenis Audi A6 hilang kawalan dan terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Seremban 2, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi dan sepasukan tiga pegawai serta 18 anggota bergegas ke lokasi kejadian."Bagaimanapun mangsa tiada di dalam kereta walaupun enjin kenderaan masih hidup. Mangsa didapati sudah pulang ke rumahnya di Rahang, yang tidak jauh daripada lokasi kejadian," katanya di sini, hari ini. Menurutnya, mangsa didapati dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan."Kami dimaklumkan mangsa terlelap ketika memandu menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tauke bengkel cat kereta mati dibunuh - Utusan DigitalTauke bengkel cat kereta mati dibunuh
Read more »
Enam selamat, 90 peratus kereta hangus - Utusan DigitalEnam selamat, 90 peratus kereta hangus
Read more »
Remaja OKU hilang di Sungai RajangKanowit: Remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) dikhuatiri hilang di Sungai Rajang di sini, selepas penduduk menemui perahu yang dinaikinya hanyut di sungai berkenaan, pagi tadi.
Read more »
Mati ditetak depan bengkel cat keretaSungai Petani: Pengusaha bengkel mengecat kereta ditemui mati dipercayai akibat ditetak di hadapan bengkelnya di Jalan Anggerik, Bandar Amanjaya, di sini, awal pagi hari ini.
Read more »
20 PATI baru 'mendarat' dicekupSungai Besar: Cubaan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) cuba menyusup masuk ke negara ini secara haram mengundang padah apabila ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batilion 4 di
Read more »
Gagal seludup 164kg jambu airPadang Besar: Tindakan pemandu lori menyorokkan 164 kilogram (kg) jambu air yang tidak mempunyai permit ketika masuk ke negara ini gagal sewaktu diperiksa di Bahagian Kargo Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar pada 10 September lalu.
Read more »




