Pelakon June Lojong mengakui berdepan pengalaman yang cukup mencabar dari segi emosi apabila menjalani penggambaran filem seram terbaharu
Pelakon, June Lojong mengakui berdepan pengalaman yang cukup mencabar dari segi emosi apabila menjalani penggambaran filem seram terbaharu, 'Polong' di lokasi penjara sebenar yang sudah lama ditinggalkan, June atau nama sebenarnya Junainah M. Lojong, suasana di Penjara Lama Johor Bahru yang turut dikenali sebagai Kota Jail memberi kesan mendalam kepadanya, terutama ketika menjalani penggambaran di sel terakhir yang pernah digunakan untuk menempatkan banduan menunggu hukuman.
Berkongsi pengalaman tersebut, June berkata perasaan seram dan meremang sering hadir setiap kali berada di lokasi berkenaan.
"Meremang itu memang kerap berlaku. Lokasi penggambaran di Kota Jail, kami masuk ke sel terakhir, memang betul-betul sel terakhir.
"Babak dalam penjara, terutama babak menangis itu dirakam dalam sel sebenar. Walaupun penjara itu sudah ditinggalkan, aura tetap kuat dan membuatkan saya rasa seram,"Isteri kepada pelakon Namron itu juga berkata, meskipun terdapat beberapa adegan yang dirakam menggunakan set khas, suasana di kawasan penjara asal tetap memberikan impak emosi yang sukar digambarkan.
"Babak gantung sebenarnya dibuat menggunakan set di bangunan sebelah, tetapi bila berada di kawasan penjara asal, rasa meremang itu tetap ada. "Tempat itu memang meninggalkan perasaan tidak selesa, tetapi dalam masa sama memberi pengalaman berbeza sebagai pelakon,"Selain pengalaman seram, June turut mengakui dia berasa sebak apabila melihat sendiri tulisan-tulisan yang dipercayai ditinggalkan oleh banduan pada dinding sel berkenaan. Katanya, mesej-mesej tersebut membuatkan dirinya lebih menghargai kehidupan dan kebebasan yang dimiliki hari ini.
"Rasa seram sejuk datang bersama keinsafan. Bila nampak tulisan seperti 'mak tunggu aku balik' atau 'aku tak nak buat lagi', hati terus tersentuh.
"Kita boleh bayangkan kehidupan mereka di dalam sel itu. Ia buat saya lebih menghargai kehidupan di luar,"Dalam filem berkenaan, June memegang watak Maria Hadi dan mengakui ada kalanya emosi serta suasana karakter tersebut terbawa-bawa selepas tamat penggambaran. Namun, dia sentiasa berusaha mengawal perasaan itu agar tidak berlarutan sehingga menjejaskan kehidupan hariannya.
"Ada juga perasaan terbawa-bawa, seolah-olah ada sesuatu memerhati. Tapi saya cepat sedar dan kawal diri, ingatkan diri ini cuma lakonan. Balik rumah, saya cuba lepaskan semua rasa itu. Takut juga kalau dibiarkan berlarutan,"merupakan filem seram yang diinspirasikan daripada kisah benar dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 28 Mei ini.
Filem arahan Zulkarnain Azhar itu diterbitkan oleh Golden Star Pictures serta menampilkan barisan pelakon seperti Mimi Lana, Fad Anuar, Nam Ron, Amir Nafis dan Nadiya Nisaa.
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Tidak suka budaya pelakon ‘makan’ pelakonTidak suka budaya pelakon ‘makan’ pelakon - Zul Ariffin
Read more »
Itu memang sel banduan akhir sebenar, ada masanya meremangItu memang sel banduan akhir sebenar, ada masanya meremang - Jun Lojong
Read more »
– June Lojong Kerap Meremang Berlakon Dalam Sel Penjara Sebenar Untuk Filem PolongJune berkata perasaan seram dan meremang sering hadir setiap kali berada di lokasi berkenaan.
Read more »
Pelakon June Lojong aberta hati berkongsi pengalaman syukur selepas menghadapi situasi sensasi penggambaran seram 'Polong' di tempat binaan banduan sebenarPelakon June Lojong berkongsi pengalaman pahitika setelah menjalani penggambaran film horor 'Polong' di Penjara Lama Johor Bahru, tempat binaan banduan sebenar. Perasaan seram dan meremang sering hadir apabila berada di lokasi penggambaran, terutama pada babak menangis di penjara yang masih aktif. Serius, adegan gantung juga dibuat di bangunan bersebelahan, tetapi perasaan meremang tetap ada apabila berada di kawasan penjara asalnya. June juga menunjukkan keinsafannya dengan melihat tulisan yang dipercayai ditinggalkan oleh banduan tanda kehadiran banduan dan menghargai kehidupan di luar sel mereka.
Read more »




