Beyond the Breaking News

Zoo China dikritik kurung haiwan dalam banjir

Malaysia News News

Zoo China dikritik kurung haiwan dalam banjir
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Sebuah zoo di barat daya China mengurung singa, beruang dan serigala di dalam kandang ketika banjir besar akibat Taufan Maysak melanda wilayah itu,

BEIJING: Sebuah zoo di barat daya China mengurung singa, beruang dan serigala di dalam kandang ketika banjir besar akibat Taufan Maysak melanda wilayah itu, tindakan yang disifatkan kumpulan hak haiwan PETA sebagai ‘tidak berperikemanusiaan’.zoo di bandar Guigang, antara kawasan paling teruk terjejas di wilayah Guangxi, mengunci haiwan-haiwan berkenaan bagi mengelakkan mereka terlepas ketika banjir melanda awal minggu ini.

Insiden itu mengakibatkan tiga ekor singa mati lemas, manakala lebih 100 ekor haiwan dilaporkan hilang.

“Kami tidak mahu menimbulkan lebih banyak masalah kepada negara apabila banjir melanda dengan membiarkan haiwan berbahaya terlepas dan mencederakan orang ramai,” kata pemilik Zoo Guigang seperti dipetik Red Star News. Lebih 100 haiwan lain, termasuk sepasang zebra, tiga ekor kuda padi, burung unta, alpaka, rakun dan burung merak, dihanyutkan banjir. Menurut notis yang dimuat naik zoo itu di media sosial, pihak pengurusan kini memohon bantuan orang ramai untuk mengesan dan mendapatkan semula haiwan-haiwan yang hilang.

Sekurang-kurangnya seekor daripada zebra yang hilang ditemukan mati, menurut laporan susulan akhbar milik kerajaan,Laporan itu turut menyatakan beruang perang dan serigala yang dikurung di dalam kandang berada dalam keadaan lemah selepas hampir lemas akibat banjir.

“Tragedi yang sedang berlaku di Guangxi, China, seharusnya menjadi amaran kepada semua zoo dan kemudahan yang menempatkan hidupan liar dalam kurungan di kawasan yang berdepan cuaca ekstrem,” kata Presiden Asia bagi People for the Ethical Treatment of Animals , Jason Baker, dalam satu kenyataan. Menurut Baker, tindakan membiarkan haiwan terus terperangkap di dalam kandang ketika paras air banjir meningkat adalah ‘tidak berperikemanusiaan’.

Bagaimanapun, beliau berkata melepaskan haiwan liar yang dipelihara dalam kurungan ketika bencana juga adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan berbahaya kepada haiwan serta orang ramai. Beliau menggesa setiap zoo menyediakan pelan pemindahan kecemasan dan menamatkan amalan memelihara haiwan liar di zoo. Di bandar Hengzhou, yang turut terletak di Guangxi, banjir memusnahkan sebuah ladang ternakan ular sehingga menyebabkan ratusan ular tedung, ular tikus raja dan ular air terlepas ke dalam air banjir.

Taufan Maysak mengorbankan sekurang-kurangnya 39 nyawa di selatan China minggu ini, selain mencetuskan banjir besar yang menyebabkan empangan air melimpah, manakala seluruh bandar ditenggelami air dan mengalami kerosakan teruk. - AGENSI

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Thailand sasar perjalanan lebih pantas dari Malaysia ke ChinaThailand sasar perjalanan lebih pantas dari Malaysia ke ChinaThailand akan melengkapkan semua rangkaian pengangkutan yang masih belum bersambung bagi memastikan rakyat dan barangan dari Malaysia dapat sampai ke utara Thailand, China serta destinasi lain dalam tempoh yang lebih singkat.
Read more »

Tanah runtuh di Filipina ragut lima nyawa ketika Taufan Bavi hampiri TaiwanTanah runtuh di Filipina ragut lima nyawa ketika Taufan Bavi hampiri TaiwanLima orang terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di Filipina, manakala ratusan penduduk di Taiwan dipindahkan ketika Taufan Bavi, yang
Read more »

Anthropic hits back after China warns of Claude Code ‘backdoor’ risksAnthropic hits back after China warns of Claude Code ‘backdoor’ risksPHUKET, (Thailand): Two women were arrested at Phuket International Airport on the same day after customs officers found more than 32kg of cannabis flowers concealed in their luggage.
Read more »

Johor memilih, masa hadapan negeri ditentukan hari iniJohor memilih, masa hadapan negeri ditentukan hari iniLebih 2.73 juta pengundi melaksanakan tanggungjawab paling penting dalam sebuah demokrasi iaitu memilih kerajaan negeri Johor.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 14:32:07