Reaksi positif diberikan oleh peniaga-peniaga sekitar Banda Hilir di sini ekoran pelaksanaan percubaan pertama penutupan jalan selama enam
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kalangan peniaga menyambut baik pelaksanaan zon bebas kenderaan selepas mendapati mereka mampu menjalankan perniagaan hingga larut malam.
“Apabila tidak ada kereta orang ramai dapat berjalan dan mereka boleh singgah membeli-belah dan makan malam bersama keluarga di kawasan tumpuan pelancong. “Cuma aliran trafik kita perlukan kajian terperinci apabila dalam percubaan pertama kita menutup jalan selama enam jam itu ada berlaku sedikit kesesakan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Belia Negara Peringkat Negeri di Kompleks Sukan Masjid Tanah di sini, semalam.
Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, penutupan penuh jalan tersebut bermula dari persimpangan lampu isyarat Jalan Bendahara dekat Little India sehingga Menara Taming Sari manakala sebahagian jalan ditutup dari Menara Taming Sari hingga Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.Tambah Ab. Rauf, sepanjang tempoh percubaan itu aliran trafik berlaku sedikit kesesakan, namun ia tidak begitu serius.
“Jalan lingkaran dari kawasan bangunan merah dapat dikawal baik manakala laluan di hadapan Dataran Pahlawan dibuka dua lorong bagi membolehkan kenderaan keluar,” jelasnya. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Vehicle-free zone gets mixed reactions from tourists and traders in MelakaMELAKA: The decision to turn some of Melaka's busiest tourist-laden streets in Bandar Hilir into a vehicle-free zone during weekends has received mixed reactions from tourists and traders.
Read more »
Malaysia Pro Cycling dilancarkan ibarat jelmaan semula TSCUmpama mati hidup semula, itulah reaksi spontanSayuti Zahit apabila hasratnya menubuhkan kembali pasukan berbasikal benua tempatan termakbul.

Bot nelayan dikendali warga asing ditahanSebuah bot pukat tunda tempatan ditahan selepas didapati menangkap ikan di zon larangan berhampiran Kepulauan Sembilan, dekat sini tengah hari semalam.
Read more »
Raikan kebebasan media, tapi bukan 'bebas' sebar fitnahItu adalah jaminan dan pada masa sama kita tidak boleh benarkan kalau ada maklmat salah atau fitnah termasuk menyentuh aspek 3R