Patriot berkata, ia tidak akan bertolak-ansur terhadap kes rasuah melibatkan pegawai tinggi. FMTNews ZetiAziz ArshadRaji 1MDB NajibRazak
Presiden Patriot Mohamed Arshad Raji berkata, bekas gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz tidak harus terus membisu berhubung dakwaan terhadap keluarganya.
“Patriot pernah menyatakan dan akan mengulangi sekali lagi bahawa kami tidak akan bertoleransi terhadap kes rasuah yang melibatkan pegawai tinggi. Pada Selasa, bekas perdana menteri Najib Razak mendedahkan bahawa bekas gabenor itu pernah menasihatkan beliau supaya membuka akaun atas namanya untuk menerima dana asing yang kemudiannya dikaitkan dengan skandal 1MDB.
“Sekiranya dana itu adalah daripada derma politik, usaha wajar harus dijalankan tanpa mengira sama ada seorang menteri berkata beliau pernah bertemu dengan penderma dana itu.