Zahid tarik balik rayuan dapatkan rakaman saksi daripada SPRM
Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 November, 2022.
BEKAS Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik rayuannya untuk mendapatkan rakaman percakapan beberapa saksi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam kes rasuah membabitkan dana Yayasan Akalbudi . Pada 9 Mei lepas, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Ahmad Zahid untuk mendapatkan rakaman percakapan saksi kerana saksi boleh terdedah kepada intimidasi sebagai contoh diugut agar memberikan keterangan berbeza daripada yang terdapat dalam rakaman kenyataan.
Ahmad Zahid kemudian memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu pada bulan sama. Notis pemberhentian rayuan itu telah difailkan di Mahkamah Rayuan semalam.Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pendengaran itu yang sepatutnya berlangsung 14 Nov ini telah dilapangkan. Setakat ini pihak pembelaan telah memanggil enam saksi termasuk Ahmad Zahid pada perbicaraan kes bela dirinya yang bermula 13 April lepas.Ahmad Zahid, 69, menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik YAB. – Bernama, 12 November, 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Zahid beri jaminan tidak lantik ahli politik BN ketua pesuruhjaya SPRM | The Malaysian InsightKomitmen itu satu signal jelas dalam usaha membanteras korupsi dan persepsi rasuah dalam gabungan itu, katanya.
Read more »
SPRM semak dakwaan kelulusan projek tebatan banjir, kata Azam Baki | The Malaysian InsightKetua pesuruhjaya SPRM berkata pihaknya mengambil perhatian terhadap segala maklumat.
Read more »
Sokongan pengundi India, Cina kepada BN meningkat, kata Zahid | The Malaysian InsightBeliau turut meminta semua calon agar berusaha menggandakan usaha bagi menarik pengundi.
Read more »
Ahmad Zahid ulang pendirian Ismail Sabri kekal PM | The Malaysian InsightPengerusi BN itu berkata keputusan tersebut sudah dimuktamadkan dan sepatutnya tidak perlu timbul spekulasi berkaitan perkara berkenaan.
Read more »
Lapor SPRM jika ada maklumat, bukti sogokan undi pos di Bera, kata SPR | The Malaysian InsightIa berikutan dakwaan presiden PKR bahawa anggota tentera terbabit dibayar RM300.
Read more »
Kubu kuat Zahid di Bagan Datuk sudah goyah, kata Shamsul | The Malaysian InsightCalon PH bagi kerusi itu berkata Zahid hanya menang dengan 5,073 undi pada PRU14.
Read more »