BENTONG: Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vok...
BENTONG, 29 Sept -- Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berucap pada Karnival Kerjaya MyFuture Jobs bersama HAWA Malaysia di Felda Chemomoi hari ini. fotoBERNAMA: Sebanyak 50,000 tempat disediakan kepada generasi muda Felda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional , kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET Negara berkata peluang itu ditawarkan di lebih 1,300 institusi TVET kepada generasi kedua hingga kelima tanah rancangan, dengan kursus disediakan adalah bersesuaian dengan kehendak guna tenaga negara. “Tentulah kursus yang diadakan tidak lagi mengikut kursus konvensional. Kita lihat bagaimana agensi dan syarikat yang menyediakan kerja...umpamanya kita mahu terlibat dalam bidang seperti pengurusan tempat peranginan, melancong, insurans atau bidang-bidang lain.
“Pada hemat saya kursus yang disediakan hendaklah sesuai dengan pasaran dan kehendak semasa bagi membolehkan mereka dapat memenuhi peluang pekerjaan yang luas,“ kata beliau yang juga Menteri Kemajuan Dewa dan Wilayah semasa berucap merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs di Felda Chemomoi di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
1.6 juta generasi baharu tinggalkan FeldaFelda perlu mewujudkan satu pelan pembangunan generasi baharu peneroka untuk menarik mereka agar terus tinggal di tanah rancangan.
Read more »
Tangani isu perumahan, ekonomi kawasan FeldaHampir 80 peratus kawasan Felda seluruh negara tidak ada perumahan generasi kedua menyebabkan mereka perlu pindah ke kawasan lain.
Read more »
UMNO Jerantut yakin pengundi Felda Kemasul undi calon BNUMNO Jerantut yakin pengundi Felda Kemasul undi calon BN
Read more »
Ahmad Zahid yakin Sanusi dapat urus mangsa banjir di KedahAhmad Zahid yakin Sanusi dapat urus mangsa banjir di Kedah
Read more »
BN yakin pertahan Pelangai -Ahmad ZahidBarisan Nasional (BN) yakin mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai walaupun wujud pelbagai usaha pihak lawan untuk
Read more »
Pembangkang jangan persoal profesionalisme polis -ZahidPerikatan Nasional (PN) diingatkan agar tidak mempersoalkan profesionalisme pihak berkuasa yang menjalankan tugas
Read more »