PETALING JAYA: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman dilihat cemas dan terkejut ketika serbuan pihak polis di unit kondominiumnya di Damansara, Mac lalu.
Menurut Pegawai Risikan, Operasi dan Tahanan, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Inspektor Darwis Aripin, 42, reaksi Yasin itu dilihat selepas beliau dan anggota-anggota polis yang lain memperkenalkan diri sebagai polis.
Beliau berkata demikian sewaktu pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dalam perbicaraan kes dadah membabitkan penyanyi itu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini. Yasin diwakili peguam bela, Ariff Azami Hussein. “Khuatir barang kes dilupuskan saya arahkan Lans Koperal Yusri untuk mengumpil pintu jeriji besi dan kemudian mengarahkan Sarjan Allif untuk memecahkan pintu kayu utama rumah itu.
Sementara itu, pemeriksaan di bahagian dapur yang terletak di sebelah kiri rumah itu menemukan menemui satu almari kain berwarna hitam dan di dalamnya terdapat tiga pokok dalam pasu disyaki pokok ganja. Mengikut pertuduhan, Yasin didakwa dalam milikannya dadah berbahaya jenis kanabis seberat 193.7 gram di sebuah kondominium di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara di sini pukul 5.30 petang pada 24 Mac 2022.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PDRM bantai Penang FC 3-0 di Petaling JayaPDRM FC mencipta kejutan apabila menumbangkan Penang FC 3-0 dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Read more »
Body of elderly man found dumped in Petaling JayaPETALING JAYA: An elderly man has been found dead near a condominium in the PJS10 area here.
Read more »
Senior Citizen's Body Found Wrapped In Curtain Near Petaling Jaya CondoThe man's body was found wrapped in a curtain.
Read more »
'Oyen Elmina sudah tiada'PETALING JAYA: 'Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi tidak dapat bertahan'.
Read more »
Petaling District has highest population in country, says Stats DepartmentPETALING JAYA: The district of Petaling, Selangor has the highest population in 2023 at 2.3 million, says Chief Statistician Malaysia Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
Read more »
Hattan saran penyanyi masa kini buat albumHattan saran penyanyi masa kini buat album
Read more »