Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.
MELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka , Datuk Seri Sulaiman Md. Ali di sebuah hotel di Banda Hilir di sini, hari ini.Turut dibentangkan adalah perancangan MAIM bagi 2023, merangkumi skim bantuan zakat baharu dengan memfokuskan bantuan zakat kepada golongan asnaf dan mualaf.
Turut hadir Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam; Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh, barisan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli Majlis MAIM. Sebelum berangkat pulang, Al-Sultan Abdullah berkenan menerima cendera kenangan daripada kerajaan negeri yang disampaikan Mohd. Ali.
Semalam, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka , Batu Berendam untuk memulakan lawatan ke Melaka selama dua hari.Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Peringgit, petang semalam.
Seri Paduka kemudiannya berangkat menghadiri Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang dan seterusnya berbuka puasa bersama rakyat. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong tiba di MelakaPetang ini, Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong dijadual berangkat melawat Bazar Ramadan Peringgit, selain turut berkenan ke Majlis Pemasyhuran Masjid Ar-Razak, Bachang dan seterusnya berbuka puasa bersama rakyat.
Read more »
Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri Agong lawat Bazar Ramadan PeringgitSeri Paduka meluangkan masa hampir satu jam membeli juadah berbuka puasa serta turut beramah mesra dengan hampir 1,000 rakyat jelata sambil berswafoto.
Read more »
Agong: Muslims must safeguard mosque institution from becoming political arenaAl-Sultan Abdullah said that mosques need to be institutions which are holy, noble and respected, to be an example to other religions. theSun theSundaily religion Islam mosque politics monarchy Malaysia
Read more »
Lain yang saya cakap, lain yang ditulis - Ziana Zain kesal blogger pusing cerita“Saya tak suka marah, tetapi laporan tidak benar seperti ini membuatkan saya kecewa dan sangat marah'
Read more »
King, Queen visit Peringgit Ramadan bazaar in MelakaMELAKA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and the Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah visited the Peringgit Ramadan Bazaar, here, on Wednesday (April 5).
Read more »